Aida Arisya In D' House

Aida Arisya In D' House
Pada Yang Esa kupohon... agar apa saja yang kubicara, tidak menjadi racun untuk sesiapa, tetapi penawar hati dan budi. Pada Mu Tuhanku... kupohon kekuatan agar jejariku mampu untuk menghulurkan sesuatu, yang akan menjadi halwa minda buat yang membaca bisikan hatiku. Berbicara setulus kata. Berkata dari hearty yg indah berbahasa..~ Kata-kata bukan dusta tp, patah-patah yg puitis ikhlas dari jiwa yg ada!! BlOg ini memberi peluang insan yg kerdil menuturkan bicara seketika selagi ada dayanya!!~ SEUKIR SAYANG, SECANGKIR KASIH, & SEKELUMIT CHENTA!!~

Followers

CLICK ME!!!

There was an error in this gadget

~Finally I'm at Hometown~

on Saturday, August 27, 2011

Assalamualaikum semua...Alhamdulillah saya selamat sampai di Dungun, Terengganu pada jam 4.30am...bertolak dari KL jam 12am..syukur pergerakan lancar d sepanjang perjalanan...nasib baik gerak malam...tapi saya memang suka drive malam dari siang..malam boleh makan-makan..ye dak?hehehe

Terima kasih semua yang mendoakan keselamatan saya...buat teman-teman yang SMS before saya start perjalanan...terima kasih kerana selalu ingatkan dengan pesanan-pesanan yang sweet-sweet...sayang jugak awak kat saya ya..hahahha..LOVE YOU....dan yang paling terharu..dah sampai kampung...tiba-tiba dapat SMS dari my sweet soul sister bertnyakan dah sampai ker belum..you are my favourite kakak ever...thanksss honey :)

Okeylah...Kepada yang baru merancang nak balik kampung & akan balik kampung nanti..rancang perjalanan anda & semoga selamat sampai ke destinasi...SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN!!!

~Check List Before Balik Raya~

on Thursday, August 25, 2011

Assalamualaikum..yuhuuu seronoknya ari ni last day kerja before cuti panjang untuk raya...Malam ni after berbuka& isyak dah nak balik kampung...tahun ni bertiga jer...Me, my adik & my fren..Tapi yang boleh drivenya saya sorang jer laa..it's ok...nasib baik saya ni jenis yang suka drive...rindu kat kampung..doakan perjalanan kami semoga semuanya selamat k...

I know everyone is kinda busy packing their stuffs to go back to your home town. And here I wanna give you and advice LOL..hahaha as if i'm way too good about driving. Drive slowly and safely, and yea have a safe journey to kampung!! Ok jom buat check list before balik kampung

YEayy dah dapat SAMPUL DUIT RAYA...dah bersedia tuk diisi isinya..thanks awak kasi semua ni kat saya..ni saya sayang awak lebih ni..hikhikhik
Beberapa jenis KUIH RAYA yang di order pun dah dapat...
BAJU RAYA adik-adik dah settle di beli
BEG pakaianku dah siap di packing
AKSESORI, MAKEUP & CHARRGE PSP/HP semua dah packing dalam ni..so pinky kan..:)
PSP, LAPTOP & HP benda wajib buat balik setiap kali balik kampung..pastikan HP anda full baterry and ada credit..hikhikhik..penting tu...
HAMSTERku dah dibersihkan dan bersedia nak balik kampung...1st time diaorang berjalan jauh ni
Yang paling penting ni haa KERETAku dah diservices...bersedia tuk perjalanan jauh Kuala Lumpur - Terengganu
Yang paling penting BERHATI-HATI DI JALAN RAYA...ingatlah orang tersayang...Kepulangan anda untuk diraikan bukan untuk ditangisi..pesanan khidmat masyarakat oleh aidaarisya.blogspot.com :)

