Aida Arisya In D' House

Aida Arisya In D' House



Pada Yang Esa kupohon... agar apa saja yang kubicara, tidak menjadi racun untuk sesiapa, tetapi penawar hati dan budi. Pada Mu Tuhanku... kupohon kekuatan agar jejariku mampu untuk menghulurkan sesuatu, yang akan menjadi halwa minda buat yang membaca bisikan hatiku. Berbicara setulus kata. Berkata dari hearty yg indah berbahasa..~ Kata-kata bukan dusta tp, patah-patah yg puitis ikhlas dari jiwa yg ada!! BlOg ini memberi peluang insan yg kerdil menuturkan bicara seketika selagi ada dayanya!!~ SEUKIR SAYANG, SECANGKIR KASIH, & SEKELUMIT CHENTA!!~

Followers

CLICK ME!!!

~Pulau Janji Di Bandung~

on Thursday, June 2, 2011

Hunny Madu adalah seorang artis yang multitalent, selain menjadi DJ radio, pengacara TV dan juga pelakon, Hunny juga merupakan seorang penyanyi / penulis lagu.. Pernah mengeluarkan debut EP pada tahun 2009 yang mengandungi 4 buah lagu yang berjudul Bila Dunia, That Way, Suara dan Don't You Play
 
Saat ini beliau telah menyelesaikan album terbarunya yang berjudul "Pulau Janji" yang telah terhasil dari hasil kerja kerasnya dari tahun 2010 yang lalu. Album ini mengandungi 12 lagu yang ditulis dalam bahasa Inggeris dan Melayu. Dalam album ini Hunny Madu lebih memberatkan muziknya kepada jazz-pop.
 
Untuk memperkenalkan karya muziknyaa secara meluas, pada 4th June 2011 ini, Hunny Madu telah mengambil langkah berani dan bijak dengan mempromosikan albumnya dengan mengadakan showcase di salah kota di negara tetangga iaitu Indonesia, tepatnya di kota Bandung. Tidak ramai artis malaysia yang mampu dan berani melebarkan sayapnya ke Indonesia...kita boleh lihat beberapa artis seperti  Dato Shila Majid, Dato Siti Nurhaliza & Sofaz yang telah mendapat nama di seberang. Ini semua hasil kerja keras mereka untuk memastikan muzik kita di terima dan di tempatkan d sana...Tahniah Hunny Madu..moga hasil karyanya bisa di terima peminat-peminat di sana... Dalam “Hunny Madu Album Launching Party” Hunny Madu akan membawakan 12 lagu yang di ambil dari album terbarunya Pulau Janji dan beberapa lagu lainnya Hunny Madu akan berkolaborasi dengan salah satu band/musisi pembuka..
 
Untuk peminat-peminat di Malaysia jangan kecewa..Hunny Madu juga akan menghiburkan anda dan mengadakan Showcase serta Launching Pulau Janji Album di Malaysia pada 10th & 11th June 2011 bertempat d KL Pac..jangan ketinggalan tuk mendapatkan Pulau Janji d pasaran sejurus selepas pelancaran album beliau...di doakan semoga perjalanan album ini berjalan lancar..good luck & tahniah Hunny Madu..
 
p/s : korang boleh review pasal "Pulau Janji" album di SINI

0 comments:

© Copyright by Memori Tercipta | Template by BloggerTemplates | Blog Trick at Blog-HowToTricks