Posted by
Aida Arisya
on
Tuesday, July 12, 2011
Last entry ada dibgtau tuk pertama kalinya saya menjejak kaki di Menara KL...phewwww First time kot..jakunnnn jap...hahaha sebenarnya ada "Party Costume Tolong Awek Aku Pontianak" anjuran Tayangan Unggul bersama pembaca Budiey.com..Terima kasih abg budiey kerana invite..dapat jugak ku merasa tengok Kuala Lumpur dr puncak tertinggi Menara KL...nice view...
Antara barisan pelakon utama yang hadir & menghiburkan kami..termasuk laa diaorang duk mengacau Zahiril yang suka melatah..hahaha..kelakar diaorang ni
Antara yg membuat persembahan
 |
Najwa Latif |
 |
Shylla Amzah |
Bersama-sama mereka yang hadir
 |
With Najwa Latif |
 |
Najwa Latif & Shylla Amzah |
 |
With Shera Ayob |
 |
With Liyana Jasmay |
 |
With Nurul |
 |
Shylla Amzah & Shera Ayob |
 |
Gojes Kak Sazzy Falak |
 |
The hot Papa Abg Nash (Suami kak sazzy) |
 |
With Syada |
 |
With Bob aka Zahiril |
Muka budak excited naik Menara KL
 |
Nice view |
 |
Nampak KLCC |
Jom layan
Trailer "Tolong Awek Aku Pontianak"
Sinopsis Filem Tolong Awek Aku Pontianak
Percintaan dua dunia berbeza… Sebuah filem komedi seram yang mengisahkan Bob, berperwatakan lurus bendul dan baik hati yang bekerja di sebuah syarikat periklanan, di bawah penyeliaan Faizal. Selepas berpisah dengan teman wanitanya (Ina), Bob dan kawannya, Pian berpindah ke sebuah apartment lain. Kehidupan baru Bob bermula selepas berpindah dan bertemu dengan dua beradik iaitu Maya dan Liyana. Pada mulanya Liyana tidak menyenangi kehadiran Bob dan Pian kerana takut identiti mereka terbongkar.
Namun selepas menguji Bob, mereka mengakui bahawa Bob tidaklah seperti yang mereka sangkakan. Sejak itu, mereka berempat menjadi kawan baik. Hubungan Bob dan Maya pula bertambah rapat selepas insiden beg Maya diragut. Selepas bertemu Maya di rumah Bob, Faizal melamar Maya untuk bekerja di syarikatnya. Faizal cuba memikat Maya, namun hampa. Kemudian Faizal berpakat dengan Kamal untuk menakutkan Maya. Tetapi berlaku sebaliknya, Faizal dan Kamal pula yang ketakutan setelah dikacau oleh pontianak. Faizal mula curiga dengan kehadiran Maya dan menyuruh Kamal mencari bomoh untuk menyiasat kehadiran pontianak dipejabatnya.
Faizal menyatakan keraguannya tentang Maya kepada Pian dan mereka berpakat untuk membongkar identiti Maya dan Liyana. Di parti yang diadakan oleh Faizal, mereka melakukan pelbagai cara untuk membuktikan Maya dan Liyana adalah pontianak. Benarkah Maya dan Liyana pontianak? Dan apa pula hubungan Nadia dengan dua beradik itu? Semuanya akan terjawab dalam filem `Tolong! Awek Aku Pontianak!’.
Senarai Pelakon
Zahiril Adzim, Sazzy Falak, Liyana Jasmay, Sufian Mohamed, Rashidi Ishak, Yus Waisar, Nurul Wahab, Syanie, Ameerul, Datuk Jalaludin Hassan, Harun Salim Bachik, Afdlin Shauki, Ruminah Sidek, Jehan Miskin, Bell Ngasri. kebanyakkan pelakon nih bee suka …lagi-lagi bell ngasri dan sazzy falak
Pengarah
James Lee
0 comments:
Post a Comment