~Iftar With Anak Yatim Jalinan Kasih~

Alhamdulillah...berkesempatan jugak hajat d hati nak meraikan Anak-Anak Yatim Dari Rumah Jalinan Kasih ni...After kerja terus ke Kota Damansara...memikirkan sejak akhir-akhir ni asyik jem jer...ingat dah x jadi nak ke sana...Allah Maha Besar...Dia gerakkan hatiku untuk kesana....Syukur sangat...hasrat hati dah lama nak meraikan anak yatim...saya ni pantang kalu ada aktiviti yang melibatkan anak yatim...mesti hati melonjak-lonjak nak menyertai...rasa tenang & happy sangat bila dapat borak-borak berkongsi cerita dengan diaorang...semoga semua mrnjadi insan yang HEBAT suatu hari nanti...
Kuliah maghrib yang di sampaikan oleh Ustaz yang nun jauh dari seberang (Indonesia)..alamakk lupa nama ustaz ni..best penyampaian ustaz ni....Alhamdulillah dapat solat Maghrib, Isyak & Terawikh berjemaah..
Pengacara majlis membuka majlis
Sifu Tuan Haji Imran
Sumbangan pertama Rumah Tahfiz kat Alor Setar...lupa gak nama tahfiz ni..hahhaha
Sumbangan ke dua disampaikan kepada pengurus Rumah Anak Yatim Jalinan Kasih
Pemberian duit raya kepada Anak-Anak Yatim Jalinan Kasih..alhamdulillah..moga di murahkan rezeki sahabat-sahabat semua....

p/s :thanks adik farhana berkongsi cerita dengan akak..peramah betul dia ni...moga menjadi insan yang hebat suatu masa nanti..insyaallah

~Iftar With FBI & Famly~

on Tuesday, August 23, 2011

SEMALAM after kerja terus bergegas ke e-curve...ada majlis berbuka puasa with Abang Faizal Ismail (FBI) and Famly (Kak Lina & Keyna) serta kawan-kawan di Thai Express...kami sampai lewat skit disebabkan jem..dah azan maghrib baru sampai...sampai-sampai terus order...saya order kueh teow ladna(alamak lupa nk snap pict)....perghh penuh pinggan...memang tak habis laa jawabnya...nasib baik ada member yang habiskan..klu tak membazir..& lagi-lagi rasa serba salah lak nanti kan..dah laa orang blanja..makan tak habis...hikhikhik...Nak buat camne..saya punya tong kecik jer..tak mampu nak makan banyak-banyak...Berseuaian dengan nama kedainya Thai Express...makanan yang di order express jer sampai...takde laa kami menunggu lama...tak sampai 5minit kot tunggu...bagus services diaorang...
Dah lama giler x jumpa kak lina & keyna...alhamdulillah..keyna bakal dapat adik...insyaallah dijangka bulan november ni kak lina bersalin..Congrat Abg Faizal, Kak Lina & Keyna...Aida doakan semoga semuanya selamat...
Last but not least, thanks a lots abg faizal..moga murah rezeki abang & terus success dalam karier..SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN BUAT ABANG FAIZAL, KAK LINA & KEYNA....selamat pulang ke Penang, moga selamat sampai..kita jumpa after raya pulak ya....adiossss

noted : Thanks Dayah for the pict :)

~Iftar With Teman-Teman~

on Monday, August 22, 2011

Salam 23 Ramadhan buat semua...sedar tak sedar kita dah berada d minggu terakhir ramadhan kan??sekejap jer masa berlalu...adakah korang rasa ramadhan kali ini korang dapat memanfaatkan sepenuhnya atau sebaliknya??tepuk dada tanya iman...ayuh kita tingkatkan amal ibadah kita di sepuluh malam terakhir ini dengan sebaiknya..moga amal ibadah kita di terima olehNya...

Alhamdulillah..ramadhan kali ini dapat berbuka puasa bersama teman-teman serta insan-insan yang teristimewa...cuma kali ni iftar with ex-kusza x smpt  dibuat macam tahun lps..sedih lak...masing busy & xde kat KL...next time maybe...dengan someone tu pun xsmpat juga..nampaknya kita jmp raya jer laa kan..open house nanti jgn lupakan daku k...

