Aida Arisya In D' House

Aida Arisya In D' House



Pada Yang Esa kupohon... agar apa saja yang kubicara, tidak menjadi racun untuk sesiapa, tetapi penawar hati dan budi. Pada Mu Tuhanku... kupohon kekuatan agar jejariku mampu untuk menghulurkan sesuatu, yang akan menjadi halwa minda buat yang membaca bisikan hatiku. Berbicara setulus kata. Berkata dari hearty yg indah berbahasa..~ Kata-kata bukan dusta tp, patah-patah yg puitis ikhlas dari jiwa yg ada!! BlOg ini memberi peluang insan yg kerdil menuturkan bicara seketika selagi ada dayanya!!~ SEUKIR SAYANG, SECANGKIR KASIH, & SEKELUMIT CHENTA!!~

Followers

CLICK ME!!!

~Dairi Ramadan AidaArisya Part III~

on Wednesday, August 1, 2012

Sambungan story….Esoknya pulak..tiba-tiba someone whattssap…awak ari ni berbuka ngan kitew lagi tau…kitew ada reharsal kat RTM…mak aiii awak ni..last minit bagitau nak ayam golek…takut jer habis dah..cepat-cepat bersiap…gi farmasi dulu beli ubat…lepas tu terus g tempat ayam golek…sekali..mak aiii panjangnya beratur…taknak hampakan dia..ku beratur jer tanpa bagitau dia yang orang ramai yang amat duk beratur…dalam hati berdoa..moga-moga sempat my turn sebelum kul7….alhamdulillah..nasib baik dapat..rezeki dia heee…kalau tak dapat ada yang kempunan “bercuti” tak dapat makan ayam golek..UNTUK DIA bak kata najwa latiff….ku sanggupkan aje..hahaha..sempat laa berbuka sama-sama…sampai-sampai dia buat sedih dah…duk cerita kitew buka puasa sama-sama lagik…awak jangan sedih-sedih tau coz lepas ni insyaallah raya kitew jumpa…sebab tu 2 ari ni kitew spent time ngan awak…dari tak nak sedih terus sedih jadinya…hahaha dia ni..sempat lagi buat adegan pilu sebelum berbuka..Lepas tu dia kasi hadiah lagik…ermmm cantekknyaa..thanksss manyakk-manyakk..dah tak terucap thanks dah ni..banyak sangat yang dia kasi..terharuuu…lepas berbuka..dalam kul9mlm layan dia reharsal…dia kata awak kena tengok…best ni..hahaha…layan rehearsal sampai habis..lewat jugak laa habisnya..duk rehearsal sempat mengacau Kak Jah aka Misha Omar..boleh tahan lawak laa Kak Jah ni…habis rehearsal dalam kul 12lebih gak laa kami pulang…huhhh cam esknya tak kerja kan??hahaha..balik dah penat Zzzzz

Esoknya tak terjaga Sahur…hahaha dah 2 kali tak terjaga ni…bangun-bangun dah azan Subuh…solat & terus bersiap gi kerja…After kerja terus g RTM untuk Rakaman Pesona Aidilfitri…Program raya gabungan 3 Diva Alyah, Dayang Nurfaizah & Misha Omar…ingat malas nak gi tapi semalam orang tu dah warning suh datang..maklum laa ni ari terakhir nak jumpa before dia fly…nanti rindu pulekkk katanya..so jumpa laa..padahal 2 ari before dah spent time sama-sama…hahaha..

So korang jangan lupa saksikan pada raya ke-empat kul 9mlm..seriuss best..siap ada medley lagu “TakMungkinMasihAdaCinta” lagik..seriuss sedap…Masing-Masing mendendangkan lagu raya & lagu terbaru mereka (Alyah – Lena Sahara, Misha – Angin Syurga & Dayang – Sabarlah)

Habis rakaman g jumpa KISAH HATIKU jap melepaskan rindu sambil borak-borak..maklum laa esoknya dia dah nak fly..2 minggu lebih dia tinggalkn kitew :( sedeyy pulee ati kiteww wak…banyak pesanan kita bagi kat dia..apa-apapun plissss take care yourself kat sana...doa kitew sentiasa bersama awak..kita doakan moga awak selamat pergi & pulang…gonna miss u kakak…hugs ketat-ketat sambil tahan sebakk…dah hampir menitiskn air mata masa dia peluk lama-lama…terima kasih kakakku….sesungguhnya ari-ari bersamamu adalah KENANGAN TERINDAH dalam hidupku...uwaaaaa tiba-tiba ada air mengalir di pipiku....

