Kali ini saya ingin berkongsikan sedikit ulasan atau review sebuah filem yang baru ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. CUN, memang CUN habis laaaa...Filem Cun, a must watch film for this year! Last week berkesempatan layan cerita ni..memang enjoy sangat...
Sebuah filem cinta komedi ini memang terbaik untuk tontonan pelbagai lapisan masyarakat. Memang tidak kering gusi apabila menontonnya daripada babak awal hingga ke akhir. Dibarisi oleh pelakon-pelakon popular seperti Remy Ishak (Atan), Maya Karin (Luna), Faezah Elai (Tom), Jehan Miskin (Ryan Hidayat), Kartina Aziz (Tok Chah), Mislina Mustaffa (Bedah Tonggek), Siti Nor Faridah (Eton Gebu) & Nadia Nissa (Manis).
Dicampur pula babak yang lebih menyentuh emosi sehingga mampu menitiskan air mata bagi sesiapa sahaja yang benar-benar menghayati babak tersebut. Saya sampai 3 kali laa menangis sepanjang tengok cerita ni..hikhikhik..touching sehhh...
Pelakon utama, pastinya Maya Karin dan Remy Ishak memang benar-benar mencuit dan menyentuh hati. Kisah percintaan di antara seorang selebriti kota dan jejaka kampung. Sweetttt sangat ...Bayangkan jejaka kampung bercinta dengan gadis bandar. Remy Ishak & Maya Karin berjaya membawa watak masing-masing sebagai pasangan yang datang daripada 2 dunia berbeza, tapi telah menjumpai persamaan di antara mereka.
Lakonan yang berkesan oleh Kartina Aziz yang membawa watak Tok Chah. Serius, apabila tiba babak sedih, Kartina Aziz membawa watak tersebut dengan penuh emosi. Timbul juga rasa sebak dalam hati, eh ada taman dalam hati pula. Sebagai seorang nenek, Tok Chah banyak memberikan nasihat kepada Atan supaya merebut cinta Luna dengan bersikap lebih gentleman.
Suasana kampung, serta riuh rendah sesebuah keluarga benar-benar dipaparkan dalam filem Cun. Atan sebagai abang yang sulung mengetuai keluarga dengan bekerja sebagai petani. Bersikap tegas, namun ada lembutnya. Walau bagaimanapun, Atan seorang yang selalu cakap lepas, namun dia cepat reda. Sikap tanggungjawab Atan dapat dilihat apabila Manis, adik kepada Atan menghilangkan diri kerana dimarahi oleh Atan. Atan cuba mencari Manis, malah meluahkan rasa kasih sayangnya kepada adiknya di tepi parit air.
Paling menyentuh perasaan apabila Atan pergi ke Kuala Lumpur untuk membawa pulang Luna Latisya . Dalam babak tersebut Atan telah dipermainkan oleh Candy, penerbit rancangan Meletops. Memang amat menyedihkan apabila perasaan seseorang dipermainkan di depan khalayak ramai dan disiarkan secara lansung. Sedih habislah, patut anda tonton dan hayati babak ini. Memang terguris habis perasaan Atan apabila perasaannya dipermainkan sebegitu rupa.
Tetapi akhirnya Luna Latisya dan Atan bersatu jua akhirnya setelah Luna Latisya terus melamar Atan pula di kampung, walaupun waktu itu Atan berfikir mana mungkin sawah padi bersatu dengan KLCC.
Satu lagi pelakon yang berjaya menjiwai watak ialah Faezah Elai. Membawa watak sebagai Tom, dia merupakan gadis yang agak kasar, selalu bertelagah pendapat dengan Atan. Kami mendapati, Tom merupakan penyeri, pemecah lawak di panggung. Kepekatan dialek Kedah yang dibawa oleh Tom benar-benar mencerminkan suasana para penduduk di Kedah.
Ya, watak sampingan Bedah Tonggek & Eton Gebu agak klise. Kedua-dua wanita ini kami gelarkan sebagai ahli mesyuarat tingkap. Sangat busybody & suka menjaga tepi kain orang lain, kedua-dua watak ini amat menyukai Atan. Tetapi, kehadiran Luna yang super gorgeous telah mengugat reputasi mereka.
Secara keseluruhan, filem Cun memang seronok ditonton seisi keluarga. Jalan ceritanya ringkas & mudah, tapi kehadiran pelakon-pelakon berbakat berjaya memantapkan Cun. Sedikit sebanyak, kehidupan di kampung dalam filem Cun ini dapat mengimbau kenangan anda dahulu kala, terutamanya anda yang sudah lama berhijrah ke bandar. Permulaan yang baik dan diakhiri pula dengan babak yang sungguh hebat. Jadi sesiapa yang belum menontonnya, sila tonton sekarang juga.
Sinopsis
Luna Latisya seorang pengacara terkenal, bercinta dengan Ryan Hidayat, seorang pelakon. Program yang diacarakannya (Meletops) memerlukan beliau menerjah kehidupan peribadi selebriti tanahair. Yang terkini, ‘Meletops’ ke rumah Ryan Hidayat untuk kejutan hari lahirnya. Namun lain pula yang terjadi apabila Ryan ditemui bersekedudukan dengan seorang artis baru, Siti Senjakala. Luna berang lalu terus memandu pergi bersama Tom, pembantu peribadinya. Tom membawa Luna ke kampung halamannya di Utara Semenanjung. Sampai di kawasan kampung, kereta Luna tersekat di kawasan lumpur, memaksa Luna dan Tom bermalam di dalam kereta.
