Aida Arisya In D' House

Aida Arisya In D' House



Pada Yang Esa kupohon... agar apa saja yang kubicara, tidak menjadi racun untuk sesiapa, tetapi penawar hati dan budi. Pada Mu Tuhanku... kupohon kekuatan agar jejariku mampu untuk menghulurkan sesuatu, yang akan menjadi halwa minda buat yang membaca bisikan hatiku. Berbicara setulus kata. Berkata dari hearty yg indah berbahasa..~ Kata-kata bukan dusta tp, patah-patah yg puitis ikhlas dari jiwa yg ada!! BlOg ini memberi peluang insan yg kerdil menuturkan bicara seketika selagi ada dayanya!!~ SEUKIR SAYANG, SECANGKIR KASIH, & SEKELUMIT CHENTA!!~

Followers

CLICK ME!!!

{FILEM} KL GANGSTER

on Sunday, June 26, 2011

Terima kasih Kak Long Hunny & Kak Long Fafau coz dengan baik hatinya belanja tengok KL Gangster...

KL GANGSTER
Sebuah lagi filem Aksi terbitan Skop Production Sdn Bhd yang berjudul KL Gangster arahan pengarah muda yang berbakat Syamsul Yusof. Antara pelakon yang membintangi filen ini ialah Malek(Aaron Aziz), Jai(Adi Putra), Shark(Syamsul Yusof), King(Ridzuan Hashim), Ajib(Soffi Jikan), Sheera (Zati), Adam Corrie(Dragon) dan abang Long Fadil(Zizan Raja Lawak)…Ada lagi watak lain tapi yang ni lebih menonjol.

Bagi saya filem KL Gangster ni kekuatan dia pada aksi lawan.Watak Jai dan Malek memang nampak cool. Tahniah pada Adi Putra dan Aaron Aziz kerana berjaya menghidupkan watak.Dan tak lupa pada Zizan sebab menyebabkan cerita ni tidak terlalu serius.

Mungkin filem ini akan lebih menarik jika dikurang sedikit dialog-dialog yang “agak kasar" bunyinya tu di ulang-ulang..maklum laa pengaruh filem ni kuat..nak2 buat remaja & pelajar…semestinya jadi ikutan dalam perbualan diaorang nanti…yang saya suka dalam filem ni ada menerapkan unsur kekeluargaan.Seorang abang yang ingin melindung keluarga daripada kesesatan hidup adik-adik dia. Begitu juga hubungan anak dengan mak. Ada juga menunjukkan sifat belas kasihan seorang manusia walaupun mempunyai hati yang keras seperti Jai tapi tetap bersimpati bila melihat anak-anak yang merempat…

Sinopsis
Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.

Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orangorangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi “Raja” di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.

Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antaraorang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat. Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat.

King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin. Kerana tamakan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. bagi Shark, Maleklah punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Disinilah bermula konflik diantara saudara dan kesetiaan keluarga dan kumpulan… Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka…segala-galanya akan terjawab dalam “KL GANGSTER”.
{sinemamalaya.com.my}
Kak Long Fafau
Kak Long Hani
"gua x kira u abg long ker saper ker..jangan berani masuk line gua...jgn berani nk sentuh kakak2 gua ni yaa..." muahahahahaha

0 comments:

© Copyright by Memori Tercipta | Template by BloggerTemplates | Blog Trick at Blog-HowToTricks