~Dairi Ramadan AidaArisya Part II~

on Tuesday, July 31, 2012

Wahh curlashhh kau jah..tajuk tak boleh blaaa..ala-ala “Dairi Ramadan Rafiq” gitewww..tak kisah laa apa pun tajuknya…kitew punya blog kan..haha…ehh bulan puasa tak baik emo-emo…okk istighfar banyak-banyak…

Ok mari sambung story..Ramadan berikutnya berbuka dalam kereta gara-gara jem yang amat…after maghrib singgah di Masjid berhampiran untuk maghrib…sekali arung buat..tunggu isyak & terus berterawikh…sekali dalam masjid jumpa opismate..mak aii keciknyaa dunia..hahahha

Esoknya pulak my gojes fren ajak buka sama-sama dekat Bawal Power Kota Damansara…kali ni team tak cukup..ada yang ada hal..ada yang tak sihat..ada yang shooting…ermmm xpe next kita buat Iftar sama-sama lagi k…ku pun tak sihat sebenarnya…tiba-tiba kat opis selsema teruk giler..habis satu kotak tisu d kerjakan…tapi dah janji kan…kata JANJI DITEPATI hahaha..dah janji nak datang ku pun gagahkan diri…kata jumpa kawan-kawan ni yang sakit boleh jadi baik…tak giteww almy..hahaha…balik tu singgah Chatime pulak..duk minum sambil borak borak..siap aktiviti mendownload lagu lagik..hahahh kitew laa jadi magsa…tukang download..ahakss…Balik rumah makin teruk…nak demam dah…so tido jap…patutnya malam ni ada badminton..tapi serius malam tu tak larat sangat…so tido awal malam tu…

Tiba-tiba lewat pagi seseorang kejutkan dengan panggilan telefon “awak..jom kita sahur sama-sama” huhh seakan bermimpi…ingatkan mimpi..sekali betul..hahahha..dalam tak sihat..ku gagahi diri…giler tanak...dah lama tak jumpa & lepak dengan dia kot…lagipun dia kata nak spent time ngan kitew sebelum “bercuti” alahaiii sweet laa awak ni…ni buat kite makin sayang kat awak ni…dia siap suh bawa baju siap-siap..tido rumah dia….Sambil sahur story morry dan diiringi alunan lagu “Kau Yang Terindah” kat hp dia…ermm sedap tak terkata lagu ni…kalah mee goreng kat depan mata tu..hahaha…After sahur balik rumah dia…sementara tunggu subuh kami borak borak dulu..ku yang tak sihat & selsema terpaksa buat-buat sihat…padahal time tu mata dah merah sebab panas badan..hahaha…bila dia tanya kita kata ok jer..kahkahkah..tanak laa bagitau..nanti dia suh kitew rest & tido…kata nak spent time together-gather…hehehe alasan ni…

Gara-gara tido lambat so bangun pun lambat…tapi as usual laa kite tetap awal pada dia..hahahaha habis laa majalah ku baca..dah tak tau nak buat pe…Tiba-tiba petang tu dia buat kitew terharu…dia bagi kitew hadiah…sepasang baju kurung…buat raya katanya..dan juga beg…ahaks..u touched my heart laa kakak….terus tacing..dia ni baik sangat laa..dah tak tau kitew nak describe dia ni camne…awak anugerah terindah buat kitew…thanks tau awak tuk semua ni..kitew hargai sangat…kitew nampak keikhlasan di mata awak…terima kasih sudi jadi kawan terbaik kitew & jadikan kitew sebahgian dari kehidupan awak…Maghrib tu berbuka sama-sama beli kat luar..kitew asyik kena tegur jer sebab makan sikit..dia kata cam tak bergerak nasi tu..hahahha..nak buat camne awak..tangki kitew kecik…penuh ngan air..hahah..camnilaa kita kalau berbuka…

After solat maghrib balik rumah..coz ada benda yang dia kirim nak dibeli kat pasar malam…lagipun jap lagi dia pun nak kuar…ada kerja..tanak laa pulak kitew kacau dia bekerja..baik kitew balik rumah dulu…Balik, terus ke pasar malam..cari benda yang dia nak tu…barang dia dah beli turn kitew lak shopping..amboiiii kitew yang terlebih shopping nampaknya…hahhaha..Balik-balik sementara dia call tertido lak..hikhikhik..demam x kebah lagik sebenarnya…saja buat-buat sihat depan dia..kikikiki..nanti dia risau seribu satu macam pesanan dia kasi..hehehe luv u kakak…

….To be continue… ~Dairi Ramadan AidaArisya Part III~

~Dairi Ramadan AidaArisya~

on Monday, July 30, 2012

Alhamdulillah kita dah berada di pertengahan Ramadan..Ramadan awalnya adalah rahmat, pertengahannya magfirah (pengampunan) dan akhirnya adalah pembebasan dari api neraka…Ermm Macammana puasa kalian semua tahun ni??adakah kita menjadi lebih baik atau masih sama seperti sebelumnya..Moga Ramadan ini memberikan kita seribu satu makna dalam perjalanan & coretan hidup kita di dunia yang sementara ini…Moga Ramadan kali ini lebih baik dari sebelumnya bak sepotong nasyid ni yang berbunyi “Ku mengharapkan Ramadan kali ini penuh makna agar dapat kulalui dengan sempurna”…setiap kali dengar lagu ni pasti bergenang air mataku…Insyaallah moga ibadat kita di terima olehNya..

