Aida Arisya In D' House

Aida Arisya In D' House



Pada Yang Esa kupohon... agar apa saja yang kubicara, tidak menjadi racun untuk sesiapa, tetapi penawar hati dan budi. Pada Mu Tuhanku... kupohon kekuatan agar jejariku mampu untuk menghulurkan sesuatu, yang akan menjadi halwa minda buat yang membaca bisikan hatiku. Berbicara setulus kata. Berkata dari hearty yg indah berbahasa..~ Kata-kata bukan dusta tp, patah-patah yg puitis ikhlas dari jiwa yg ada!! BlOg ini memberi peluang insan yg kerdil menuturkan bicara seketika selagi ada dayanya!!~ SEUKIR SAYANG, SECANGKIR KASIH, & SEKELUMIT CHENTA!!~

Followers

CLICK ME!!!

~Ahlan' Wasahlan Ya Ramadhan~

on Tuesday, August 10, 2010


Allahu Rabbi.... terima kasih kerana memberi rahmat dan nikmat-Mu kepada umurku, tenagaku, kesihatan tubuh badanku, kecerdasan minda dan jiwaku, keselesaan persekitaranku, untuk menyambut, melalui dan mendapatkan ramadhan-Mu. Untuk mengejar nikmat ganjaran yang telah Kau janjikan di dalamnya Ya Allah. Keredhaan-Mu jua yang aku pohon Ya Allah

Wahai teman semua... Dengan rendah diri "SAYA MOHON KEAMPUNAN DARIPADA KALIAN JIKA MASIH ADA RASA BENCI, MARAH, SAKIT HATI, DENDAM ATAU RASA YANG TIDAK SELESA KALIAN TERHADAP DIRIKU!. BENAR DAN BERSUNGGUH SAYA MEMOHON MAAF…AMPUN & MAAF DIPOHON JIKA SAYA ADA BERBUAT KESALAHAN SAMA ADA SEDAR ATAU TIDAK DAN MOHON DIHALALKAN SEMUANYA SAMA ADA TERLEBIH OR TERKURANG".

Dan, saya ikhlas memaafkan segala salah silap kalian yang pernah buat saya terasa, terluka, kecewa, sedih, pedih dan segala rasa yang tidak selesa itu.

Telah lama saya buangkan rasa-rasa yang tidak selesa itu, saya hanya inginkan rasa BAHAGIA, TENANG dan TENTERAM.

Sebagaimana saya mahukan rasa-rasa itu, saya juga mohon agar Allah anugerahkan juga rasa-rasa itu kepada kalian. Dalam gundah ada bahagia, dalam resah ada tenang, dalam gelisah ada tenteram... KERANA YAKIN BAHAWA ALLAH ADA BERSAMA KITA... SENTIASA...

Semoga sahaja Ibadah Ramadhan ini dapat kita jalani dengan sempurna, selesa, bahagia dan mendapat keredhaan dan keberkatan dari Yang Maha Esa. Amiin..

"Ya Allah Ya Rahman.. Ya Rahiim.. Berkatilah ibadat kami. Berikan petunjuk dan hidayah-Mu kepada kami, sekalian hamba-hamba-Mu ini.. dan jangan Kau bolak-balikkan hati kami lalu menyimpang dari jalan agama suci Islam ini. Tetapkanlah iman kami dan tujuan ibadah kami hanya untuk mencari dan memperoleh redha dan keberkatan-Mu Ya Allah.. "

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1431H

0 comments:

© Copyright by Memori Tercipta | Template by BloggerTemplates | Blog Trick at Blog-HowToTricks