Aida Arisya In D' House

Aida Arisya In D' House



Pada Yang Esa kupohon... agar apa saja yang kubicara, tidak menjadi racun untuk sesiapa, tetapi penawar hati dan budi. Pada Mu Tuhanku... kupohon kekuatan agar jejariku mampu untuk menghulurkan sesuatu, yang akan menjadi halwa minda buat yang membaca bisikan hatiku. Berbicara setulus kata. Berkata dari hearty yg indah berbahasa..~ Kata-kata bukan dusta tp, patah-patah yg puitis ikhlas dari jiwa yg ada!! BlOg ini memberi peluang insan yg kerdil menuturkan bicara seketika selagi ada dayanya!!~ SEUKIR SAYANG, SECANGKIR KASIH, & SEKELUMIT CHENTA!!~

Followers

CLICK ME!!!

Coretan Rasa Ukiran Jiwa....

on Tuesday, June 9, 2009

Anda mahu tahu impian saya. saya mahu mengecapi dua perkara dalam hidup. Saya mahu BERJAYA dan BAHAGIA. Menggapai bintang-bintang di langit tanpa perlu menoleh ke belakang. Saya mahu berjaya di atas kaki saya sendiri. Dengan usaha saya. dan saya mahu bahagia sehingga ke hari tua saya dengan orang yg saya sayang dan cintai. Itu sahaja. Saya takkan minta lebih dari itu. Mcm cerita dongeng yang selalu diperdengarkan kepada kanak2 kan? Saya mahu jadi sebahagian daripada kisah dongeng itu. Saya tak mahu ‘berjaya tetapi tak bahagia’, dan saya tak mahu ‘bahagia tapi tak berjaya’. Saya mahu KEDUA-DUANYA. Bunyinya agak tamak tapi hidup saya, suka hati sayalah.

Kadang2, saya rasa saya belum sepenuhnya mengenali diri saya. siapakah "SAYA" yang sebenar? Mungkin saya tafsir diri saya sebagai serba serbi kekurangan. Entah. Kadangkala saya tertanya2 bagaimanakah saya di mata mereka yg mengenali saya. Jahatkah saya? atau terlalu nakalkah? Byk persoalan bermain di minda tapi tiada satupun yang menemui jawapan. Cuma saya tahu, saya tak sempurna. Itu yang pasti!

Dulu, saya pernah bercita-cita nak jadi seorang Guru. Sbb saya suka sangat mendampingi kanak2 & mendidik mereka..maybe jugak saya ni nk mewarisi bakat ayah.... Tapi skrg dah jauh menyimpang. Saya pernah bagitau teman2 saya yang saya nk sangt2 mjadi seorg warga pendidik.... Tapi sampai skrg tak dapat peluang tu lagi. Byk kan impian saya? itulah. Budak kecik. Banyak berangan. Tapi harapannya satu hari nanti jadi kenyataan...hahaha..blh ke lg ni dlm masa & keadaan skrg nih nk tukar profession..tp skrg2nya suatu masa dulu saya pernah & sempat juga merasai tuk jadi seorg PENDIDIK...walaupun tuk ari2 mggu...ternyata i'm happy with my job on that day...disebabkn terpaksa merantau jauh tuk further study & kerjaya yg lebih terjamin..saya terpaksa tinggalkan semuanya...but when I'm back in my hometown..saya takkan lupa tuk menjengah tempt yg pernah buat cita2ku tuk mjadi guru tu tercapai..walaupun saban tahun anak2 muridku dah ramai yg meninggalkn tmpt tu...& ramai plajar baru yg datang....but i'm happy bila balik kg terjmp di mana2..ank didikku masih mgenaliku....tiba2 miss saat2 indah itu...dr saya blajar disitu smpikn saya pula yg mencurahkn ilmu yg saya pelajari tu kpd adk2 yg lain di situ...happy sgt bila apa yg kita plajari tu dpt dikongsikn dgn org lain...mmg x dpt dilupakan...rindu teman2 sama2 bljar dulu...kitaorg batch paling best & sempoi...keakraban ukhuwwah antara kami mmg x dapat dinafikan....i luv u all...Ukhwahfillah abadan abada..insyaAllah...

Mungkin ada benarnya. Saya suka menulis. Dan saya boleh menulis tanpa henti. Maksud saya menaip.Sebab tu time mood rajin tu dtg bertalu2 blog yg diupdate... Segala apa yang berlegar di fikiran saya, saya corakkan dlm bentuk ayat. Dan saya boleh menaip tanpa henti. Hanya kepada perkara yg saya sendiri tak tahu dari sel otak mana datangnya idea itu. Otak, ciptaan Allah yang maha agung.Ya ALLAH..terima kasih atas kurniaanMu yg tiada tandingan...

0 comments:

© Copyright by Memori Tercipta | Template by BloggerTemplates | Blog Trick at Blog-HowToTricks