Aida Arisya In D' House

Aida Arisya In D' House
Pada Yang Esa kupohon... agar apa saja yang kubicara, tidak menjadi racun untuk sesiapa, tetapi penawar hati dan budi. Pada Mu Tuhanku... kupohon kekuatan agar jejariku mampu untuk menghulurkan sesuatu, yang akan menjadi halwa minda buat yang membaca bisikan hatiku. Berbicara setulus kata. Berkata dari hearty yg indah berbahasa..~ Kata-kata bukan dusta tp, patah-patah yg puitis ikhlas dari jiwa yg ada!! BlOg ini memberi peluang insan yg kerdil menuturkan bicara seketika selagi ada dayanya!!~ SEUKIR SAYANG, SECANGKIR KASIH, & SEKELUMIT CHENTA!!~

Followers

CLICK ME!!!

There was an error in this gadget

{FILEM} Sekali Lagi...Cinta itu milik kita!!!

on Friday, June 24, 2011

Melihat situasi penonton ke pawagam yang lebih memilih filem-filem berkualiti, membuatkan Metrowealth bersikap selektif, memilih skrip untuk difilemkan. Sekali Lagi…setelah diteliti, mempunyai keistimewaan dan kelainan tersendiri dalam menarik penonton ke pawagam.

Sekali Lagi…adalah karya romantik komedi terbaru yang akan difilemkan Metrowealth. Filem ini juga diarahkan oleh seorang lagi pengarah muda dalam Skim 10 Pengarah Muda MIG iaitu Hashim Rejab, yang sebelum ini terlibat dalam pengarahan drama juga penolong pengarah filem di MIG. Melihat potensi yang ada dalam dirinya, MIG memberikan kesempatan untuk membuktikan kemahiran mengarah filem pula.

Selain itu, filem ini juga menyaksikan gabungan dua pelakon pujaan ramai, Lisa Surihani dan Shaheizy Sam, dan dibintangi adik Mia Sara Nasuha, yang sebelum ini terlibat dalam drama Adamaya dan Epilog Syurga Cinta. Selain itu, Kartina Aziz, Bront Palarae dan Bob Lokman, turut terlibat dalam Sekali Lagi…

Sinopsis
Selama ini, ARMAN percaya bahawa dirinya merupakan seorang pengidap autisme. Namun realiti sebenarnya bakal berubah dalam sekelip mata, ketika dirinya semakin menghampiri hari perkahwinannya. Untuk sebab yang tidak diketahuinya, Arman mendapat mimpi yang menyuruhnya agar tidak meneruskan perkahwinan dengan FARINA. Hubungan Arman dan Farina juga semakin bermasalah. Malah, dalam satu salah faham, Farina telah bergaduh dengan Arman dan meninggalkannya seorang diri di tepi jalan. Dalam perjalanan pulang itu, Arman hampir menjadi mangsa ragut samseng.

Mujurlah, AMY, seorang kanak-kanak kecil yang berada di situ, memekik dengan kuat, dan sekaligus memaksa menyelamatkan Arman. Sungguhpun Amy hanya berusia 5 tahun, Arman dapati kanak-kanak itu amat pintar dan berdikari sekali, malah lebih pintar dan berdikari berbanding dirinya sendiri. Persahabatan terbentuk di antara mereka, dan Arman banyak berkongsi masalah dan pengalaman dengan Amy.

Berdasarkan pengalaman hidupnya sendiri, Amy memberikan banyak idea dan nasihat kepada Arman. Apabila Arman menyatakan rasa ragu-ragunya untuk meneruskan perkahwinan, Amy mencadangkan kepada Arman agar bertanya beberapa siri soalan kepada Farina dan juga ahli keluarganya. Secara beransur-ansur, Farina dan ibu Arman mula merasai perubahan Arman. Dalam masa yang sama, ibu Amy sendiri, iaitu SHIELA, turut merasai perubahan yang berlaku pada Amy. Amy nampak lebih ceria berbanding dahulu. Shiela merasakan dirinya terhutang budi pada HARIS, si duda baik hati, yang sanggup menjaga Amy ketika Shiela pergi bekerja sebagai kerani pada waktu siangnya. Sebagai balasannya, Shiela akan membantu Haris membasuh pinggan mangkuk di warungnya selepas waktu kerjanya itu. Selama ini, Haris sememangnya jatuh hati pada Shiela, tetapi Shiela cuba berdalih kerana dia sendiri sedang terkurung dalam sejarah hitam yang tidak diketahui sesiapa, termasuk Haris. Ibu bapa Haris di kampung sudah bertemu calon isteri yang sesuai untuk Haris. Apabila wanita itu bertindak datang berjumpa Haris di Kuala Lumpur, Shiela tahu bahawa sudah tiba masanya untuk dia membuat keputusan. Amy amat sukakan Haris dan mahu Shiela bersetuju sahaja dengan perkahwinan itu. Demi anaknya itu, Shiela akhirnya bersetuju menerima lamaran Haris. Segalanya sepatutnya menggembirakan, namun, dalam sekelip mata, hidup Shiela juga bagaikan berubah, apabila dia bertemu Amy bersama Arman.

Pengarah
Hashim Rejab

Lakonan
Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Mia Sara Nasuha, Bront Palarae, Kartina Aziz, Shasha, Zul Handyblack, Ana Dahlia dan Bob Lokman

Tarikh Tayangan– 30 Jun 2011
Aiksss camne boleh pose sama lak ni hekhekhek
My Papa Sam da best...
Terubat rindu aunty kat Mia (Kalau ada jodoh kita jumpa lg - Mia)

0 comments:

© Copyright by Memori Tercipta | Template by BloggerTemplates | Blog Trick at Blog-HowToTricks