Aida Arisya In D' House

Aida Arisya In D' House



Pada Yang Esa kupohon... agar apa saja yang kubicara, tidak menjadi racun untuk sesiapa, tetapi penawar hati dan budi. Pada Mu Tuhanku... kupohon kekuatan agar jejariku mampu untuk menghulurkan sesuatu, yang akan menjadi halwa minda buat yang membaca bisikan hatiku. Berbicara setulus kata. Berkata dari hearty yg indah berbahasa..~ Kata-kata bukan dusta tp, patah-patah yg puitis ikhlas dari jiwa yg ada!! BlOg ini memberi peluang insan yg kerdil menuturkan bicara seketika selagi ada dayanya!!~ SEUKIR SAYANG, SECANGKIR KASIH, & SEKELUMIT CHENTA!!~

Followers

CLICK ME!!!

~Pergi Takkan Kembali~

on Thursday, August 13, 2009


BERITA kematian di bulan Syaaban sekali lagi menyentap di hati. Pemergian mengejut Ustaz Asri Ibrahim, teraju utama kumpulan Rabbani jam 10.30 pagi 22 Syaaban adalah perkhabaran yang cukup sedih kerana Allahyarham adalah seorang insan yang sangat istimewa, luhur budi perkerti, penuh hemah bila menyusun kata dan amat disayangi di kalangan rakan artis.

Pagi semalam saya terima berita mengejut apabila terlihat status Hafiz Hamidun di facebook yg mengatakan Ustaz Asri Rabbani baru je meninggal dunia beberapa minit lps...terus tergamam tak terkata..persoalan dr persoalan yg diajukan oleh teman2 Hafiz..tp xde respond lg...mybe beliau pun tgh bersiap nk ke hospital..saya pun tertunggu2 jugak jawapan dr persoalan rakan2nya tersebut untuk memastikan kesahihan berita tersebut...saya lihat di online chat facebook saya...mana tau ada sapa2 yg blh saya tnya...ternmpk Fetdri Yahya tgh on9...lantas saya bertanya kn pada Fetdri pasal berita tersebut..Tup2, memang sah la Ustaz Asri dah meninggal dunia. Aduh, terasa sebak juga dada ku...

Yelah mana tak sedihnya..saya juga merupakan pengikut nasyid sejak zaman belajar lagi..alunan2 nasyid ni laa yg menjadi peneman zikir & doaku ketika study...lagi2 kumpulan Rabbani..antara kumpulan nasyid kegemaranku jugak...Suka dengar alunan2 Zikir & doa dari Ustaz Asri...rasa tenang je...Justeru, hari semalam, apabila saya menerima berita mengatakan beliau telah meninggal dunia. Saya memang betul2 terkejut dan sedih.

Namun, itulah janji Allah. Setiap yang hidup, pasti akan merasai mati. Kini Ustaz Asri telah pergi menghadap yang Maha Esa.

Ustaz Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor. Beliau mempunyai 13 orang adik beradik. Beliau meninggalkan seorang balu, Haliza, 38 dan enam orang anak iaitu Mohd Nasimudin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilhan, 10, Sufiyah Munawarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 4.

Arwah jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi tadi akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Bangsar.

Masih terngiang-ngiang lagi di halwa telingaku, nasyid dendangan Ustaz Asri iaitu “PERGI TAK KEMBALI”. Nasyid ini betul2 menyentuh perasaanku….

"Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat; aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku."

Begitulah pembuka kata blog Allahyarham Ustaz Asri.(http://asrirabbani.blogspot.com)

Ramadhan yang akan menjelma selang beberapa hari lagi akan membuat kita lebih mengingati Ustaz Asri kerana kegemersikan, kesyahduan ayat-ayat Quran alunannya sudah begitu sebati dengan kita...begitu juga dengan alunan2 takbir raya bila Syawal menjelang tiba nanti...pastinya ramai yang akan merindui alunan2 zikir beliau...

Ramadhan yang bakal menjelma ni pasti akan lebih dirasai oleh keluarga arwah...somoga keluarganya tabah & redha atas pemergian beliau...tuhan lebih sayangkan arwah..kita yg hidup ni entah bila akan dipanggil mengadap Illahi..Adakah Ramadhan kali ini sempat untuk kita mengecapi kemanisannya atau tidak...semuanya Qada & Qadar dr Allah...Jika berkesempatan Alhamdulillah...moga Ramadhan kali ini akan lebih mendekatkn diri kita pada yg Maha Pencipta...

Al-fatihah…

0 comments:

© Copyright by Memori Tercipta | Template by BloggerTemplates | Blog Trick at Blog-HowToTricks