Puasa kali ni memberi erti yang besar buatku..insyaallah permulaan yang baik untuk semuanya…moga ku menjadi hambamu yg istiqamah…Alhamdulillah..syukur pada Ilahi kerana dapat menyambut permulaan puasa bersama famly tercinta di kampong walaupun pada masa tu kite “cootiii” sebenarnya..hahaha..takpe laa bak kata kakak kitew sorang tu “nikmat sambut permulaan puasa bersama famly lain macam kan?rasa happy dia tak sama cam kitew celebrate kat kota?...kitew paham dia sebab dia pun sama tengah “cottii” cam kiteww..tapi dua-dua beria balik kampung cam berpuasa..hahaha kelakar kann…tak pe kami hanya memeriahkan suasana berpuasa di desa..nak tangok famly kami bergumbiraaa di bulan yang baik ni…betulll kee tidakkkk kakak???kannn heee…

Tiga hari di kampung sangat indah…..lebih-lebih lagi dengan kehadiran permata hatiku Anis Farhana di rumah memeriahkan lagi rumah dengan tangisan si kecil yang sudah 14 tahun tiada tangisan baby kecil…kitew laa orang paling happy untuk melayan kerenahnya…After dua hari berpuasa di desa pulang ke kota menjalani & rutin-rutin hidup di kota..biasa laa mencari rezeki tuk famly…katanyaaaa…hahahha.. Sampai-sampai di KL baru jer nak bersedih hati berbuka sorang-sorang di kota ni..sedih tahuuu jadi anak rantau ni..makan tak lalu..maklum laa baru nak start 1st puasa walaupun orang lain dah 4 ari puasa hahahaha…tiba-tiba ada laa “Mama” budak tu suruh datang rumah berbuka & bersahur bersama…biasa laa balik kerja bulan-bulan puasa ni jem dia lain macam skit…so ku cakap berbuka dulu..nanti kita sampai kita baru berbuka..hahaha…memang lambat gak laa sampainya…yumeyhhh banyaknyaa lauk…tapi as usual laa..masakan diaorang banyak yang pedas tapi sedap..hahaha…apa-apapun terima kasih mama & adik-adikku…untunglaa ada jugak “famly” kat KL rupanya…hahaha teringt mamanya berkata “jangan lupa awak tu ada famly jugak kat sini” hahaha…nak tido sempat lagik diaorg ajak ku cerita..hamboiii tak habis lagi dia nak tahu apa yang berlaku ari tu..hahaha..dah close story laa…tak yah di ingat…ahakss…kita jalani apa yang mendatang dengan lebih baik…diaorang gak yang cakap..jangan nak sedih-sedih sangat…kalau sedih datang jerk at diaorang..pintu rumah sentiasa terbuka…sweetnyaa mereka…luv u all…

Hari berikutnya plan nak berterawikh di Masjid Kota Damansara..kebetulan dekat lak ngan rumah my fren..fifiey..dia ajak berbuka rumah dia…alhamdulillah..rezeki Ramadan…ahakss..thanks fiey…Petang tu ku update status nak berterawikh di masjid Kota Damansara tiba-tiba mama mia ajak berbuka bersama…alaa sorry kakakku,,dah berjanji dengan my fren..next iftar k…rindu sangat kat anak-anak…

Haa taipp punya taipp panjang pulak story kali ni..ok next enty kitew sambung Dairi Ramadan AidaArisya Part II hehehe…Salam Seribu Satu Malam

~Ahlan Wasahlan Ya Ramadham Kareem~

on Tuesday, July 17, 2012

Assalamualaikum...haii semua...rasanya macam dah bersawang blog ni..lama tak update story...Macam-macam yang berlaku..so mood nak menulis sedikit hilang....
“Ya Allah Ya Tuhanku bagilah daku kekuatan dan semangat baru untuk menghadapi hari-hari yang bakal mendatang.” Kawan-kawan yang rapat, mahupun yang mengenali diri ini, daku mengharapkan doa-doa kalian semua. Siapalah diri ini tanpa kalian.

Terseksa betul jiwa akhir-akhir ini, macam-macam telah berlaku. Ada yang menggembirakan dan ada yang kurang menyenangkan. Maaflah saya pohon kepada kalian semua jika diri ini begitu banyak menyusahkan kalian. Mungkin dalam banyak-banyak hari tak semestinya semuanya langit begitu cerah dan semestinya ada satu hari tu, langit akan kelihatan mendung.

