KUALA LUMPUR 12 Jun — Kejayaan Terengganu meraih gelaran juara pada perlawanan akhir Piala FA, setelah menumpaskan Kelantan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi, dianggap sebagai hadiah untuk seluruh rakyat Terengganu setelah 11 tahun menanti kemarau menjulang piala itu. Terengganu juga mencatat sejarah sendiri apabila menjadi pasukan terakhir yang menjulang trofi tersebut yang berakhir tahun ini.Inilah yang kita mahukan dalam bola sepak tempatan. Walaupun hakikatnya amat perit buat peminat yang pasukannya mengalami kekalahan. Itulah adat permainan, ada menang ada ketikanya kalah...
Jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim berkata, beliau merasa gembira kerana akhirnya berjaya mengatasi kemarau dengan membawa Terengganu sebagai juara edisi terakhir Piala FA. "Kejayaan ini adalah hadiah buat seluruh rakyat Terengganu dan saya merasa bangga dengan kejayaan yang dicapai oleh pasukanya pada malam ini. Sebelum perlawanan saya ada beri kata-kata motivasi untuk anak didik saya agar tidak mengalas selagi pengadil meniupkan wisel penamat,” katanya kepada pemberita.
Irfan Bakti berkata, kejayaan malam tadi juga adalah usaha bersungguh-sungguh yang telah dilakukan oleh setiap pemain Terengganu dan beliau harap ia akan berkekalan hingga sepanjang musim ini.
Beliau berkata selepas ini pemainnya perlu berehat sebentar sebelum menghadapi baki dua perlawanan lagi dalam saingan Liga Super. "Apa-apa boleh berlaku dalam Liga Super namun saya yakin bahawa pasukan Terengganu mampu meraih satu lagi kejayaan,” katanya.
Jurulatih Kelantan, Datuk M.Karathu berkata, beliau menerima kekalahan pada malam ini walaupun yakin akan memenangi perlawanan sebelum ini. "Kita mengakui bahawa ini adalah kesilapan pasukan namun saya perlu membina kembali motivasi pemain yang sudah pasti menurun. Saya akan ambil masa dua hari untuk membina kembali keyakinan semua pemain untuk mereka kembali bersemangat untuk merebut gelaran juara dalam saingan Liga Super,” katanya. Karathu berkata beliau tidak menyalahkan mana-mana pemain kerana mereka telah berusaha dengan bersungguh-sungguh. - Bernama
SAYA BANGGA MENJATI ANAK JATI TERENGGANU....TAHNIAH!!!!
0 comments:
Post a Comment