Aida Arisya In D' House

Aida Arisya In D' House



Pada Yang Esa kupohon... agar apa saja yang kubicara, tidak menjadi racun untuk sesiapa, tetapi penawar hati dan budi. Pada Mu Tuhanku... kupohon kekuatan agar jejariku mampu untuk menghulurkan sesuatu, yang akan menjadi halwa minda buat yang membaca bisikan hatiku. Berbicara setulus kata. Berkata dari hearty yg indah berbahasa..~ Kata-kata bukan dusta tp, patah-patah yg puitis ikhlas dari jiwa yg ada!! BlOg ini memberi peluang insan yg kerdil menuturkan bicara seketika selagi ada dayanya!!~ SEUKIR SAYANG, SECANGKIR KASIH, & SEKELUMIT CHENTA!!~

Followers

CLICK ME!!!

New Life

on Monday, April 22, 2013

Hye bersua kembali…rasanya agak lama dah tak berblogging…dah bersawang dah blog ni…sorry lately ni agak busy…tahun baru yang agak mencabar jugak laa…minda dan juga emosi…wah…gitewww…ni kiranya blog pertama untuk tahun 2013…dan diharapkan bukan blog terakhir..ahaksss…

Apa ya nk story…about my life???my carier??or whatsoever laaa….my carier…Alhamdulillah…bertambah baik…sejak berpindah ke office baru yang lebih besar..scop kerja pun besar jugak laa…but I love my job…ahaksss..persekitaran & orang2 di sini sangat bestttt and sangat membantu….AND one more thing…actually sekarang makin busy  coz bertambah lagi kerja..hehehe..now sedang busy tolong my fren settlekn beberapa kerja skit...ye laa klu bukan kawan yang nak tolong sape lagi kan...xpe laa bersusah-susah skit untuk kawan...dia pun dah lebih dari seorang kawan buatku...dia dah macam kakak saya...

Actually, saya baru recover dari demam, batuk & selsema..hampir 1 minggu jugak laa diserang demam...bulan ni sahaja dah bbrp kali jugak demam...dia ON OFF..Dalam ertikata lain dia datang & pergi....paling teruk baru-baru ni laa..sampaikan habis satu papan ubat demam dimakan...sebelum ni ubat tak pernah nak makan...mana taknya...dah kena paksa makan...kalau tak makan pukul 2-3pagi kena kejut bangun makan ubat...phewwwww....terasa diri ini di sayangi jap...ahaksss..thanks for your care & attention...ahaksss...

~Perjalanan Hidupku~

on Sunday, December 2, 2012

Perjalanan hidup yang Allah aturkan kadang-kadang kita sendiri tak faham. Mungkin sebab kita sendiri tak perasan. Atau kita sendiri tak hargai. Atau tak sempat nak hargai. Atau, terlampau dihargai.


Perjalanan hidup, kadang-kadang mengelirukan..

Ada orang, datang dan pergi dalam hidup.

Ada yang datang, untuk berada lama dengan kita. Ada pulak yang datang sekejap macam ribut.

Ada yang datang bawa harapan, ada yang datang bawa kekecewaan. Ada datang bawa bahagia ada datang bawa duka.

Kalau yang datang bawa bahagia, lepas dia pergi, kita akan rasa kecewa. Kalau yang datang untuk mengecewakan, pun kita terluka.

Tapi...

Kalau kita yakin semuanya datang dari Allah, dan akan dikembalikan kepada Allah, insyaAllah akan terubat hati yang lara.

Sama juga dengan rasa bahagia, duka, gembira, sedih, lara, kecewa, suka...

Lumrah hidup, cuma pinjaman. Semua bukan milik kita.....

Senyum, fikir sejenak mana kesilapan kita, ambil iktibar dan teruskan melangkah.

Tak ada gunanya menyesali hal semalam. Lagi-lagi yang melibatkan hati manusia.

Hey awak,
Kesat air mata tu.
Belajar sesuatu.
Kalau Allah izinkan kita bertemu kembali, saya akan baiki hal semalam.
Tapi kalau Allah tak tuliskan pertemuan kita lagi, saya akan baiki juga hal semalam.
Dan awak sentiasa berada dalam doa saya.
Cuma, jangan dikesal benda berlalu.
Tarik nafas, jangan bersedih.
La tahzan, innallaha ma'ana. :)

Cakap memang senang, kan. Tak pe, pujuk lah hati tu. Lambat laun dia akan faham juga.

