Aida Arisya In D' House

Aida Arisya In D' House



Pada Yang Esa kupohon... agar apa saja yang kubicara, tidak menjadi racun untuk sesiapa, tetapi penawar hati dan budi. Pada Mu Tuhanku... kupohon kekuatan agar jejariku mampu untuk menghulurkan sesuatu, yang akan menjadi halwa minda buat yang membaca bisikan hatiku. Berbicara setulus kata. Berkata dari hearty yg indah berbahasa..~ Kata-kata bukan dusta tp, patah-patah yg puitis ikhlas dari jiwa yg ada!! BlOg ini memberi peluang insan yg kerdil menuturkan bicara seketika selagi ada dayanya!!~ SEUKIR SAYANG, SECANGKIR KASIH, & SEKELUMIT CHENTA!!~

Followers

CLICK ME!!!

Kehadiran Engku Aleesya Pelengkap Kebahgiaan Erra Fazira & Engku Emran

on Wednesday, April 1, 2009



~ 1st of all…congrat to kak erra & abg emran….akhirnya penantian yg selama ini ditunggu2 telah tiba…semoga kehadiran Engku Aleesya ,melengkapkn lagi kebahgiaan rumahtangga beliau….i’m happy 4 u too ~

Pada jam 11.40 pagi 30 March 2009 (Isnin), penyanyi, pelakon dan isteri kepada Ketua Pegawai Operasi Suria fm, Engku Emran Engku Zainal Abidin, ERRA FAZIRA telah selamat melahirkan anak pertamanya yang diberi nama Engku Aleesya Engku Emran. Engku Aleesya dilahirkan seberat 4.04 kg secara normal. Pelakon dan penyanyi Erra Fazira dimasukkan ke Damansara Specialist Centre di Kuala Lumpur. Alhamdulillah, syukur, semuanya selamat dan Erra Fazira dilaporkan sihat walafiat.. Nampaknya, bertambahlah seorang lagi pendengar Suria FM.

Sama seperti maksud nama Aleesya iaitu 'yang dilindungi', bayi itu masih disorok daripada tatapan ramai.

JIKA pasangan sensasi Hollywood, Angelina Jolie dan Brad Pitt, Tom Cruise dan isterinya, Katie Holmes boleh berbangga dengan cahaya mata masing-masing seperti Shiloh dan Suri, apa kurangnya dengan pasangan suami isteri terkenal Malaysia, Erra Fazira dan Engku Emran Engku Zainal Abidin yang kini sedang enak mengulit bahagia dengan kelahiran cahaya mata pertama, Engku Aleesya.

Populariti yang dimiliki kedua ibu bapanya serta menjadi zuriat pertama kepada pasangan ini membuatkan kehadiran Engku Aleesya amat ditunggu-tunggu. Tentu saja ramai yang ingin melihat apakah Engku Aleesya secomel ibu dan bapanya, yang sebelum ini disifatkan ramai seperti pinang di belah dua. Pun begitu, seperti juga Shiloh dan Suri yang sebelum ini dikawal ketat sehinggakan media gagal atau tidak dibenarkan merakamkan gambar mereka untuk tatapan ramai, begitulah juga yang dilakukan Erra dan Emran.

Cuma tujuan dan alasan mereka berbuat demikian sedikit berbeza.

Bagi pasangan kontroversi dari Barat itu, tujuan mereka 'menyorokkan' wajah bayi mereka adalah semata-mata untuk untuk mengaut keuntungan dengan menjual hak penyiaran eksklusif, tetapi bagi Erra dan suami, mereka sejujurnya mahu berlaku adil kepada semua media yang selama ini begitu menantikan kehadiran cahaya mata sulung mereka.

"Erra dan suami ingin meminta maaf kepada semua peminat yang selama ini mendoakan kesejahteraan Erra. Bukan Erra tak mahu siarkan wajah Aleesya tetapi Erra sebenarnya mahu berlaku adil kepada semua pihak.

