Aida Arisya In D' House

Aida Arisya In D' House



Pada Yang Esa kupohon... agar apa saja yang kubicara, tidak menjadi racun untuk sesiapa, tetapi penawar hati dan budi. Pada Mu Tuhanku... kupohon kekuatan agar jejariku mampu untuk menghulurkan sesuatu, yang akan menjadi halwa minda buat yang membaca bisikan hatiku. Berbicara setulus kata. Berkata dari hearty yg indah berbahasa..~ Kata-kata bukan dusta tp, patah-patah yg puitis ikhlas dari jiwa yg ada!! BlOg ini memberi peluang insan yg kerdil menuturkan bicara seketika selagi ada dayanya!!~ SEUKIR SAYANG, SECANGKIR KASIH, & SEKELUMIT CHENTA!!~

Followers

CLICK ME!!!

~Anugerah Terindah Yang Pernah Kitew Miliki~

on Tuesday, November 13, 2012



Perkataan SAHABAT hanya akan muncul apabila kesusahan melanda. Lihatlah seberapa ramai yang setia di sisi. Selain itu, lihatlah diri - terlalu banyak kekurangan. Hanya mereka yang bergelar sahabat sahaja yang dapat menerima kita seadanya.

Bagi saya, berkawanlah selagi kita hidup. Tetapi, tak semua mampu meraih pangkat sebagai sahabat. Kitew memandang sahabat sebagai suatu darjat yang sangat tinggi. Mereka adalah kepercayaanku. Mereka adalah senyum dan air mataku dan mereka adalah segala-galanya. Percaya tak? Sahabat mampu menghidu masalah kita. Jiwa kita umpama ada satu deria rasa yang sama. Aneh bukan?

"Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari" - SAIDINA ALI -

Hidup ini terlalu indah apabila ada sahabat. Ye, saya menikmatinya sekarang dan tak akan mensia-siakan. Kadang-kala tak seindah yang kita sangkakan.

Ada orang
Nampak macam kawan
Ikhlas hanya di depan
Kat belakang dia tikam kawan

Ada orang
Nampak macam teman
Tidur sebantal makan sepinggan
Tapi dialah gunting dalam lipatan

Ada orang
Nampak macam rakan
Gelak ketawa gembira sakan
Dalam diam sapu hak kawan

Kawan
Apa yang kau layan
Sikit punya hal dah nak berlawan

Teman
Kenapa jadi begini
Dulu dah best
Sekarang tercari-cari

Rakan
Hindarkan fikiran sempit ini
Tujulah ke arah globalisasi
Semoga kita bertemu kembali
Meski pun bukan di daerah sendiri


Hmm, terima kasih kepada mereka ini. Saya belajar untuk kenal apa itu sahabat. Terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang pernah cakap-cakap belakang. Saya belajar untuk kenal antara kaca dan permata.

Wajah mereka...wajah saya...sahabat dunia dan akhirat! Ya Allah, berkatilah persahabatan ini. Kau peliharalah kami dari segala fitnah dunia dan seksaan api neraka. Kepada-Mu sahajalah ku memohon... Ya Allah jagalah sahabatku, lindungilah ia dengan perlindunganMu, kuatkanlah pancang kakinya agar selalu teguh berada dijalanMu, kuatkanlah jasadnya dengan segala anugerahMu, kuatkan rohnya dengan rohMu, buatkan ia tersenyum, semangat dan istiqamah dijalanMu, ya Allah izinkanlah kami kelak bisa bertemu di syurgaMu.. Amin~Ya rabb...

Terima kasih untuk yang bernama sahabat...

 

~Kau Yang Terindah~

on Tuesday, November 6, 2012

NOVEMBER!!!!Ketika mula bertemu terasa bagai telah lama bersua..kau sambut hulur tanganku bertegur sapa penuh mesra…Awak ingat tak setahun yang lalu??hmmm sweet laa perkenalan kita…dari teguran biasa…duk bergurau  senda…makan-makan & jalan-jalan sama-sama…sampailaa suatu hari tu terima satu panggilan…tak pernah terlintas di fikiran kita,dapat panggilan telefon dari awak…bermula saat itu kita semakin rapat…semalam genap setahun usia perkenalan kitew..kitew received msg dari awak semalam…tapi kitew dah tertido..hehehe


Pejam celik dah setahun kita bersahabat…kitew tak pernah sangka untuk mengenali awak sejauh ini…terima kasih Ya  Allah untuk “ANUGERAH TERINDAH” ini…terima kasih kerana hadirkan seorang sahabat yang ikhlas menerima kita seadanya dalam perjalanan hidup ini..terima kasih untuk “someone”  jugak…yang mempertemukan kita…yang kenalkan kita kat awak…yang menggalakkan kita untuk menjadi sahabat  awak…betul apa yang dia pernah katakan pada kita…awak memang seorang sahabat yang baik…dia pesan suruh kita jadi kawan awak yang terbaik…Insyaallah..selagi hayat kitew ni ada…kitew dah janji akan jadi kawan yang baik..sebaik-baik  kawan untuk awak..itu janji kita pada dia…

Awak, "Kau Yang Terindah" di dalam hidupku..Kitew sayang awak sebab awak antara sahabat yang terbaik pernah kitew kenal sepanjang hidup ini..Kitew janji akan sentiasa menyokong awak,akan sentiasa membantu…Akan sentiasa menjadi bahu ketika awak perlukan seseorang…Kerana kitew sudah berjanji untuk mrnjadi sebaik-baik kawan kepada kawannya…Awak, terima kasih untuk persahabatan ini…Terima kasih untuk kenangan itu….Semoga ukhuwah di antara kita terjalin selama-lamanya.InsyaAllah

Ya ALLAH peliharalah dia…jauhkan dia dari mala petaka…Semoga ALLAH sentiasa bersamamu, semoga Rahmat ALLAH  bersamamu…sebagai kawan kitew hanya mampu berdoa..yang baik-baik saja untuk awak…I love you forever ever after...*you know who you are*

 

~Today Was A Fairytale~

on Monday, November 5, 2012

One of the best part of me did found her happiness..she's one of the best sister ever in my life.Always there for me more than a friend should be..And now...she did met her soulmate..I almost in tears when I saw her on her wedding day.She's really beautiful,a huge n a pretty smile ever seems nailed on her face... CONGRATULATION dik..I love u so much and just know that you're one of the best part happened in my life...
The Bride
2 Oktober 2012 selepas Asar, bertempat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menjadi saksi penyatuan ikatan 2 hati antara Nik Aiman & Qistina...Alhamdulillah dengan sekali lafaz adikku Qistina selamat di ijab kabul dengan jejaka pilihan hatinya...i'm happy for you sis...semoga bahgia melayari bahtera rumahtangga...Malamnya selepas Isyak di adakan majlis tahlil & doa selamat serta majlis berinai di rumah pengantin perempuan di Klang.
3 October 2012 diteruskan majlis dengan majlis bersanding..Alhamdulillah cuaca elok sepanjang majlis..semuanya berjalan lancar..
p/s: Adikku Qistina..Selamat Pengantin Baru..semoga berbahgia sampai ke hujung nyawa..after this dah xde sedih2 lagik tau...moga kebahgiaan sentiasa mengiringi perjalanan kisah hidupmu dengan kasih sayang & rahmat dari Yang Esa..Moga menjadi isteri yang solehah serta ibu mithali hikhihik...love you forever ever after... :)

 

© Copyright by Memori Tercipta | Template by BloggerTemplates | Blog Trick at Blog-HowToTricks