Aida Arisya In D' House

Aida Arisya In D' House



Pada Yang Esa kupohon... agar apa saja yang kubicara, tidak menjadi racun untuk sesiapa, tetapi penawar hati dan budi. Pada Mu Tuhanku... kupohon kekuatan agar jejariku mampu untuk menghulurkan sesuatu, yang akan menjadi halwa minda buat yang membaca bisikan hatiku. Berbicara setulus kata. Berkata dari hearty yg indah berbahasa..~ Kata-kata bukan dusta tp, patah-patah yg puitis ikhlas dari jiwa yg ada!! BlOg ini memberi peluang insan yg kerdil menuturkan bicara seketika selagi ada dayanya!!~ SEUKIR SAYANG, SECANGKIR KASIH, & SEKELUMIT CHENTA!!~

Followers

CLICK ME!!!

~Anugerah Terindah Yang Pernah Kitew Miliki~

on Tuesday, November 13, 2012



Perkataan SAHABAT hanya akan muncul apabila kesusahan melanda. Lihatlah seberapa ramai yang setia di sisi. Selain itu, lihatlah diri - terlalu banyak kekurangan. Hanya mereka yang bergelar sahabat sahaja yang dapat menerima kita seadanya.

Bagi saya, berkawanlah selagi kita hidup. Tetapi, tak semua mampu meraih pangkat sebagai sahabat. Kitew memandang sahabat sebagai suatu darjat yang sangat tinggi. Mereka adalah kepercayaanku. Mereka adalah senyum dan air mataku dan mereka adalah segala-galanya. Percaya tak? Sahabat mampu menghidu masalah kita. Jiwa kita umpama ada satu deria rasa yang sama. Aneh bukan?

"Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari" - SAIDINA ALI -

Hidup ini terlalu indah apabila ada sahabat. Ye, saya menikmatinya sekarang dan tak akan mensia-siakan. Kadang-kala tak seindah yang kita sangkakan.

Ada orang
Nampak macam kawan
Ikhlas hanya di depan
Kat belakang dia tikam kawan

Ada orang
Nampak macam teman
Tidur sebantal makan sepinggan
Tapi dialah gunting dalam lipatan

Ada orang
Nampak macam rakan
Gelak ketawa gembira sakan
Dalam diam sapu hak kawan

Kawan
Apa yang kau layan
Sikit punya hal dah nak berlawan

Teman
Kenapa jadi begini
Dulu dah best
Sekarang tercari-cari

Rakan
Hindarkan fikiran sempit ini
Tujulah ke arah globalisasi
Semoga kita bertemu kembali
Meski pun bukan di daerah sendiri


Hmm, terima kasih kepada mereka ini. Saya belajar untuk kenal apa itu sahabat. Terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang pernah cakap-cakap belakang. Saya belajar untuk kenal antara kaca dan permata.

Wajah mereka...wajah saya...sahabat dunia dan akhirat! Ya Allah, berkatilah persahabatan ini. Kau peliharalah kami dari segala fitnah dunia dan seksaan api neraka. Kepada-Mu sahajalah ku memohon... Ya Allah jagalah sahabatku, lindungilah ia dengan perlindunganMu, kuatkanlah pancang kakinya agar selalu teguh berada dijalanMu, kuatkanlah jasadnya dengan segala anugerahMu, kuatkan rohnya dengan rohMu, buatkan ia tersenyum, semangat dan istiqamah dijalanMu, ya Allah izinkanlah kami kelak bisa bertemu di syurgaMu.. Amin~Ya rabb...

Terima kasih untuk yang bernama sahabat...

 

2 comments:

~M.i.z.D.i.e.L.a~ said...

Saya pernah ada seorang kawan baik, yang kenal mungkin dah 5 tahun. Macam-macam perkara yang dah kami buat bersama, bila dia sedih. Saya cuba jadi bahu untuk dia bersandar. Begitu jugak sebaliknya.

Tapi semua tu hancur awal tahun ni bila kami rapat dengan seorang yang lain. Rupanya, orang yang baru baik dengan kami tu ada niat di sebaliknya. Dalam diam, dia cuba buat kami berlaga sesama sendiri.

Ya, dan dia berjaya.
Saya tak sangka kawan baik saya tu akan percaya orang yang baru kami kenali tu. Tapi apa yang saya kesalkan. Dia mudah buang kenangan susah senang kami bersama semata-mata termakan perempuan yang kononnya pura-pura baik tu.

Sehingga kini saya terasa hati dengan dia. Dan mungkin tiada erti kemaafan lagi.

Unknown said...

Sedih sangat bila ditikam oleh kawan baik kita sendiri.. Depan memang baik sangat.. Tak sangka belakang memang di tikam habis.. Saya tengah melaluinya sekarang.. Air mata tak usah nak cakap, hampir setiap malam menangis. Apatah lagi bila mereka update kejayaan kat laman sosial. Sekarang saya hanya berdiam diri. Tunggu dan lihat apa akan terjadi selepas ini. Kerana saya tau dia pasti akan cari saya untuk meminta pertolongan seperti yang di buat selalu apabila dalam kesusahan. Masa itu baru keluar apa yg saya rasa sekarang. Maaf ye...saya terlebih meroyan kat blog awak.. Saya dah tak tau dimana nak mengadu dan share perasaan saya sekarang. Sekarang saya rasa seperti saya kehilangan semua kawan saya.. Kerna saya dah tak de tempat mengadu seperti sebelum saya kehilangan kawan baik saya.. Kepercayaan saya terhadap org dah tak de.. Anyway, semoga awak tabah selalu.. Berjaya dalam apa jua yang awak buat..Salam ceria wak.. ;)

© Copyright by Memori Tercipta | Template by BloggerTemplates | Blog Trick at Blog-HowToTricks