"Biarlah Aleesya besar sikit dan Erra janji, pada majlis cukur jambul Aleesya nanti yang akan diadakan sebaik saja Erra selesai berpantang, Erra akan benarkan semua jurugambar merakamkan gambarnya," janji Erra ketika ditemui di sebuah hospital di Damansara, tempat di mana dia melahirkan bayi comel itu.

Engku Emran nampaknya seronok dan teruja dianugerahkan baby perempuan. Mesti comel, kan? “Excited … satu pengalaman yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ia benda yang ajaib melihat satu nyawa dilahirkan … memang teruja.” Itulah kata-kata pertama yang diluahkan Engku Emran, yang baru bergelar bapa pagi tadi dengan kelahiran puterinya, Engku Aleesya, kepada para wartawan yang hadir di Damansara Specialist Centre tengah hari tadi.

Setia disamping isterinya sepanjang proses kelahiran, Emran sendiri telah menyambut anaknya serta memotong tali pusatnya.“Kami berdua memang emosional. Erra cuba tahan airmatanya while I was close to tears. It was a very remarkable experience,” ujar Emran tentang saat menyambut bayinya, Engku Aleesya, seberat 4.04kg. Nama Aleesya dipilih Erra sendiri dan membawa maksud ‘yang dilindungi’.Kata Emran lagi, masa Aleesya nak dilahirkan, Erra dan dia sempat meminta maaf antara satu sama lain.
Bercerita tentang pengalaman Erra bersalin, Emran memberitahu isterinya tidak nampak sakit sangat.“Alhamdullilah, dia seorang yang tahan sakit. Kita pun juga risau melihatnya. Sekitar pukul tiga pagi, dia mula sakit dan diberikan epidural. Aleesya lahir 11.40 pagi. Seluruh proses hanya mengambil 20minit.

”Hanya beberapa jam bergelar bapa, tidak hairanlah jika Emran masih belum benar-benar merasakan yang dia sudah menjadi seorang bapa.
“Selepas malam ini, it’ll sink in yang saya sudah ada seorang anak,” katanya yang akan memotong rambutnya petang ini seperti yang telah dinazarkannya beberapa bulan lalu.

Menurut Emran, selepas Erra dibenarkan pulang – mungkin esok atau lusa – dia akan mula berpantang di rumah mereka sendiri. Ibunya dan ibu Erra akan bersama-sama menolong menjaga Erra dan Aleesya. Tambahan pula, mereka sudah ada orang gaji.
“Memadailah apa yang kita ada,” katanya.

Majlis cukur jambul akan diadakan selepas Erra habis berpantang. Pada hari itu lah, baru akan didedahkan Aleesya kepada semua. Dipujuk bermacam cara oleh para wartawan untuk mendapatkan gambar Aleesya lebih awal, namun Emran menolak secara baik.
“Doktor pun ada nasihatkan jangan dikacau bayi itu sekarang. Lagipun, bayi-bayi lain juga ada disitu.”

Yang hanya didedahkan Emran, Aleesya lebih menyerupai Erra.Ditanya jika akan diterima tawaran MIG Production, penerbit drama ‘Mertua vs Menantu’, untuk membenarkan Aleesya berlakon disamping ibunya, jawab Emran,
“Saya sebenarnya kurang bersetuju kerana dia masih terlalu kecil. Dia mempunyai masa tidur dan menyusu yang tetap. Jadi, saya menasihatkan pihak produksi untuk mencari bayi lain atau anak patung ke.” Jika MIG menawarkan bayaran yang tinggi?
“Ini bukan soal bayaran tetapi dari segi privasi dan ia juga lebih baik buat bayi itu jika diaturkan jadual hariannya. Jika shooting, kena tunggu set up, lighting … ini mungkin akan menjejaskan bayi itu nanti. Dan Erra sebenarnya lebih cerewet dari saya bab makan dan tidur. Dia tahu apa yang perlu dibuat.”


Sumber dari : Berita Harian, Budiey.com & Gua.com


0 comments:

© Copyright by Memori Tercipta | Template by BloggerTemplates | Blog Trick at Blog-HowToTricks