Alhamdulillah di panjat berjuta kesyukuran pd Yang Esa.. Ya Allahurabbi..Ya Allah melalui resah dan dugaan yang diberi, datang secebis ilham padaku untuk menulis..Mungkin ini dugaan bagiku namun tinta ini mungkin akan dapat memberikan yang membaca agar lebih kuat dalam menjaga hati..

Alhamdulillah ramadhan yang dirindui semakin hampir, lagi TIGA atau EMPAT hari..tidak dikatakan kehidupan jika manusia itu tidak di uji.Ujian kesenangan, kesusahan itulah ujian yang mana kadang-kadang kita tak sedar.mengbuatkan kita lalai dan terleka.pernahkah jiwa kita tertanya-tanya mengapa Allah pilih hati, diri ini untuk di uji..Ya, pernah malah bertalu-talu..mengapa aku?mengapa tidak dia?

Hati adalah momentum terpenting, dan bila Allah uji hati kita, dan bagaimana kita mahu kuat dalam menghadapi ujian hati ini.Dan bagi aku,hanya doa dengan aliran mutiara jernih yang mengubati...Soal hati lah jua yang paling menguji sanubari ini…kadang-kadang hati tertanya, mengapakah namanya sentiasa hadir, mungkinkah? Aku berserah pada ilahi, namun aku tak mampu memadam nama itu..namun bila Allah nak uji, aku hanya mampu berkata moga terhias bahagia, terhapus dukamu kelak, kerana hati ini selalu mendoakan..sekarang bukan aku lari..tapi mengelak dari hati ini semakin parah biarlah aku hilang seketika…

Moga dengan kehadiran kekasih yang dinantikan ini, mampu mengubat hati yang suram, Ahlan Wasahlan Ya Ramadham Kareem….Besarnya kelebihan bulan ini rebutlah, moga kita benar-benar memanfaatkan Ramadhan yang hadir kali ini seutuhnya kerana belum tentu ada Ramadhan buat kita lagi kelak.

Wassalam...

~Trip to my hometown wif my luv sisters~

on Monday, June 25, 2012

Plan punya plan Alhamdulillah..semua berjalan lancar…Awal bulan haritu kitew balik kampong wif my grils..kitew memang suka bawa kawan-kawan balik kampong..kami balik berenam.. Kak Yan, Cuya, Eyqa, Zue & Tieqa..ada orang tu dari dulu kata nak ikut kitew balik kampong..tapi sedihnya dia busy pulak..dia kata next time nampaknya…Cuma pesanan dia jer mengiringi perjalanan kitew malam tersebut…sweet sangat pesanan dia…thanks awak..next time kitew baawak awak balik kampong kitew k..Oh ya otw balik kampong bergayut ngan KEMBAR kitew..dia kata suara kitew teruk giler..cam burung kakak tua dia kata..hahaha…ada gak kawan-kawan kata cam itik laa angsa laa..huhuhu pity me kn??batuk punya pasal..
Kami gerak ari jumaat malam kul11.30…Dengan kesihatan kitew pada masa tu memang agak teruk laa..tengah demam & batuk…haruuu betul kali ni balik kampong tak sihat..kesian kawan-kawan…sorry girls kalau ada kekurangan layanan & services sepanjang trip tersebut…kitew cuba kuatkan diri tuk bawa kawan-kawan berjalan-jalan..
Alhamdulillah tiba d kampong halaman dalam kul5am…kitew cam biasa bila sampai takde maknanya tido…duk borak-borak ngan mom..walaupun suara dah serak giler time tu…paginya borak-borak ngan adik kena gelak kat adik pulak..dia kata xde suara sibuk nak borak..hahaha..Tengahari  bawa kawan-kawan ker rumah my uncle coz pagi-pagi my mom dah ke sana..ada meetin famly..tenghari tu my uncle buat makan besar..hehehe..lepas g rumah my uncle kitaorang ke Kuala Terengganu..mula-mula nak g KT aria had..tapi tukar plan last minit…disebabkan tengahari baru gerak ke KT so agak limited skit tempat yang nak di tuju..sampai-sampai jer terus serang Pasar Payang..diaorang nak memborong kain batik,kain pelikat,keropok dan lain-lain. After that kami ker Pantai Batu Buruk sementara nak tunggu Zul & Ain HotfmGanu…terima kasih Zul & Ain belanja kami & bawa kami jalan-jalan…lepas makan kitaorg ker Masjid Kristal..dah lewat petang baru balik Dungun..
Malam tu demam ku makin teruk..siap maigrain lagik…dah tak dapat nak buat apa-apa..tido awal..tak sempat nak borak-borak ngan kawan-kawan…my bad..sorry girls malam tu tak dapat nak layan korang…
Esoknya dalam pukul11am jugak laa gerak balik KL…masa tu flat giler dah..my mom siap suh sambung amik MC..tapi apakan daya..datang bawa kawan-kawan so balik laa jugak walaupun kesihatan makin teruk…kepala asyik berdenyut jer..sepanjang perjalanan tu memang tak borak mana…mesti korang rasa tak best kan ikut kitew balik kampong…sorry again…layanan kitew tak sempurna…Apa-apapun thanks coz korang sudi ikut kitew balik kampong…hope korang tak serik datang kampong kite lagik k..luv u all…now I miss them :(