Ahad (21/8/2011) kuar rumah seawal 7.30am pergi ke Pasar Tani Shah Alam mencari beberapa barang..tapi yang dibelinya barang yang tak tersenarai dalam list..ish ishh ishh...dalam pukul 9.30am terus ker Jalan TAR dr Shah Alam..nak shopping baju adik & ayah yanng x settle lagi....dengan panasnya..ramai orang nyaa...dugaan jer bulan2 puasa ni...haussss...dah habis satu Jalan TAR di jelajah balik rumah dekat pukul 1pm dah...rest sekejap & solat terus g ker Shah Alam bengkel ayah angkat nak services kereta before balik kampung ni...dah settle ayah cakap g laa singgah rumah..semua ada..lepas tu apa lagi..terus ke Klang rumah famly angkat...sambi-sambil tu boleh tengok keadaan ibu..alhamdulillah..dah beransur sihat..jahitan pun dah d buka...
Disebabkan dah janji nak jumpa dan berbuka with Kak Eita & Famly,Kak Na & Kak Huda...x dapat laaa nak berbuka rumah ibu...lagipun dah lama giler tak jumpa diaorang..dah berbulan-bulan kot..Mikael pun dah besar..makin notty...asyk lari jer..yang kelakarnya naik kete dia duk lompat dalam kete..kami yg follow kat belakang ni tergelak je tengok ke aktifan dia..hikhikhik..Kami berbuka kat Steamboat Antarabangsa Harbour Place, Port Klang...perghhh terbaikkk laa..siap ada grill tu..memang best giler...apa lagi main masak-masak laa...next time boleh makan sini lagi..harga dia pun berpatutan...thanks girls..terubat rindu jumpa korang..nanti raya lak kita letting2 k....
Isnin (22/8/2011) Ni kembar saya..nama dia Iela...memang betul laa ada kimia antara kita...terkejut sampai-sampai tengok baju..alamakkk sama colour lagik..hahhaha..i love u kembar....
Dari minggu lepas lagi dah janji nak berbuka sama-sama..asalnya nak buka kat Mid Valley..so kebetulan pulak yang lain-lain ajak buka ramai-ramai isnin tu kat kedai Kak Yana (Restoran Amber Shirinbano) kat Cheras...so apa lagi....tukar location laa...lagipun iela cakap suruh ajak ramai-ramai kan??nak satu rombongan cik kiah i bawa..hahahha..seronok dapat lepak ramai-ramai sambil bercerita itu ini..habis cerita kot kuar..tu nasib baik nak hujan..kalau tak, maunya sampai sahur tak habis lagi storynya..hahaha...thanks guys..u all semua memang best..happening sampai pening..hahaha...Thank gak Kak Long kasi duit raya..fuhh ni duit raya pertama tuk tahun ni..i lebiuuu Kak Long...Thanks gak to my kembar (iela) for kad raya & sampul duit raya...ni sayang u lebih ni..hikhihik..thanks tuan kedai kak yana kerana kasi layanan bestt..thanks jugak to jumaat coz pick up me kat opis & hantar balik..& thanks tuk semua teman-teman yang sawan...muahahhaha...sayang korang semua...heart!!!
noted : credit pict to kak eita & jumaat..copycat kat FB diaorg jer..hikhikhik

~Iftar With Nora Elena aka Siti Saleha~

on Sunday, August 21, 2011

Assalamualaikum semua...
Pada hari sabtu baru-baru ini 20hb Ogos 2011 bertempat di Carlton Holiday Hotel, Shah Alam telah berlangsung Majlis Berbuka Puasa & Beramah Mesra Bersama Siti Saleha...Sepanjang penglibatan Siti Saleha dalam industri ni..inilah kali pertama di adakan majlis bersama peminat..alhamdulillah..sambutan memberangsangkan...Majlis eksklusif ini dihadiri seramai 50 orang peminat..yang paling terujanya sampaikan peminat dari Dubai & Brunei pun sanggup datang...fuhh dasyat penangan Nora Elena ni...
Saya pun antara yanng paling excited jugak sebenarnya nak jumpa Siti Saleha ni..maklum laa ini lah kali pertama berjumpa beliau...akhirnya tercapai gak impian saya untuk berjumpa Nora Elena...Thanks a lot Abang Ayie...meaning a lots to me..antara memori terindah bulan puasa tahun ni...
She's so pretty...very friendly, talented, nice, awsome dan macam-macam laa..fuhhh bila jumpa live ni tak sangka Siti Saleha ni sporting giler...ramah pulak tu...suka bila dengar Siti Saleha bercakap...lembut jer...
Buffet kat hotel ni boleh tahan sedapnya..bermacam-macam juadah disediakan...tapi di sebabkan saya dalam proses diet ni tak boleh laa nak makan banyak-banyak...amik gambor jer laa..hahaha
Majlis di mulakan dengan majlis berbuka puasa, ucapan pengerusi majlis, ucapan siti saleha, sesi soal jawab, cabutan bertuah, best dress, bergambar & tayangan video..tahniah buat semua AJK yang berjaya memastikan majlis ini berjalan lancar...bukan senang nak buat majlis yang penuh gilang gemilang ni...
Thanks all Team Saleha, Abg Ayie & the big love to Siti Saleha coz sudi meluangkan masa busynya tuk melayan kami...layanan anda memang superb....hope to see all of you again...much love :)

~Mana Mak??~

on Wednesday, August 17, 2011

Salam…..

