SELASA 6 March 2012 Majlis Pra-Tonton “SeeFood” at Mid Valley wif Iela, Em, Dilla & Naddy…After kerja terus ker Mid Valley..g makan dulu lepas tu baru layan movie..
Sebelum saya memberikan pendapat saya mengenai filem Animasi berbahasa Inggeris pertama Malaysia ini, saya ingin memberikan beberapa maklumat mengenai filem animasi ini kepada rakyat Malaysia yang belum mengetahuinya. Saya yakin pasti ramai rakyat Malaysia yang terkeliru ataupun langsung tak tahu yang filem Seefood ini adalah hasil daripada anak watan dan dibantu oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia serta saluran Kanak-Kanak Al-Jazeera.
Melalui pengarahnya, iaitu Goh Aun Hee berserta HANYA 35 JURU ANIMASI sahaja daripada Silver Ant dan dihasilkan selama 2 tahun 4 bulan, mereka telah berjaya menghasilkan sebuah animasi bertaraf antarabangsa dan telah menembusi pasaran di lebih 90 buah negara. Selain itu, Seefood juga telah berjaya memenangi Animator 3D Terbaik, Kompositor/Vfx Animasi Terbaik dan Montaj Animasi Terbaik pada Anugerah Karyawan Animasi Malaysia 2011
SINOPSIS:
Filem Seefood berlatar-belakangkan eko-sistem sekitar kita dimana karakter utamanya, Pup, seekor ikan Yu Buluh dan Julius, seekor jerung insang putih, akan membawa penonton menyertai mereka ke alam pengambaraan penuh misteri yang tidak berpenghujung, ditemani watak lain yang penuh warna.
Apabila berdozen telur ikan Yu buluh dari terumbu karang dicuri oleh pemburu haram, Pup nekad untuk menyelamatkan telur-telur tersebut, tanpa mengambil kira akan bahaya misi tersebut.
Tekadnya untuk membetulkan keadaan membawa Pup ke dunia daratan, dengan kawasan yang indah tetapi penuh dengan bahaya – destinasi yang tak pernah terlintas di benak seekor jerung.
Khuatir akan keselamatan Pup, Julius, yang merupakan sahabat karib Pup muncul dengan misinya yang tersendiri untuk menyelamatkan kawan karibnya.
Dengan sut istimewa mereka, yang direka oleh seekor sotong kurita yang genius di dunia lautan bernama Occto, Julius telah menunjukkan keupayaan seekor jerung untuk mengembara di daratan. Melalui misi menyelamat ini terdapat pelbagai aksi penuh ketawa ini pasti akan mempesonakan anda!
Moral of the Story/Pengajaran: Hentikan pemburuan haram yang mengganggu populasi spesis haiwan terancam serta kurangkan pencemaran. Pentingkan nilai-nilai persahabatan tanpa mengira spesis haiwan seperti jerung, ikan yu, sotong, ayam, ketam, penyu dan lain-lain (sila terjemahkan dalam dunia manusia.. hehehe...). Akhir sekali, jangan takut untuk keluar dari kepompong dan zon selesa, terokai dunia luar yang lebih luas dan penuh dengan dugaan-cabaran. Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu dan jangan cepat mengalah dan menolak kepada takdir semata-mata).
0 comments:
Post a Comment