~HOTFM BIG JEM at Dataran ShahBandar Kuala Terengganu~


Tetiba baru teringat kitew belum update story ni lagi…hahaha maafkan saya (versi zizan)…punya laa lama…dah basi kot cite ni…tapi kitew tetap nak story jugak walaupun dah basi….aritu..kami buat trip 2 kereta ker ganu untuk hotfm bigjem…dari KL ke Kuala Terengganu…Ok jom kita mengimbau kenangan jap…
Jumaat after kerja konon-konon nak balik tido..coz kul2pagi nak jalan jauh..sekali ada orang call ajak datang rumah dia…ni dah kes PAKSA RELA dah ni…hahaha...Ajak makan-makan katanya dia dah masak…so apa lagik…after kerja terus ker Hulu Langat…dalam kata nak singgah sekejap takde maknanya..bila dah sampai  rumah dia dah tak sekejap laa jawabnya…lepas makan borak-borak aktiviti terbaru…dalam kul 10 lebih jugak laa baru balik..kelam kabut balik coz tak habis packing lagik..hikhikhik..so tak tido laa jawabnya…
Kul2am terus gerak ker kuala terengganu..drive tanpa henti…berhenti pun dah Subuh tuk solat..hikhikhik..alhamdulillah perjalanan kami lancar…. selamat sampai tempat yang di tuju kul7am..Nak check-in tak dapat lagik..so terus g Dataran..sarapan jap..lepas tu round-round dulu sementara boleh masuk hotel…sambil-sambil tu duk kacau Mama & My Barbie Doll… Dah laa datang tak bagitau..nak surprise gitewww..sekali kacau diaorg nah kauuu..mama cakap ku “Saico”…hahaha ok wait & see u kata kat mama…hmmm tak caye ekk…
Dah kacau mama kacau my Barbie doll lak..ajak breakfast nasi dagang..sekali dia cakap “propa jer awak ni…ok kita nk g soundcheck” hadoiiiii dua-dua tak percaya ni…ku jawab balik..ok laa nanti awak jangan terperanjat tengok kta depan stage…hahaha…lepas round-round g Dataran balik..misi nak surprisekn my Barbie doll…tengah-tengah dia duk soundcheck atas pentas..steady jer ku duk memerhati dari bawah payung kat sebelah stage..dia tak perasan pun..sekali tengah-tengah nyanyi dia terpandang & terkejut..haaaa dah lari key dah…boleh lak tengah nanyi duk cekik pinggang & tergelak pandang ke arahku…hahaha comeyyy muka terkejut & geram awak tuh…kihkihkih…Lepas dia habis perform dia tarikku ker backstage….marah betul dia ku tak bagitau awal-awal..mati0mati dia ingat saya main-main..heee..tapi dia suka sebenarnya ku datang..nampak muka excited dia…dia tak bagi ku check in hotel…dia suh duk ngan dia..tapi ku cakap datang ngan kawan-kawan ni..diaorang nak g check-in dulu..kita datang bilik awak nanti k :)
Dah kul12tghri masa tuk check in…balik hotel rest jap..mandi-mandi tuk bersedia nak berjamming petangnya…pukul 2lbh gerak ke Dataran balik..layan makan nasi dagang Opah & Sapura bawak..tq Opah & Sapura….lepas tu layan siaran luar..hee jumpa my fren..Zul..tapi busy beno dia tu..maklum laa producer…nak borak pun tak berkesempatan…boran ngan Ain jer laa..Rata-rata boss & penyampai KL memang terharu ngan kedatangan kami dari jauh…cewahhh perasaan jap..ahakss…ehh betul laa ni..saya bagitau apa yang diaorang cakap jer..theeeee…
Kul4pm KONSERT bermula..my Barbie Doll pun perform petang..gigih berjemur tengah panas terik…konsert petang dari kul4-7pm…yeayy dari atas stage mama dah nampak kami…dia tabik spring kea rah kami…yuhuu semangattt jap…lepas habis sesi petang  balik hotel balik…sekali my Barbie doll bagitau suh datang backstage…patah balik g dataran..sekali makk aiii ramainyaaa manusia..tak sanggup rempuh ker depan..sambil menantikan feedback dia jalan-jalan gerai-gerai kat tepi tu mencari cenderahati skit..hikhikhik..sempat laa grap beberapa barang…lepas tu dia kata tunggu kat hotel la..ramai sangat orang..so terus ker hotel..then kitaorg g makn-makan kat batu buruk..lama gak lepak..siap g rumah kawan dia….balik-balik makan g dataran balik jumpa mama & kawan yang lain…lepas tu g makan-makan ngan Mama lak..kesian mama dia dah kelaparan…macam-macam dia order..kami jugak laa yang kena habiskan…apa-apa pun thanks mama for ur time….you rock our day..mamalah ratu hatiku…jantungku..nadiku…kekuatanku & semangatku….
Dah lewat malam semua dah kepenatan…ku lagi laa dengan tak cukup rest & tido…sampai-sampai hotel..mandi terus tido…esoknya sebelum balik bawa diaorang ke Pasar Payang, Pantai Batu Buruk, beli keropok lekor & baru gerak balik KL…alhamdulillah perjalanan lancer pergi & balik…lots of FUN wif them..they are part of my life..thanks tuk semuanya…