"Sesungguhnya daripada Allah kamu datang dan kepada Allah juga tempat kamu kembali." [surah al-Baqarah:156]

:')


 

~Anugerah Terindah Yang Pernah Kitew Miliki~

on Tuesday, November 13, 2012



Perkataan SAHABAT hanya akan muncul apabila kesusahan melanda. Lihatlah seberapa ramai yang setia di sisi. Selain itu, lihatlah diri - terlalu banyak kekurangan. Hanya mereka yang bergelar sahabat sahaja yang dapat menerima kita seadanya.

Bagi saya, berkawanlah selagi kita hidup. Tetapi, tak semua mampu meraih pangkat sebagai sahabat. Kitew memandang sahabat sebagai suatu darjat yang sangat tinggi. Mereka adalah kepercayaanku. Mereka adalah senyum dan air mataku dan mereka adalah segala-galanya. Percaya tak? Sahabat mampu menghidu masalah kita. Jiwa kita umpama ada satu deria rasa yang sama. Aneh bukan?

"Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari" - SAIDINA ALI -

Hidup ini terlalu indah apabila ada sahabat. Ye, saya menikmatinya sekarang dan tak akan mensia-siakan. Kadang-kala tak seindah yang kita sangkakan.

Ada orang
Nampak macam kawan
Ikhlas hanya di depan
Kat belakang dia tikam kawan

Ada orang
Nampak macam teman
Tidur sebantal makan sepinggan
Tapi dialah gunting dalam lipatan

Ada orang
Nampak macam rakan
Gelak ketawa gembira sakan
Dalam diam sapu hak kawan

Kawan
Apa yang kau layan
Sikit punya hal dah nak berlawan

Teman
Kenapa jadi begini
Dulu dah best
Sekarang tercari-cari

Rakan
Hindarkan fikiran sempit ini
Tujulah ke arah globalisasi
Semoga kita bertemu kembali
Meski pun bukan di daerah sendiri


Hmm, terima kasih kepada mereka ini. Saya belajar untuk kenal apa itu sahabat. Terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang pernah cakap-cakap belakang. Saya belajar untuk kenal antara kaca dan permata.

Wajah mereka...wajah saya...sahabat dunia dan akhirat! Ya Allah, berkatilah persahabatan ini. Kau peliharalah kami dari segala fitnah dunia dan seksaan api neraka. Kepada-Mu sahajalah ku memohon... Ya Allah jagalah sahabatku, lindungilah ia dengan perlindunganMu, kuatkanlah pancang kakinya agar selalu teguh berada dijalanMu, kuatkanlah jasadnya dengan segala anugerahMu, kuatkan rohnya dengan rohMu, buatkan ia tersenyum, semangat dan istiqamah dijalanMu, ya Allah izinkanlah kami kelak bisa bertemu di syurgaMu.. Amin~Ya rabb...

Terima kasih untuk yang bernama sahabat...

 

~Kau Yang Terindah~

on Tuesday, November 6, 2012

NOVEMBER!!!!Ketika mula bertemu terasa bagai telah lama bersua..kau sambut hulur tanganku bertegur sapa penuh mesra…Awak ingat tak setahun yang lalu??hmmm sweet laa perkenalan kita…dari teguran biasa…duk bergurau  senda…makan-makan & jalan-jalan sama-sama…sampailaa suatu hari tu terima satu panggilan…tak pernah terlintas di fikiran kita,dapat panggilan telefon dari awak…bermula saat itu kita semakin rapat…semalam genap setahun usia perkenalan kitew..kitew received msg dari awak semalam…tapi kitew dah tertido..hehehe


Pejam celik dah setahun kita bersahabat…kitew tak pernah sangka untuk mengenali awak sejauh ini…terima kasih Ya  Allah untuk “ANUGERAH TERINDAH” ini…terima kasih kerana hadirkan seorang sahabat yang ikhlas menerima kita seadanya dalam perjalanan hidup ini..terima kasih untuk “someone”  jugak…yang mempertemukan kita…yang kenalkan kita kat awak…yang menggalakkan kita untuk menjadi sahabat  awak…betul apa yang dia pernah katakan pada kita…awak memang seorang sahabat yang baik…dia pesan suruh kita jadi kawan awak yang terbaik…Insyaallah..selagi hayat kitew ni ada…kitew dah janji akan jadi kawan yang baik..sebaik-baik  kawan untuk awak..itu janji kita pada dia…

