Aida Arisya In D' House

Aida Arisya In D' House



Pada Yang Esa kupohon... agar apa saja yang kubicara, tidak menjadi racun untuk sesiapa, tetapi penawar hati dan budi. Pada Mu Tuhanku... kupohon kekuatan agar jejariku mampu untuk menghulurkan sesuatu, yang akan menjadi halwa minda buat yang membaca bisikan hatiku. Berbicara setulus kata. Berkata dari hearty yg indah berbahasa..~ Kata-kata bukan dusta tp, patah-patah yg puitis ikhlas dari jiwa yg ada!! BlOg ini memberi peluang insan yg kerdil menuturkan bicara seketika selagi ada dayanya!!~ SEUKIR SAYANG, SECANGKIR KASIH, & SEKELUMIT CHENTA!!~

Followers

CLICK ME!!!

~Sayangku Untuk Kamu~

on Thursday, October 22, 2009

Saya tak boleh bayangkan hidup saya tanpa insan-insan yang saya sayangi. Tanpa keluarga, sahabat dan mereka yg saya sayangi. Bukan mudah nak menyayangi orang dan bukan mudah nak terima kehilangan orang kita sayangi. Saya takut sgt, satu hari nanti orang yg saya syg tinggalkan saya. Saya mampu berdiri hari ini kerana adanya mereka. Dan saya tak tahu apa akan jadi pada saya jika saya kehilangan salah seorang daripada mereka.

Saya akur dengan diri saya, saya mengaku sekali saya sayangkan orang, saya mmg btl2 sayang. Bkn main2. Saya takkan ckp saya sayang melainkan saya btl2 syg. Dan kenyataanya, bila saya dah sayangkan orang, saya takut saya akan kehilangan org tu.

Saya sudahpun kehilangan 2 orang yg saya sayangi. Saya benar2 menyayangi mereka. Malang sekali, kedua2nya hilang dari saya dengan cara yang berbeza. Satu, seakan tak mampu lagi merasakan kewujudannya di sisi. Ibarat wujud jasad tapi rohnya entah ke mana. Seseorang yang dahulunya, lama dahulu saya blh bergelak tawa, usik mengusik dan sebagainya tapi kini itu semua tiada lagi. Hanya sekadar bertegur sapa sekali sekala. Itupun jarang sekali. Dan seorang lagi, sudah tiada lagi di dunia ini. seseorang yg begitu saya kagumi kecekalan dan ketabahannya, yg senyumannya saya puja, yg ketenangannya tiada tandingan, yang sentiasa sabar dlm setiap perkara yang dihadapinya. Saat dia pergi menemui ilahi, hanya raungan saya yg bergema. Air mata yg tidak mampu dihentikan dan saya sendiri seperti mayat hidup, ke mana saja letaknya mata saya, pastinya terbayang wajahnya.

Dan kini, saya hampir2 saja kehilangan 2 lagi insan, seorang yg telah kenali saya sejak 7 tahun dahulu dan seorang lagi sejak 4 tahun dahulu. Saya cuba lakukan apa sahaja utk pastikan mereka tidak hilang dari saya. Biar jauh, asal dekat di hati saya. Ketahuilah saya menyayangi anda. Mungkin ada kalanya saya alpa dlm menghubungi anda, tetapi jauh di setiap sudut hati saya, nama anda berdua tetap terpahat tiada ganti.

Dan sayang yang masih mekar di hati saya bahkan semakin subur dibajai kasih sayang buat my famly,my love sister & teman2 tersyng...

Jika saya katakan saya sayangkan anda, fahamilah bahawa saya tak mahu kehilangan anda. I really meant it. Saya memaksudkan mahukan anda sentiasa ada dan tak hilang dari saya. Lebih2 lagi di saat saya memerlukan anda. Saya tak minta utk dijaga 24jam, cuma saya mahu rasakan kehadiran anda itu. Jangan lari dari saya saat saya marah, cuba buat saya senyum waktu saya sedih dan bantu saya utk bangun ketika saya jatuh. Bukankah itu sebabnya manusia dijadikan utk satu sama lain?

Sayang yg saya ada tak byk. Cuma utk mereka yg benar2 saya sayangi. Saya kedekut dlm memberikan sayang saya? Benar sekali! Kerana hanya mereka sahaja yang berhak dan layak mendapatnya. Kerana apabila anda ada terlalu byk kasih sayang, anda tidak pandai menghargainya. Sayang yg senang diungkap, tapi tidak bermakna. Tiada nilai atau perkataan mudah, valueless. Coz before this macam2 ungkapan sayang yg dah diucapkan kpd saya...but it just ungkapan...hanya sekadar dibibir..bkn dr hati...Saya tak mahu sayang begitu. Saya mahu sayang yang benar2 diertikan. Yang didalamnya penuh dengan senyuman dan kegembiraan.

Orang ckp, kalau kita kehilangan orang yg kita sayang, jangan menangis. Kita menangis sebab dalam hati kita ada terlalu byk kasih sayang utknya. Menangis bermaksud anda melepaskan segala yg ada di dalam hati melalui air mata. Bila ia keluar dlm bentuk air mata, itu bermaksud anda mengurangkan kasih sayang anda kepadanya.

Tapi, saya tak mampu tahan air mata saya bila kehilangan orang yg saya sayang. Berbeza dgn apa yg saya tulis tadi, makin byk air mata yg mengalir, mungkin mendukung maksud lebih banyak sayang saya kepadanya. Dan kadang2, bila saya marahkan org, bila saya dapat tau orang tu menangis kerana saya, hati saya akan sejuk dan lembut. Api yg membakar hati saya ibarat disiram salji dan serta merta beku.

Dalam erti kata lain, tlg jangan buat saya sedih bila saya sayangkan anda...sbb saya tak boleh tgk orang2 yg saya sayang bersedih...sbb saya sayangkn anda laa saya nk anda sentiasa happy..:)

0 comments:

© Copyright by Memori Tercipta | Template by BloggerTemplates | Blog Trick at Blog-HowToTricks