~Bintang Di Langit~

on Sunday, June 24, 2012

Tanggal 21 June 2012 (Khamis) tepat pukul 12.44pm bersamaan 1 Syaaban 1433H lahir seorang puteri sulong untuk abangku & kakak..Merupakan anak buah pertama kitew & cucu pertama buat Ma & Baba kitew jugak…Alhamdulillah bayi seberat 2.8kg selamat dilahirkan secara caesar..

Nama belum di berikan lagi..so kitew panggil dia bintang di langit..sebabnya status BBM abang kitew asyik tulis “Bintang Di Langit” hahaha motifff??kitew pun tak tau..hahaha..semoga kehadirannya menyerikan kehidupan kami sekeluarga ibarat gemerlapan bintang di langit menyinari kegelapan malam…

Welcome to our famly princess..moga menjadi mujahidah solehah kebanggaan keluarga, agama & Negara…Mak Ngah coming & see u soon…dah banyak dah belikan barang-barang tuk baby ni..tak sabar nak bagi baby pakai…

~Another Surprise Birthday For Me~

on Thursday, May 31, 2012

Hari Selasa..as usual kitaorang main badminton kul9pm-11pm at Kompleks Sukan Bukit Kiara…So after kerja ke Sri Pentas dulu lepak wif iela,dilla & em….tunggu iela selasaikan dia punya kerja…kul9pm dah settle terus gerak ke Bukit Kiara…sebelum gerak kat basement iela hulurkan bungkusan..”nah hadiah besday untuk you” hee tq my twin…dengan excitednya terus bukak time tu jugak…sekali…wahhh jam…ermmm kitew sukeee..ehemm cam tau tau jer I suke jam..
Kali ni jaja & kak mie pun join…hee..meriah makin ramai lak..sampai terpaksa booking satu lagi court..sebab awal-awal book 2 court jer…main pulun betul-betul kali ni…banyak sangat makan masa celebrate besday..so ni laa masanya untuk membakar lemak..hewhewhew…
After main macam biasa laa..port lepak kat luar tepi tangga..borak-borak sambil bergossip..hahaha tak habis-habis gossip..punya laa duk borak-borak sekali dari belakang ada orang nyanyi lagu besday..erkkk…Iela ni tak habis-habis lagi ngan surprise nya…patut takde rupanya dia g amik cupcake kat kereta..uwaaa terharu lagik…ingatkan dah lepas dah habis dah surprisenya…rupanya ada lagik…fuhhh nasib baik laa diaorang ni tak buat bukan-bukan..dah cuak dah tgk muka jahat Azuan & Dedeq hahaha…
Thanks Em, Dilla, Niena, Syamim, Jajasofean, Nabila, Kak mie,jaja, Eone, Dedeq,Azuan, Adi, & semua kawan-kawan badmintonku…korang memang best..seronok dapat kawan cam korang…sebab korang laa kitew makin aktif bersukan…thanks sudi terima kitew dalam group korang…
Special thanks to my dear twin iela sebab susah susah buat semua ni..thanks tuk cupcake yg cute & gift yg special…thanksssss so much…You are the number one best buddy I have ever had…luv u my besty..

This song just for you

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

~Sweet Besday Party in My Life~

on Tuesday, May 29, 2012

Alhamdulillah..masih d panjangkan usia untukku menikmati indahnya ciptaan Tuhan..terima kasih di atas segala rahmat & kasih sayangMu…

Besday tahun ni adalah yang paling indah dalam hidupku..alhamdulillah kitew dikelilingi orang-orang yang sentiasa menyayangi kitew…terharu sangat tahun ni ramai yang sudi celebrate..tak pernah pun terpikir ada yang nak celebrate besday kitew…
FIRST (23/5/2012) Orang pertama wish my besday my kesayangan “Mama” cik Fara Fauzana..walaupun wish besday in advance..tapi sweet sangat..dia wish sebelum g Singapore…sempat spent time together-gether..main badminton & lepak-lepak..thanks mama for ur time…thanks mama bawakan Mr F..kejutan laa konon…erkk…malu kiteww..sampai makan pun tak habis…hahaha…thanks jugak tumpangkan kitew naik X6 mama yang cantekk itew..ahakss..sweet jer mama bagi pesanan masa dalam kete tu..pesanan dia biarlah kami berdua jer yang tahu..ahakss…sayang betul mama kat kitew ye…winkwink..sekarang kitew tau sedalam mana sayangmu itu kat kitew..hahaha perasan jap….sweet moment yang tak kan kitew lupakan..