Awak, "Kau Yang Terindah" di dalam hidupku..Kitew sayang awak sebab awak antara sahabat yang terbaik pernah kitew kenal sepanjang hidup ini..Kitew janji akan sentiasa menyokong awak,akan sentiasa membantu…Akan sentiasa menjadi bahu ketika awak perlukan seseorang…Kerana kitew sudah berjanji untuk mrnjadi sebaik-baik kawan kepada kawannya…Awak, terima kasih untuk persahabatan ini…Terima kasih untuk kenangan itu….Semoga ukhuwah di antara kita terjalin selama-lamanya.InsyaAllah

Ya ALLAH peliharalah dia…jauhkan dia dari mala petaka…Semoga ALLAH sentiasa bersamamu, semoga Rahmat ALLAH  bersamamu…sebagai kawan kitew hanya mampu berdoa..yang baik-baik saja untuk awak…I love you forever ever after...*you know who you are*

 

~Today Was A Fairytale~

on Monday, November 5, 2012

One of the best part of me did found her happiness..she's one of the best sister ever in my life.Always there for me more than a friend should be..And now...she did met her soulmate..I almost in tears when I saw her on her wedding day.She's really beautiful,a huge n a pretty smile ever seems nailed on her face... CONGRATULATION dik..I love u so much and just know that you're one of the best part happened in my life...
The Bride
2 Oktober 2012 selepas Asar, bertempat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menjadi saksi penyatuan ikatan 2 hati antara Nik Aiman & Qistina...Alhamdulillah dengan sekali lafaz adikku Qistina selamat di ijab kabul dengan jejaka pilihan hatinya...i'm happy for you sis...semoga bahgia melayari bahtera rumahtangga...Malamnya selepas Isyak di adakan majlis tahlil & doa selamat serta majlis berinai di rumah pengantin perempuan di Klang.
3 October 2012 diteruskan majlis dengan majlis bersanding..Alhamdulillah cuaca elok sepanjang majlis..semuanya berjalan lancar..
p/s: Adikku Qistina..Selamat Pengantin Baru..semoga berbahgia sampai ke hujung nyawa..after this dah xde sedih2 lagik tau...moga kebahgiaan sentiasa mengiringi perjalanan kisah hidupmu dengan kasih sayang & rahmat dari Yang Esa..Moga menjadi isteri yang solehah serta ibu mithali hikhihik...love you forever ever after... :)

 

~Selamat Hari Lahir Sahabatku~

on Monday, October 22, 2012

Assalamualaikum wbt....

kawan-kawan hari ni adalah 23.10.2012....

hari bersejarah tuk sahabat saya Iela Rusli....
cewahh bersejarah...cam wedding lak..hahahha...

1st sekali saya nak wish Happy Birthday untuk dia,

yihuu!!! dia merupakan sahabat yang sangat baik,

Awak,

SELAMAT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN,

Saya doakan semoga awak sentiasa sihat,

dimurahkan rezeki untuk awak,

dilimpahi rahmat untuk awak,

dilindungi hidup awak daripada segala keburukan dan kejahatan,

dipermudahkan segala urusan awk,

semoga awak akan bertambah rajin, tak malas dan sentiasa bersemangat untuk terus bekerja,

dan semoga awak berjaya mengecapi impian awak di dunia dan akhirat kelak,

insyaAllah....

setiap hari saya doakan awak,

insyaAllah moga-moga Allah swt menerimanya,amin..

saya bersyukur kepada Allah swt saya punya sahabat yang macam awak,

awak tak sombong, tak tinggi diri walaupun awak lebih tinggi sikit dari saya hehehe,

saya tertanya -tanya diri saya,

'apakah aku ini Ya Allah sahabat yang baik jugak untuknya?'

'apakah aku mampu menolongnya di saat dia dalam kesusahan?'

'aku takut aku tak dapat menolongnya Ya Allah di saat dia kesusahan,

oleh itu janganlah Engkau uji dia dengan dugaan/ujian yang besar'

'amin Ya Rabb....'

awak, semoga persahabatan kita ni akan berkekalan sehingga akhir hayat kita,

saya doakannya....insyaAllah amin...

once again I wish you Happy birthday,

May All your dreams come true...

amin...('',)...
FRIENDSHIP FOREVER...
Thanks for be my besties...luv u my BFF

Nah terimalah pesanan dari adik tiri u...hehehehe
Tiba2 terhenti seketika sebab ada orang panggil...hahaha..ok continue
 
I hope that u will be what u want to be..I always pray that u will get the best...

