Assalamualaikum kengkawan...
Jumaat yang penuh barakah ini datang sekali lagi,seperti minggu-minggu yang berikutnya tetapi fenomena yang sering berbeza-beza... namun jumaat ini terlalu indah kerana kerinduaan ini bakal berakhir..kerinduan pada kerahmatan dan maghfirah..kebebasan yang amat merdeka..bebas dari hawa nafsu..alangkah indahnya.. tak tergambar dengan perasaan mahupun terlafaz dengan ungkapan kalimah.. TABIR Syaaban hampir berlabuh. Berlalu meninggalkan hari-hari yang penuh berkat dan diberkati. Alhamdulillah, Ramadhan pula hampir bertamu bersama keberkatannya yang melimpah ruah dan tidak terhingga. Ya! kita akan bertemu jua setelah sekian lama merintih dalam kerinduan yang tertanggung menyesak di lubuk jiwa ini.. biar jiwa yang kelam dan membusuk ini segera menjauh...pergiii...kerna imanku sudah terlalu tenat menongkah arus dosa yang bersimpang siur..YA ALLAH...temukanlah aku dengan RAMADHAN,ya allah..jadikan pertemuan ini sebaik-baik pertemuan, pertemuan untuk aku memperbaiki amalanku,untuk aku menyelam dasar kehambaan terhadapMU..aku terlalu merinduinya..Ya allah hindarkanlah aku dari menjadi insan yang rugi,tiada keberuntungan yang lebih beruntung selain mendapat cintaMu..Sesungguhnya Allah SWT Maha Kaya dan Maha Berkuasa meletakkan keberkatannya pada apa sahaja perkara yang dikehendaki-Nya. Maka Ramadan telah dipilih-Nya untuk menerima antara curahan terbanyak keberkatan itu untuk diambil manfaat oleh sesiapa yang dipilih untuk mendapatkannya...
Jua di kesempatan ini...izinkan INSAN yang KERDIL ini yang tak pernah terlepas dari melakukan KESILAPAN & KESALAHAN memohon AMPUN & MAAF andainya bicaraku keterlanjuran, andai caraku keterlaluan & andainya diri ini terlalu berperasaan..sesungguhnya...Mata kadang salah melihat...Mulut kadang salah berucap...Hati kadang salah menduga...Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada....Teman...kemaafan kalian tentunya membahgiakan hidupku...semoga sama2 kita menjalani ibadah puasa kali ini dengan lebih sempurna...
AHLAN WA SAHLAM YA RAMADHAN..
Lafaz Niat Puasa Untuk Sebulan.
نـَوَيْتُ صَوْم َ شـَهْرِ رَمـَضَانَ كـُلـِهِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ
“Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala”
Lafaz Niat Puasa.
نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ ا َدَاءِ فـَرْض ِ شـَهْرِ رَمـَضَانَ هـَذِهِ السَّـنـَةِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ
“Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala"
Selamat Menjalani Ibadah berpuasa
[ Muka Surat 11 ] - After It Was Decided
38 minutes ago


0 comments:
Post a Comment