TERIMA KASIH CINTA..Cinta!!!! sangat meluas maknanyaa...sangat umum..Cinta terhadap Yang SATU, Cinta terhadap keluarga, Cinta terhadap pasangan, Cinta terhadap kawan2, Cinta terhadap kerjaya dan macam2 lagik...So jom kita alami & rasai kuasa Cinta yg ada d sekeliling kita dengan seikhlas hati...anda selami, anda rasai, anda hayati & anda mampu memilikinya...cewahhh
MUZIKAL Terima Kasih Cinta memaparkan lima cerita cinta yang digarap untuk meraikan kehebatan cinta yang wujud di sekeliling kita.
PERTAMA : "Cinta Terhadap Keluarga" Haris (Tony Yusof) seorang lelaki yang selalu memikirkan jalan terbaik untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa buat keluarganya. Baginya, keluarga ialah segala-galanya. Tetapi kesibukan Haris terhadap kerja tak mampu memberikan kebahagiaan yang diidam-idamkan isterinya, Airin (Norish Karman) dan menyebabkan Airin mengambil keputusan tuk berpisah & membawa anaknya (Alesya) bersama..Menitis air mata part2 last ni...touching :(..apa2 pun comel adik Alesya ni nari...cute...
KEDUA : Gandingan mantap Latif Ibrahim (Cikgu Elyas) bersama Safura (Rubiah) dalam menyampaikan kisah "Cinta Luar Biasa" berjaya menonjolkan keserasian yang kuat, apatah lagi masing-masing memiliki nada vokal cukup merdu. Suaranya mampu memukau penonton yg hadir apabila mendendangkan lagu pertama "Permata Untuk Isteri"...Rubiah pula seorang wanita cekal yang mengorak langkah meneruskan pencarian cintanya, lalu bertemu seseorang yang dianggapnya sebagai terbaik buat dirinya, bagi mengubat kesepian diri...Amin (Didi Hirdy) pula, cucu kpd Cikgu Elyas yg berkorban tuk menjaga atuknya seorang diri..
KETIGA : Azlan (Shajiry) memiliki segala-galanya, tetapi bukan cinta. Dia hartawan yang sering tertanya-tanya apakah cinta mesti menjadi pelengkap sebuah kehidupan. Kemewahan belum tentu dapat membeli cinta. Tetapi semuanya berakhir apabila bertemu dengan Azura (Farahdhiya) seorang pekerja di kedai buku milik Miss Patty (Leya Hotfm) yg dirasakan takdir cinta untuknya...Lakonan bersahaja Leya sangat mencuit hati penonton yg hadir..kelakar dgn mimik muka & kata2nya...well done sis..
KEEMPAT : Dian (Deja Moss) seorang wanita yang terperangkap dalam kemelut cinta. Namun tidak mudah baginya untuk menduakan kasih sayangnya kepada seorang adik, Dani (Anding), yang tidak pernah menghargai kasih yang dicurahkan. Dian telah mengorbankan hidupnya utk Dani dgn mendermakan buah pinggangnya...part ni mmg sedih
KELIMA : Arianna (Nadia Aqilah) seorang wanita jujur yang mengejar cintanya dengan harapan menggunung tinggi, Apakah yang dikejar Arianna hanyalah bayangan sehingga dia terlupa dengan apa yang ada di depan mata. Akhirnya bertemu dengan lelaki jujur dan setia Taufiq (Vince)
Perbezaan setiap pasangan mengikut warna oren, biru, hijau, pink dan kuning juga memudahkan pemecahahan mengikut plot konflik masing-masing...sangat colourful...
Antara lagu2 yang dimuatkan sepanjang pementasan Terima Kasih Cinta ialah Permata Untuk Isteri (Kopratasa), Dia (Sheila Majid), Seribu Impian (Casey), Selanjur Bercinta (Aisyah), Impian Anak Jalanan (Kembara), Bimbang Terluka Lagi (Noorkumalasari/Sudirman), Cinta (Misha Omar/Jaclyn Victor), Kau Ilhamku (Man Bai), Belaian Jiwa (Carefree), Sejati (Wings), Kalimah Cinta (Amy Search), Mata (Noorkumalasari), Janji Manismu (Aisyah), Duniaku (S Ahmad), Sekian Lama (Siti Nurhaliza), Berkorban Apa Saja (P.Ramlee), Itu Kamu (Estranged), Perpisahan (Anuar Zain), Gemilang (Sheila Majid), serta dua lagu baru, Terima Kasih dan Kuasa Cinta...Alunan & pemilihan lagu-lagu yang menarik tersebut mampu menambat hati penonton dalam teater ini..well done tuk pemilihan lagu yg sangat menyentuh emosi & tarian serta nyanyian yg sangat merdu dari semua casts...greattt job..Sepanjang pementasan ni mmg tertarik dengan nyanyian & gerak tari yg di persembahkan..sangat harmoni...(Harapan pihak penerbitan akan keluarkan CD lagu2 yg casts nyanyi)...rasanya ramai yg menantikan CD2 ni kat luar lobby nanti...
Pesanan Penaja : Jangan lupa bawa tisu ya!!!
Tiga kali menyaksikan teater ni smpikan ada laa someone tu cakap " you ni i tak jadi berlakon pun dalam teater ni 3 kali u dtg tgk kn??nk merajuk laa camni"hahahaha..kata suruh support adik kn...so i dtg laa :P klu u berlakon 30 hari i dtg tgk..if dia tayangkn 30 hari laa..hahaha...semuanya kerana CINTA hehehe..memang mampu menitiskan air mata...tahniah tuk semua casts, crew & tenaga produksi....
*The Power of Love - Terima Kasih Cinta2ku sekalian :)*
19hb Feb 2011 (Sabtu) - 3pm (Preview)
Maria Elena
20hb Feb 2011(Ahad) - 3pm
Mira
Hana Amira
Leya Yahya
23hb Feb 2011 (Rabu) - 8.30pm
Hunny Madu
Lisa Surihani
“Sometimes we have just to let go of someone who matters to us not because we want to but because we have to, and its the right things to do… let us remember that we cant force anyone to love us…we cant beg someone to stay when he wants to leave and be with someone else…this is what live is all about… however the end of love is not the end of life.. it should be the beginning of understanding that love lives for a reason and leaves with a lesson”Promo Teater Musikal Terima Kasih Cinta from loulpop on Vimeo.
4 comments:
best nyerrrrrr ! *jelous :/
apa yg best eyqa..apa yg jelesss..hehehehe..chillexx
gonna watch this theater this saturday!!!menarik2.x sabar nak tgk..
so jeles u ambik gambar with artis esp Lisa surihani!!nape i x pnh jumpa artis nie?huuu
u should go & watch...jgn lupa bawa tisu yaa..cnfrm nangisss...
alaaa jgn laa jeles..oneday mesti u jmp diaorg...KL ni kecik jer pun..pusing2 terserempak laa..hehehe
Post a Comment