SECOND (24/5/2012) After main badminton ngan teman-teman kat bukit kiara cepat-cepat nak balik..coz dah janji ngan my sis nak jumpa & celebrate besday..dia cakap nk count sama-sama…so kul11.30pm terus balik rumah…sebelum balik sempat lagi budak-budak ni nyanyikan lagu besday…padahal belum kul12am lagik..sabar je laa..semua ni iela pun kerja..beria nak cepat melarikan diri..budak-budak ni bukan boleh kira tahap kenottian dia..nanti dia buat macam-macam jenuh lak..nak-nak si eone,dedeq & azuan tu..hahaha…sampai-sampai rumah my sis dah setia menanti..halamakkk x sempat nak salin baju..so pakai jer laa baju sukan ngan masyam-masyam berpeluh tu g celebrate besday..hahaha..
Gigih mencari kedai yang ada cake..dari satu kedai ke satu kedai..sampai laa ker TTDI hahaha..dapat jugak..fulamakkk sia-sia g main badminton tadi..sekali makan choc cake, muffin blueberry, banana split, sizzling & white coffee..semua ni menu kitew jer…hahaha gile tak???lepas makan g round-round..last skali g minum lagik sebelum balik..
Sampai kul3am gak laa..hahaha giler laa…btw thanks kakak for ur time..for the dinner & gift..luv u…sampai-sampai rumah bukak twitter & Facebook…reply wish..tak lupa jugak via bbm, whatssap & sms…semua reply malam tu jugak..enth kul berapa lelap..dalam kul 4-5am jugak laa baru tido rasanya…tengok orang tu ada online..tapi dia tak wish pun..sedih hati kiteww tau awak… notty si eeza pun sama..duk online kat twitter & bbm update status duk saico-saico..tapi bukannya dia nak wish…erkkkk sakit ati baca status dia…memang nak kena budak ni…so kitew pun buat tak tau je ngan status dia…biar dia..kitew tengok dia wish tak..hahahha..tunggu punya tunggu memang dua-dua ni x wish…apish gak baik ati wish kat status bbm dia..lps tu kitew ngandu kat dia Alyah & eeza x wish…boleh lak dia gelakkan…dia pun wish onbehalf kat twitter..erkkk tanakkk onbehalf….lepas tu ada laa orang tu whatssap.."kitew memang tanak wish kat awak sekarang..sbb kitew nak wish bila jumpa awak….awak jangan sedih k..esok kitew jumpa…kita memang banyak kejutan tuk awak"…ohh so sweet…boleh tido dengan lena…Zzzzz
THIRD (25/5/2012) After kerja g lepak Sri Pentas jap jumpa Iela…tak dapat nak berfutsal nampaknya..coz tengah tunggu Kisah Hati kitew call nak jumpa kat mana & pukul berapa…sementara tunggu dia call tu yang g merayap Sri Pentas…dalam pukul 8pm dia call.."awak kitew jumpa kat Sogo k…kitew tengah tunggu Apish amik ni..terus ke sana k"…halamakk dia ni suka tau bgtau lambat..nasib baik laa Sogo tu tak jauh…Sampai-sampai diaorang belum sampai.. Di sebabkan tak tau Apish & Alyah nak jumpa kat mana so jalan-jalan dalam sogo…sekali dia dah sampai dia call..”Awak naik tingkat 8 tau..Red Box” ohh nak layan karaoke rupanya..awat x habaq awai-awai….sampai-sampai ingatkan Alyah & Apish jer..timah pun ada..hee segan…
So dah amik makanan kat luar start laa karaoke…semua lagu dia nyanyi dia cakap camni “Awak ni lagu kitew tujukan tuk awak” hahah semua lagu laa untuk kitew kan…sweet laa awak ni…sekali tengah layan karoks makin ramai yang datang..mak aiii ramainya..nasib baik laa ada jugak yg kitew dah kenal…ada sorg tu kawan Alyah..kitew tak pernah kenal..tapi dia datang bawah hadiah jugak..uwaaaa terharuuu…memang Alyah inform awal-awal dah laa ni kat semua..kitew jer laa yang tak tau..sobsss…(ehh nama pun surprise kan..hahaha) ok di maafkan…
Tiba-tiba adegan air mata berlaku…tengah karoks tiba-tiba next song tengok “Happy Birthday”..kitew ingatkan iklan kat skrin red box tu..sekali nah kauu..bukak pintu…surpriseeee..glurppp kek 2 bijik d bawa masuk sambil diaorang duk karoks lagu happy besday yang sangat comey….uwaaa nak nangis..terus peluk dia yang duk sebelah …lama lak tu sebab nk cover air mata..hahahha…gilerr terkaku ku di siteww..awak buat kitew nangis :(…uwaaaaa thanks awak..kitew tak tau nak cakap apa…dari awal hingga akhir tu jer yang mampu kitew luahkan…dah habis adegan air mata..potong kek..suap-suap..sambung karoks balik….tapi perasaan kitew masih terkejut & appy tak terkata..tak sangka dia buat ni semua untuk kitew…awak sangat baik untuk kitew..terharuu..dalam masa yang sama kita syukur sangat sebab awak sudi jadi kawan terbaik kitew..dah banyak kisah suka duka kitew kongsi bersama..thanks awak..awak buat kitew dah jadi sebahgian dari famly awak…
Layan karoks hingga lewat pagi..seronok sangat..walaupun kitew tak nyanyi..hahaha kitew suka tengok awak nyanyi jer...ni kan ari kitew..so awak laa hiburkan kitew..hahaha..lagipun kitew ni segan nak nyanyi depan penyanyi popular ni..hahahaha…thanks semua yang datang Apish, timah, zali, ika,syuib & abg slen & jutaan terima kasih tuk kisah hatiku ALYAH tuk semua surprise ni…betul awak cakap semalam..awak ni penuh dengan kejutan..haha…
Thanks from the bottom of my heart..you make my day.. Tp satu perkara awak perlu tahu..Mengenali awak adalah anugerah terindah yng pernah kitew miliki..terima kasih awak..i luv u so much more
p/s : tengah-tengah layan karoks tiba-tiba bbm bunyi bbm..dr adik notty yg konon2 tak nak wish..sweet jer ayat dia.katanya dia nk jd org yang last wish.."terima kasih kakak for be a part of my famly...tq krn sentiasa support kitew..moga kakak terus success & appy selalu" & blaa blaa blaa lg..dh lupe..hahaha..apa-apa pun thanks adik for the sweet wish..walaupun lambat hehehe..it's ok..janji dah wish..ahakss..luv u