~Terbaik Raya~

on Saturday, September 1, 2012

Alhamdulillah dah seminggu dah raya berlalu…Cuti raya pun dah habis..kembali ke kota untuk mencari rezeki…Syukur sangat perjalanan lancar..perjalanan dari Dungun ke Kuala Lumpur mengambil masa 4jam setengah tanpa kesesakan lalu lintas…first time balik beraya tak jem…kalau diikutkan tahun sebelumnya maunya 8-9jam d jalan raya baru sampai

Otw balik dah ada invitation open house…nasib baik sampai awal boleh laa beraya..hantar penumpang-penumpang ke rumah masing-masing..lepas tu terus ke Damansara Perdana..beraya wif kakakku Alyah…kebetulan ada bawak bekalan dari kampong..terus ke rumah dia

Lepas beraya ngan kakak terus ker rumah Mak Teh wif Shila & famly...disebabkan Open house rumah Shila ari sabtu & tak sempat join..kami beraya kat rumah Mak Teh …. After this baru plan balik beraya wif Shila n famly..lama jugak laa kat rumah Mak Teh…dari petang smpai malam
After balik rumah Mak Teh terus ke rumah kakak angkat kat keramat…aka rumah nenek mia…masa kat rumah Mak Teh kakak & kak long duk SMS dah cakap cepat datang..Mia dah sampai…sempat laa beraya ngan Mia Sara n famly..dah laa kena perli kat papa mia…sabar je laaa…

Terima kasih buat semua yang jemput beraya..yang tak jemput pun nak datang jugak..hahahhaha(muka tak malu ni)..Btw thanks Alyah, Shila & Famly, Shahnaz & Mia Sara & Famly…luv semuaa
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

~Syoknya Beraya Di Desa~

Assalamualaikum…Salam lebaran….Memandangkan masih di bulan Syawal, rasanya masih belum terlambat untuk kite mengucapkan selamat hari raya maaf zahir & batin andai ada TERkasar bahasa, TERlanjur kata, TERguris rasa, TERsakitkan hati, TERsalah faham, TERsinggung perasaan, TERpukul mana-mana, TERmakan apa-apa, dan segala macam TER..TER laaa… sepuluh jari ku susun memohon maaf ikhlas d hati…
Moga keberkatan SYAWAL yang mulia ini merapatkan silaturrahim kita semu …andai jarak yang memisahkan moga lebaran ini merapatkan kembali tautan kasih yang terjalin…andai masa yang membataskan moga lebaran ini dapat meperuntukan sedikit ruang untuk menjahit kembali ikatan yang terputus… Jauh di sudut hati ini tiada sedikitpun niat untuk memutuskan persahabatan yang terbina
Dengan ini..sekali lagi..ku pohon jutaan kemaafan ikhlas dari hati….salam lebaran dari kami sekeluarga….

~Dairi Ramadan AidaArisya Part XI~

on Thursday, August 16, 2012

Pagi-pagi kat opis received SMS dari someone…ajak berbuka sekali & main masak-masak…kitew tahu dia mesti nak masak-masak..maklumlaa rumah sekarang tak boleh masak...hehehe...siap cakap “awak datang awal tau tolong kitew masak…”on the spot terus jawab..mestilah nak…nak jumpa orang baru balik umrah…hehehe rinduuu kat awak tauu!!!....tup tup petang dia call pulak…tak jadi nak masak-masak…dia punya penat belum hilang…so kami decide beli kat bazar & makan kat rumah dia….SO untuk PERTAMA kalinya dalam bulan puasa kali ini MENGJEJAK KAKI ke BAZAR RAMADAN…after kerja terus ker Bazar TTDI..meet Kak Yan kat bazar..membeli belah sekali…huhh orang tu awal-awal dah pesan jangan beli banyak..jangan membazir..hahhaha..After beli barang yang di kirim terus ker rumah dia..Kak Yan lambat skit sampai coz dia park jauh skit..kena u-turn…

Sampai-sampai alahaii kesian tengok muka orang tu..betul-betul penat ni…sakit badan & pening kepala katanya…dah dua ari berkurung dalam rumah...ciann kakak kitew tau….So ku kemas dulu apa yang patut..kesian kat dia..dah laa baru balik umrah…Kak Yan sampai kami hidangkn makanan…lepas tu layan KAU YANG TERINDAH sementara tunggu Azan Maghrib…After berbuka..solat maghrib & layan tv sambil borak-borak...pukul 9pm Kak Yan mintak diri nak balik….baru nak balik jugak..sekali kena tahan tak boleh balik lagik…hahahaha…Sebelum Kak Yan balik dia kasi kami ole-ole dari Mekkah…terima kasih awak..

