Aida Arisya In D' House

Aida Arisya In D' House



Pada Yang Esa kupohon... agar apa saja yang kubicara, tidak menjadi racun untuk sesiapa, tetapi penawar hati dan budi. Pada Mu Tuhanku... kupohon kekuatan agar jejariku mampu untuk menghulurkan sesuatu, yang akan menjadi halwa minda buat yang membaca bisikan hatiku. Berbicara setulus kata. Berkata dari hearty yg indah berbahasa..~ Kata-kata bukan dusta tp, patah-patah yg puitis ikhlas dari jiwa yg ada!! BlOg ini memberi peluang insan yg kerdil menuturkan bicara seketika selagi ada dayanya!!~ SEUKIR SAYANG, SECANGKIR KASIH, & SEKELUMIT CHENTA!!~

Followers

CLICK ME!!!

~Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal~

on Friday, April 1, 2011

Tadi sempat menyaksikan Teater Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal...Teater ini adalah produksi usahasama antara Tall Order(syarikat produksi Hans Isaac) dan Institut Terjemahan Negara. Ia juga merupakan arahan bersama Hans Isaac dan Harith Iskandar. Antara pelakon pelakon utama terdiri dari Awie,Atilia,Douglas Lim,Jalil Hamid Puspha Narayanan dan hampir 300 lagi pelakon2 dan penari penari.Teater ini mengisahkan perjalanan hidup seorang kartunis terkenal tanahair iaitu Dato Lat.
   Teater muzikal ini mengisahkan kehidupan Lat yang bermula sejak zaman kanak-kanak ketika beliau membesar di sebuah kampung di Perak, sehinggalah beliau menjadi kartunis yang dikagumi di seluruh Negara dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.
   Mohd Khalid, atau lebih dikenali sebagai Lat, dilahirkan di sebuah kampung kecil di Kota Baru pada tahun 1951. Sejak awal usianya, beliau telah menunjukkan minat yang mendalam dan berbakat besar dalam melukis. Mujur ayahnya, seorang kakitangan kerajaan berjawatan kerani, memberikan dorongan penuh kepada kesungguhan dan minat anaknya.
   Berhijrah ke kota Ipoh untuk mencari peluang lebih baik, Lat secara automatik menjadi budak 'kota' yang menemukannya dengan Mrs. Hew, guru yang banyak menekankan betapa pentingnya pengetahuan dan pembelajaran. Lat turut mengenali Frankie, seorang budak Cina yang berkongsi minat sama dengannya, iaitu muzik.
   Semasa dewasa, Lat berpindah ke ibu kota Kuala Lumpur (KL) di mana beliau memulakan kerjaya sebagai wartawan jenayah di New Straits Times, Balai Berita – di bawah bimbingan Pengarang Kanan, Pak Samad. Di KL, Lat juga bertemu dan jatuh cinta dengan Faezah. Tatkala hampir mengalah berhadapan dengan kehidupan mencabar di KL dan ingin kembali ke Ipoh, ketika itulah karya kartunnya, 'Sunat' diterbitkan dalam Asia Magazine.
   Di sinilah bermulanya titik penting kepada perubahan dalam hidupnya. “Scenes of a Malaysian Life” dan "The Kampung Boy" karya Lat pula menyusul kemudiannya.
   Kehidupan Lat mula berubah, karya kartunnya juga menjadi kegemaran rakyat Malaysia di mana-mana sahaja. Impiannya untuk menjadi kartunis profesional sepenuh masa akhirnya menjadi realiti.

    Namun kemasyhurannya itu perlu dibayar dengan nilai tersendiri. Lat terperangkap dalam arus perhatian umum. Umpama orang di sekeliling menyelidiki setiap sudut dirinya. Syarikat besar mula menghubunginya. Lawatan dan tugasan mula “menghimpit” waktunya. Beliau mula berjuang berhadapan tuntutan menjadi ikon Negara.

0 comments:

© Copyright by Memori Tercipta | Template by BloggerTemplates | Blog Trick at Blog-HowToTricks