Aida Arisya In D' House

Aida Arisya In D' House



Pada Yang Esa kupohon... agar apa saja yang kubicara, tidak menjadi racun untuk sesiapa, tetapi penawar hati dan budi. Pada Mu Tuhanku... kupohon kekuatan agar jejariku mampu untuk menghulurkan sesuatu, yang akan menjadi halwa minda buat yang membaca bisikan hatiku. Berbicara setulus kata. Berkata dari hearty yg indah berbahasa..~ Kata-kata bukan dusta tp, patah-patah yg puitis ikhlas dari jiwa yg ada!! BlOg ini memberi peluang insan yg kerdil menuturkan bicara seketika selagi ada dayanya!!~ SEUKIR SAYANG, SECANGKIR KASIH, & SEKELUMIT CHENTA!!~

Followers

CLICK ME!!!

~Cuba Belajar Untuk Menghargai!!!~

on Wednesday, July 14, 2010

Kita jarang menghargai apa yang kita ada dalam hidup ni. Kita cuma akan sedar betapa berharganya sesuatu itu bila kita dah kehilangannya. Saya akui, saya tidak bijak membezakan permata dan kaca, sehingga bila saya benar-benar kehilangannya, baru saya akan menyesal kerana saya tidak menghargainya bila saya masih memilikinya.

Teman baik saya pernah suarakan kepada saya, itu mmg sifat manusia. Kita tak sedar betapa berharganya sesuatu itu. Pada kita, ianya biasa sahaja. Sama seperti benda atau perkara lain yang kita ada. Tapi saat kita mulai kehilangannya, baru kita mengejar dan cuba mendapatkannya semula. Waktu itu mungkin sudah terlalu lambat utk kita. Everything is over.

Saya pernah melaluinya. Dan saya boleh katakan saya sangat menyesal. Terlalu menyesal. Saya kehilangan insan yang benar-benar menyayangi saya. Apa yang menyedihkan, saya tak mampu mengejarnya. Sudah sampai ke garisan penamat. Seperti kata teman yang menasihati saya, sekali, dua kali, tiga kali, berkali-kali masih cuba diterima. Tapi bila sudah sampai ke kemuncaknya, sayonara. Maaf. Tiada lagi.

Bukan mudah utk kita dapat sesuatu yang berharga dalam hidup kita. Belajar utk menghargai. Atau anda mungkin kehilangannya. Cukuplah orang lain merasainya, anda tak tau penangan pedihnya lagi. Dan saya, saya akan cuba utk belajar menghargai apa yang saya ada sekarang…

~Terima Kasih Tuhan~

Ya Allah, jika rezekiku masih dilangit, Engkau turunkanlah. Jika di dalam bumi, keluarkanlah. Jika sukar, permudahkanlah. Jika haram, sucikanlah. Jika jauh, dekatkanlah kpdku. Limpahkan kpdku segala yg Engkau tlh limpahkan kpd hambaMu yg soleh-solehah

Aminnnn...Alhamdulillah...Nampaknya rezeki menyebelahi ku di bulan Julai...I got new work..new environment..new staff..new boss..& everything new laaa...hope this work give me more successfull...Di tempat baruku ni nk start ngan new azam..nk kerja betul2..nk tingkatkn komitmen ngan kerja...boss kat sini pun sporting..x cerewet mana...doakan kejayaan saya ye teman2...skrg ni kna kerja lebih kuat skit...banyak tangungjawab yg perlu dipikul....adk yg hbs bljr tu x dpt kerja lg coz bru lps accdnt..so dia rest je kat rmh jalani fisio ari2...mybe paling lama 6 bulan doc ckp...coz 4 besi masukkan ari tu..1 di peha & 3 kat betis...dia pun mengharapkn cepat dpt jln balik..ye laa asyk duk atas kerusi roda & bertongkat..x dpt nk buat apa2..dia pun x nk...katanya klu blh nk cepat jln...raya x nk bertongkat...huhhh hopefully so..mana tau ngan doa kalian semua dia dpt jln semula dgn cepat...insyaallah....


© Copyright by Memori Tercipta | Template by BloggerTemplates | Blog Trick at Blog-HowToTricks