~Terima Kasih Dari Hati~

on Sunday, May 27, 2012

Sedar tak sedar dah akhir bulan May..dah bersawang dah blog ni..lamanya tak update..banyak factor yang menyebabkan hilang sedikit kerajinan tuk update blog sekarang ni…busy dengan macam-macam perkara..macam-macam aktiviti & macam-macam kerenah/ragam manusia yang sometimes boleh buat kite pening kepala memikirkannya…

Terima kasih kerana ada yang sudi membaca & tunggu kitew update story..takde apa sangat pun blog ni..just everything about my life….”Boringgg” bak kata mama…mana-mana entry yang pending tu insyaallah jika ada kerajinan kitew share balik okey…kiranya dah basi laa citenya nanti..hahaha..

Ok back to the topic…actually kitew nak ambil kesempatan ni nak ucapkan jutaan & ribuan terima kasih kepada semua famly, sahabat,teman-teman,rakan-rakan FB,Twitter & semualah yang telah wish my besday baru-baru ini samaada melalui Call,SMS,FB,Twitter,BBM,Whatssap & segala macam cara yg ada…sekarang kan semua canggih-canggih..semua di hujung jari..nak tanak jer kan..

Terima kasih kerana kalian masih mengingati tarikh istimewa kitew…at least kitew tau kitew siapa d hati kalian...terharu kerana masih ada yang ingat & sudi wish…yang tak wish tu apa boleh buatkan..maybe kitew ni bukan siapa-siapa di hati mereka..ahakss..tacing lak :P tapi rasanya cam ramai jer yang belum wish ni..walaupun dah 3 ari berlalu…erkkk oklah kitew tanak paksa..kalau boleh biar laa diaorg ikhlas mengucapkannya..sebab semuanya itu doa buat diriku...yang belum wish tu maybe kitew ni bukan sahabat yang baik tuk mereka...it's ok kitew terima seadanyaa...ehh emo lagik..maklum laa faktor usia..hehehe

Oklah thanks semua...sehingga ke hari ini kitew masih dalam mood besday ni...haa sape-sape belum wish silakan...tanak wish nak kasih hadiah pun okey..lagi kitewww suke...hahahha..ok nanti kitew story moment-moment indah sepanjang besday tahun ni...

© Copyright by Memori Tercipta | Template by BloggerTemplates | Blog Trick at Blog-HowToTricks