Untuk tatapan dan renungan semua anak-anak….semoga ianya tidak berlaku kepada kita ya...

"Mana Mak?"

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian


Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

~Surprise Besday For Shylla Amzah~

on Sunday, August 14, 2011

Misi berjaya..hoyeahhhh....seperti yang di rancang..misi untuk surprisekan Shylla berjaya d lakukan dengan kerjasama Aunty Zee & Iela...diaorang berdua yang merancang..kami follow jer..ahakss...Ampunn semua kalau ada yg tak terINVITE tu...coz bukan aida yang invite orang..ahakss....
Bertempat di Bora Asmara,seawal 6ptg jugak la menuju kesana...tempat tak tau so follow iela jer dr Sri Pentas...Ramai gak orang berbuka kat sini...tempat ni ada buat buffet ramadhan...
Besday Girl sampai sebelum azan maghrib....yeahh berjaya buat shila menangis..muahahhaa *kejam kan*...sebelum Shylla sampai ada laa sorang tu asyik nebes jer..ke sana ke mari...tak senang duduk dia...sape lagi klu bukan Iela...hahaha kelakar pulak..x pasal2 kna bahan :P....
Thanks Iela for the cute cake....sedap giler kek ni...seriussss....
Aktiviti potong kek oleh  besday girl...boleh pulak dia tanya kek ni blh mkn ker tak...hahaha..ingt kek perhiasan ker...
Diikuti dengan majlis berbuka puasa..semua khusyuk menikmati juadah...kami antara group yang paling lambat pergi amk makanan..sampai kebanyakan lauk dah habis & terpaksa tunggu diaorg refill...
Sambil dihiburkan oleh abang-abang yg main muzik ni..TQ
 Anak-anak Nd Lala yang turut komplot dalam ini aktiviti...Syahir,Syada,Syafiq & Shylla
 I'm 21 years old already...mama sha nak kawin...hahahhaha
Comel  kan...antara gambar-gambar atas kek td...
 Rakan-rakan sekolah sbb baju semua putih..baju merah tu pengawas :P
Ehhh mana besday girl??gambar dalam ipad adam pegang pun boleh laa hahaha..coz besday girl yg amk gambar kitaorg time ni...
 Group photo...gambar sekolah rendah...
 Group photo...up skit..ni gambar sekolah menengah..sbb tu notty skit
Group photo..gambar asrama lelaki :P
 Group photo...ni dah masuk universiti..bukan URTV yee :P
Last-last  tinggal yang ni jer sebab yang lain ponteng kuliah...hahahahhaha kiranya ni budak2 baik laa..tunggu kuliah habis :P
 Thanks a lot my sweet kembar kerana berjaya rancang surprise ni dengan jayanya...well done..kita tunggu iela punya turn lak..hahaha jangan nak hilangkan diri sangat laa :P
Appy besday my dear sister...Akak doakan moga panjang umur, murah rezeki, bahgia selalu d samping famly tercinta & terus success dalam kerjaya..i always support u babeh :)
 ERmmmm no comment..hahahaha
Asal benda alah ni lebih besar dariku...hmmm..
Last but not least...tq buat semua yang datang memeriahkan majlis...thanks a lots to tok dalang, aunty zie & iela...tak lupa jugak UncleNd Lala & famly yang turut komplot kasi shila hangin jer sepanjang perjalanan...buat semua teman2 yang turut memastikan misi ini berjaya...u guys rock!!! & to Shylla...ampunn & maaf sbb lambat wish..hahahha..kitaorg saje malas nk wish :P I love you all.....

© Copyright by Memori Tercipta | Template by BloggerTemplates | Blog Trick at Blog-HowToTricks