Keesokannya, mereka ditemui oleh Atan, kawan baik Tom di kampung. Mereka dibawa ke rumah Atan. Pada awalnya Luna sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran kampung. Setelah beberapa hari, kereta Luna masih belum siap. Luna tiada pilihan, kecuali terus bermalam di rumah Atan. Namun keluarga besar Atan yang cepat mesra menyebabkan Luna mula menyesuaikan diri. Adik Atan, Manis, gadis `istimewa’ sangat sukakan Luna. Kereta sudah siap, tibalah masa Luna perlu kembali ke Kuala Lumpur. Luna yang mula jatuh hati dengan persekitaran dan orang-orang di situ meminta izin untuk tinggal lebih lama. Semua orang gembira dengan keputusan Luna. Luna dan Atan semakin rapat, walaupun sering tak sependapat.
Luna kini mengenali kehidupan kampung yang selama ini begitu jauh daripada dirinya. Daripada bermain lumpur di sawah, menunggang kerbau, hinggalah memasak di dapur kayu, semua sudah dipelajarinya. Orang popular sepertinya, lambat-laun pasti dapat dijejaki. Krew penerbitan ‘Meletops’ dapat menjejaki Luna. Ryan turut serta untuk memujuk. Luna tiada pilihan, kecuali pulang ke KL apabila Atan menghalaunya setelah menyangka Luna adalah tunangan Ryan yang selama ini cuba disembunyikan oleh Luna. Luna kini kembali mengacara. Candy, penerbit rancangan ‘Meletops’ sentiasa mahukan rancangannya mengungguli carta teratas. Tanpa pengetahuan Luna, Candy menjemput Atan menjadi tetamu rancangannya. Atan bersetuju. Merekapun bertolak ke KL menaiki lori Atan. Rancangan bersiaran secara langsung, Atan dibawa masuk… Luna dan Atan terkedu apabila bertentang mata. Atan marahkan Luna kerana menyangka Luna menipu dan mempermainkannya. Luna pula marahkan Candy kerana memperalatkan mereka berdua untuk menaikkan lagi carta rancangan ‘Meletops’
Ya Allah,sahabatku buah hatiku.Mesra kami penawar duka.Rindu kami menambah cinta.Rajuk kami membuah ceria.Ya Allah,silaturrahim kami ukhuwwah fillah.Bermusuh kami nauzubillah.Berpisah mati insyaALLAH.Pengubat hati doa Rabtah.Ya Allah,rahmati kami meniti usia.Terpisah kami di alam nyata.Temukan semula di taman Syurga…Renung-Renungkan & Selamat Beramal…
Pages
Aida Arisya In D' House
Pada Yang Esa kupohon... agar apa saja yang kubicara, tidak menjadi racun untuk sesiapa, tetapi penawar hati dan budi. Pada Mu Tuhanku... kupohon kekuatan agar jejariku mampu untuk menghulurkan sesuatu, yang akan menjadi halwa minda buat yang membaca bisikan hatiku. Berbicara setulus kata. Berkata dari hearty yg indah berbahasa..~ Kata-kata bukan dusta tp, patah-patah yg puitis ikhlas dari jiwa yg ada!! BlOg ini memberi peluang insan yg kerdil menuturkan bicara seketika selagi ada dayanya!!~ SEUKIR SAYANG, SECANGKIR KASIH, & SEKELUMIT CHENTA!!~
Followers
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2011
(166)
-
▼
April
(16)
- ~Gadis Di Tepi HighWay "Karak"~
- ~Hijab Fashionista..aDa sTyLe..aDa GaYa..~
- ~Missing M & M Badly~
- ~One Day In My Life~
- ~Aku Adalah Aku by Melda Ahmad~
- ~Awi Rafael - Pulanglah~
- ~CUN tak CUN janji MELETOPS~
- ~Don't Be Sad~
- ~Najwa Latif Si Gadis Youtube~
- ~Bercakap Dengan Bulan~
- ~Bergedik Santai~
- ~I Wanna Live My Dream~
- ~Riang Ria Di Kota Keriangan~
- ~Anugerah Bintang Popular 2010~
- ~Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal~
- ~Bila April Tiba~
-
▼
April
(16)
Interesting
Favourite Bloggers
-
-
Why I English2 months ago
-
-
[ Puisi ] - Septicaemia5 years ago
-
-
Marc Marquez Andalkan Pengalaman6 years ago
-
-
-
New Blog8 years ago
-
-
[Aku] I'm Back in 20168 years ago
-
-
-
-
Al-fatihah9 years ago
-
-
-
-
CANDYLICIOUS DAY10 years ago
-
-
Anak muda11 years ago
-
-
-
Turban Ala Nana11 years ago
-
LEMBU PUNYA SUSU SAPI DAPAT NAMA..11 years ago
-
-
-
-
-
TRIP TO CYBERJAYA LODGE & SPA RESORT13 years ago
-
-
1 ramadhan13 years ago
-
Tiada rezeki13 years ago
-
-
BRUNO MARS huwaaaaaaa....nanges!!!13 years ago
-
-
sejuk!!!!!!!15 years ago
-
one two three four....15 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Favourite Link
Online Shopping
-
-
CONTOH "STORYBOOK"9 years ago
-
Eiza12 years ago
-
XcluSive CoTTon from DoHa13 years ago
-
-
-
Fairytale Dress15 years ago
-
© Copyright by Memori Tercipta | Template by BloggerTemplates | Blog Trick at Blog-HowToTricks
0 comments:
Post a Comment