Aida Arisya In D' House

Aida Arisya In D' House



Pada Yang Esa kupohon... agar apa saja yang kubicara, tidak menjadi racun untuk sesiapa, tetapi penawar hati dan budi. Pada Mu Tuhanku... kupohon kekuatan agar jejariku mampu untuk menghulurkan sesuatu, yang akan menjadi halwa minda buat yang membaca bisikan hatiku. Berbicara setulus kata. Berkata dari hearty yg indah berbahasa..~ Kata-kata bukan dusta tp, patah-patah yg puitis ikhlas dari jiwa yg ada!! BlOg ini memberi peluang insan yg kerdil menuturkan bicara seketika selagi ada dayanya!!~ SEUKIR SAYANG, SECANGKIR KASIH, & SEKELUMIT CHENTA!!~

Followers

CLICK ME!!!

~Dairi Ramadan AidaArisya Part II~

on Tuesday, July 31, 2012

Wahh curlashhh kau jah..tajuk tak boleh blaaa..ala-ala “Dairi Ramadan Rafiq” gitewww..tak kisah laa apa pun tajuknya…kitew punya blog kan..haha…ehh bulan puasa tak baik emo-emo…okk istighfar banyak-banyak…

Ok mari sambung story..Ramadan berikutnya berbuka dalam kereta gara-gara jem yang amat…after maghrib singgah di Masjid berhampiran untuk maghrib…sekali arung buat..tunggu isyak & terus berterawikh…sekali dalam masjid jumpa opismate..mak aii keciknyaa dunia..hahahha

Esoknya pulak my gojes fren ajak buka sama-sama dekat Bawal Power Kota Damansara…kali ni team tak cukup..ada yang ada hal..ada yang tak sihat..ada yang shooting…ermmm xpe next kita buat Iftar sama-sama lagi k…ku pun tak sihat sebenarnya…tiba-tiba kat opis selsema teruk giler..habis satu kotak tisu d kerjakan…tapi dah janji kan…kata JANJI DITEPATI hahaha..dah janji nak datang ku pun gagahkan diri…kata jumpa kawan-kawan ni yang sakit boleh jadi baik…tak giteww almy..hahaha…balik tu singgah Chatime pulak..duk minum sambil borak borak..siap aktiviti mendownload lagu lagik..hahahh kitew laa jadi magsa…tukang download..ahakss…Balik rumah makin teruk…nak demam dah…so tido jap…patutnya malam ni ada badminton..tapi serius malam tu tak larat sangat…so tido awal malam tu…

Tiba-tiba lewat pagi seseorang kejutkan dengan panggilan telefon “awak..jom kita sahur sama-sama” huhh seakan bermimpi…ingatkan mimpi..sekali betul..hahahha..dalam tak sihat..ku gagahi diri…giler tanak...dah lama tak jumpa & lepak dengan dia kot…lagipun dia kata nak spent time ngan kitew sebelum “bercuti” alahaiii sweet laa awak ni…ni buat kite makin sayang kat awak ni…dia siap suh bawa baju siap-siap..tido rumah dia….Sambil sahur story morry dan diiringi alunan lagu “Kau Yang Terindah” kat hp dia…ermm sedap tak terkata lagu ni…kalah mee goreng kat depan mata tu..hahaha…After sahur balik rumah dia…sementara tunggu subuh kami borak borak dulu..ku yang tak sihat & selsema terpaksa buat-buat sihat…padahal time tu mata dah merah sebab panas badan..hahaha…bila dia tanya kita kata ok jer..kahkahkah..tanak laa bagitau..nanti dia suh kitew rest & tido…kata nak spent time together-gather…hehehe alasan ni…

Gara-gara tido lambat so bangun pun lambat…tapi as usual laa kite tetap awal pada dia..hahahaha habis laa majalah ku baca..dah tak tau nak buat pe…Tiba-tiba petang tu dia buat kitew terharu…dia bagi kitew hadiah…sepasang baju kurung…buat raya katanya..dan juga beg…ahaks..u touched my heart laa kakak….terus tacing..dia ni baik sangat laa..dah tak tau kitew nak describe dia ni camne…awak anugerah terindah buat kitew…thanks tau awak tuk semua ni..kitew hargai sangat…kitew nampak keikhlasan di mata awak…terima kasih sudi jadi kawan terbaik kitew & jadikan kitew sebahgian dari kehidupan awak…Maghrib tu berbuka sama-sama beli kat luar..kitew asyik kena tegur jer sebab makan sikit..dia kata cam tak bergerak nasi tu..hahahha..nak buat camne awak..tangki kitew kecik…penuh ngan air..hahah..camnilaa kita kalau berbuka…