Tak jadik balik..so teman laa dia layan TV n borak-borak…lepas tu teman dia unpack & packing…nak travel lagik…ishh ishh ishhh..penat baru balik belum hilang dah travel lagik….sambil-sambil dia pack tu sempat lagik bagi itu ini kat kitew..mak aiii lama-lama penuh jugak paper bag ni…alahaiii baik sangat laa dia ni..macam-macam dia bagi…terharu kitew…nanti kitew pakai semua tu ok….kitew paling suka kasut tu..chantekkk sangat…thanks awak….dah penat packing sambung makan..hahahha..siap buat air nescafee lagik…pukul12am jugak laa baru balik..ahakss…hmmmm lepas tu salam-salam raya..coz dah tak jumpa dah..after raya baru jumpa…sedih pulak ati kitew wak…dia siap pesan..sebelum balik kampong call dia dulu…haiii sweet laa awak ni….btw thanks again for everything….what I love about you….awak tak pernah berubah..dari pertama kali kita jumpa & berkawan dengan awak..awak tetap sama…terima kasih awak..jadi KAWAN TERBAIK kitew…



~Dairi Ramadan AidaArisya Part X~

on Wednesday, August 15, 2012

Gara-gara berfutsal & bersahur lewat pagi..after subuh baru tido..dalam kul7am jugak laa…sekali bangun kul 1.30pm…phewwww rugi masaku dengan tidor jer..hahahha…bangun bangun terus kemas apa yang patut..mendobi jap…After asar g pickup Syada untuk berbuka bersama..kali ni berbuka kat Maytower Hotel & Serviced Residences…perghh untuk puasa kali ni..Ini pertama kali makan buffet kat hotel…Alhamdulillah atas rezeki yang di berikan…giler sedap makanan-makanan ni…berbalaoiiii..so kitew suggest kalu korang nak cari BUFFET RAMADAN boleh laa datang sini…services terbaikkk…terima kasih yang belanja..ahaksss…

Lepas berbuka kami ker KLCC..movie time THE DARK KNIGHT RISES wif Aunty,Shahnaz,Shila & Syada..movie pukul 9.45pm…superbbb movie..like this movie..sampai tak berkelip mata tengok…5 bintang kitew kasik hehehe..dalam pukul 12am lebih-lebih gak laa habisnya…Thanks Canaz belanja tengok movie…
 After movie ker rumah Shila….aktiviti mengSURPRISEkn BESDAY GIRLSHILA AMZAH…sampai-sampai dah ramai yang menanti…Happy Besday to my lovely adik notty…moga panjang umur murah rezeki & bahgia selalu…Just remember one thing…walaupun raga kita terpisah jauh namun hati kita selalu dekat bila kau rindu pejamkan matamu dan rasakan aaaa aku (ehh ternyanyi lak hahahha)…ehh ok serius ni betul laa andai suatu saat nanti akak jauh..ingat satu perkara..doa akak sentiasa mengiringi setiap langkah perjalanan Shila…Akak tetap akan doakan Shila walau dari jauh..& terima kasih untuk segala-galanya..terima kasih dari HATI…thanks for your love, caring, & everything you have done for me….
Ermmm dah pukul2am majlis tak habis lagik…mataku pun memang dah ngantuk sangat-sangat…ku pun naik ke atas dulu untuk beradu…tuan rumah duk melayan tetamu..kitew dah ZZZzz dulu..hehehehe ampunn tuan rumah..ahaksss…Stokin teman kite tido...
Pukul3 lebih jugak diaorang balik katanya..huhh masa tu ku dah di ulit mimpi….bangun untuk sahur pagi tu bukan main liat lagi…last last ku minum air nescafe jer..dah tak larat nak makan..lepas sahur balik rumah & gi kerja..btw thanks aunty, uncle, Shila, Syada, Syafiq & Syahir..thanks jadikan kiter sebahgian dari ur famly…saya sayang kalian ketat-ketat…

© Copyright by Memori Tercipta | Template by BloggerTemplates | Blog Trick at Blog-HowToTricks