After solat maghrib balik rumah..coz ada benda yang dia kirim nak dibeli kat pasar malam…lagipun jap lagi dia pun nak kuar…ada kerja..tanak laa pulak kitew kacau dia bekerja..baik kitew balik rumah dulu…Balik, terus ke pasar malam..cari benda yang dia nak tu…barang dia dah beli turn kitew lak shopping..amboiiii kitew yang terlebih shopping nampaknya…hahhaha..Balik-balik sementara dia call tertido lak..hikhikhik..demam x kebah lagik sebenarnya…saja buat-buat sihat depan dia..kikikiki..nanti dia risau seribu satu macam pesanan dia kasi..hehehe luv u kakak…

….To be continue… ~Dairi Ramadan AidaArisya Part III~

~Dairi Ramadan AidaArisya~

on Monday, July 30, 2012

Alhamdulillah kita dah berada di pertengahan Ramadan..Ramadan awalnya adalah rahmat, pertengahannya magfirah (pengampunan) dan akhirnya adalah pembebasan dari api neraka…Ermm Macammana puasa kalian semua tahun ni??adakah kita menjadi lebih baik atau masih sama seperti sebelumnya..Moga Ramadan ini memberikan kita seribu satu makna dalam perjalanan & coretan hidup kita di dunia yang sementara ini…Moga Ramadan kali ini lebih baik dari sebelumnya bak sepotong nasyid ni yang berbunyi “Ku mengharapkan Ramadan kali ini penuh makna agar dapat kulalui dengan sempurna”…setiap kali dengar lagu ni pasti bergenang air mataku…Insyaallah moga ibadat kita di terima olehNya..

Puasa kali ni memberi erti yang besar buatku..insyaallah permulaan yang baik untuk semuanya…moga ku menjadi hambamu yg istiqamah…Alhamdulillah..syukur pada Ilahi kerana dapat menyambut permulaan puasa bersama famly tercinta di kampong walaupun pada masa tu kite “cootiii” sebenarnya..hahaha..takpe laa bak kata kakak kitew sorang tu “nikmat sambut permulaan puasa bersama famly lain macam kan?rasa happy dia tak sama cam kitew celebrate kat kota?...kitew paham dia sebab dia pun sama tengah “cottii” cam kiteww..tapi dua-dua beria balik kampung cam berpuasa..hahaha kelakar kann…tak pe kami hanya memeriahkan suasana berpuasa di desa..nak tangok famly kami bergumbiraaa di bulan yang baik ni…betulll kee tidakkkk kakak???kannn heee…

Tiga hari di kampung sangat indah…..lebih-lebih lagi dengan kehadiran permata hatiku Anis Farhana di rumah memeriahkan lagi rumah dengan tangisan si kecil yang sudah 14 tahun tiada tangisan baby kecil…kitew laa orang paling happy untuk melayan kerenahnya…After dua hari berpuasa di desa pulang ke kota menjalani & rutin-rutin hidup di kota..biasa laa mencari rezeki tuk famly…katanyaaaa…hahahha.. Sampai-sampai di KL baru jer nak bersedih hati berbuka sorang-sorang di kota ni..sedih tahuuu jadi anak rantau ni..makan tak lalu..maklum laa baru nak start 1st puasa walaupun orang lain dah 4 ari puasa hahahaha…tiba-tiba ada laa “Mama” budak tu suruh datang rumah berbuka & bersahur bersama…biasa laa balik kerja bulan-bulan puasa ni jem dia lain macam skit…so ku cakap berbuka dulu..nanti kita sampai kita baru berbuka..hahaha…memang lambat gak laa sampainya…yumeyhhh banyaknyaa lauk…tapi as usual laa..masakan diaorang banyak yang pedas tapi sedap..hahaha…apa-apapun terima kasih mama & adik-adikku…untunglaa ada jugak “famly” kat KL rupanya…hahaha teringt mamanya berkata “jangan lupa awak tu ada famly jugak kat sini” hahaha…nak tido sempat lagik diaorg ajak ku cerita..hamboiii tak habis lagi dia nak tahu apa yang berlaku ari tu..hahaha..dah close story laa…tak yah di ingat…ahakss…kita jalani apa yang mendatang dengan lebih baik…diaorang gak yang cakap..jangan nak sedih-sedih sangat…kalau sedih datang jerk at diaorang..pintu rumah sentiasa terbuka…sweetnyaa mereka…luv u all…

Hari berikutnya plan nak berterawikh di Masjid Kota Damansara..kebetulan dekat lak ngan rumah my fren..fifiey..dia ajak berbuka rumah dia…alhamdulillah..rezeki Ramadan…ahakss..thanks fiey…Petang tu ku update status nak berterawikh di masjid Kota Damansara tiba-tiba mama mia ajak berbuka bersama…alaa sorry kakakku,,dah berjanji dengan my fren..next iftar k…rindu sangat kat anak-anak…

Haa taipp punya taipp panjang pulak story kali ni..ok next enty kitew sambung Dairi Ramadan AidaArisya Part II hehehe…Salam Seribu Satu Malam

~Ahlan Wasahlan Ya Ramadham Kareem~

on Tuesday, July 17, 2012

Assalamualaikum...haii semua...rasanya macam dah bersawang blog ni..lama tak update story...Macam-macam yang berlaku..so mood nak menulis sedikit hilang....
“Ya Allah Ya Tuhanku bagilah daku kekuatan dan semangat baru untuk menghadapi hari-hari yang bakal mendatang.” Kawan-kawan yang rapat, mahupun yang mengenali diri ini, daku mengharapkan doa-doa kalian semua. Siapalah diri ini tanpa kalian.

Terseksa betul jiwa akhir-akhir ini, macam-macam telah berlaku. Ada yang menggembirakan dan ada yang kurang menyenangkan. Maaflah saya pohon kepada kalian semua jika diri ini begitu banyak menyusahkan kalian. Mungkin dalam banyak-banyak hari tak semestinya semuanya langit begitu cerah dan semestinya ada satu hari tu, langit akan kelihatan mendung.

Alhamdulillah di panjat berjuta kesyukuran pd Yang Esa.. Ya Allahurabbi..Ya Allah melalui resah dan dugaan yang diberi, datang secebis ilham padaku untuk menulis..Mungkin ini dugaan bagiku namun tinta ini mungkin akan dapat memberikan yang membaca agar lebih kuat dalam menjaga hati..

Alhamdulillah ramadhan yang dirindui semakin hampir, lagi TIGA atau EMPAT hari..tidak dikatakan kehidupan jika manusia itu tidak di uji.Ujian kesenangan, kesusahan itulah ujian yang mana kadang-kadang kita tak sedar.mengbuatkan kita lalai dan terleka.pernahkah jiwa kita tertanya-tanya mengapa Allah pilih hati, diri ini untuk di uji..Ya, pernah malah bertalu-talu..mengapa aku?mengapa tidak dia?

Hati adalah momentum terpenting, dan bila Allah uji hati kita, dan bagaimana kita mahu kuat dalam menghadapi ujian hati ini.Dan bagi aku,hanya doa dengan aliran mutiara jernih yang mengubati...Soal hati lah jua yang paling menguji sanubari ini…kadang-kadang hati tertanya, mengapakah namanya sentiasa hadir, mungkinkah? Aku berserah pada ilahi, namun aku tak mampu memadam nama itu..namun bila Allah nak uji, aku hanya mampu berkata moga terhias bahagia, terhapus dukamu kelak, kerana hati ini selalu mendoakan..sekarang bukan aku lari..tapi mengelak dari hati ini semakin parah biarlah aku hilang seketika…

Moga dengan kehadiran kekasih yang dinantikan ini, mampu mengubat hati yang suram, Ahlan Wasahlan Ya Ramadham Kareem….Besarnya kelebihan bulan ini rebutlah, moga kita benar-benar memanfaatkan Ramadhan yang hadir kali ini seutuhnya kerana belum tentu ada Ramadhan buat kita lagi kelak.

Wassalam...

© Copyright by Memori Tercipta | Template by BloggerTemplates | Blog Trick at Blog-HowToTricks