Aida Arisya In D' House

Aida Arisya In D' House



Pada Yang Esa kupohon... agar apa saja yang kubicara, tidak menjadi racun untuk sesiapa, tetapi penawar hati dan budi. Pada Mu Tuhanku... kupohon kekuatan agar jejariku mampu untuk menghulurkan sesuatu, yang akan menjadi halwa minda buat yang membaca bisikan hatiku. Berbicara setulus kata. Berkata dari hearty yg indah berbahasa..~ Kata-kata bukan dusta tp, patah-patah yg puitis ikhlas dari jiwa yg ada!! BlOg ini memberi peluang insan yg kerdil menuturkan bicara seketika selagi ada dayanya!!~ SEUKIR SAYANG, SECANGKIR KASIH, & SEKELUMIT CHENTA!!~

Followers

CLICK ME!!!

~Sinopsis Filem Magika By KRU Studios~

on Tuesday, September 28, 2010


Okey babeh...walaupun syawal tak habis lagi kita stop jap story pasal raya..nanti ada story raya yang best i story again ahakss...Now nak cerita pasal Movie MAGIKA..Ikuti pengembaraanku d alam MAGIKA hahaha..yeye je kan...semalam untuk ke-2 kalinya ku pergi tonton movie ni...2 hari berturut2 pulak tu...hahaha giler tak..smpikan semalam ku dah ingat dailog dia...budak sebelahku siap cakap "aikss tahu ekk dia nk cakap apa??"hahaha padahal ku dah tengok semalam..kihkihkih..yang 1st g tengok under HOTFM...orang offer apa lg..ku on je laa..lagipun tengah free & kebtulan tak tengok lagi cite tu....ramai yang dah tengok cakap best...yang ke2 ni petang tu OTW balik kerja & nak g OU dah pun kak leya hotfm call..cakap tengok movie esknya..ku ingt lambat lagi..tu yang jadi 2 ari berturut-turut tu..huhuhu..masa kak leya call ku tak cam dia..dah dia buat suara lain..saje dia nk kenakan ku...sabo je laa...tq kak leya for the ticket movie..blnja popcorn & air lg...tq 4 the time..enjoyyyy it...



Bagiku keseluruhan cite ni best..menghiburkan ngan muzikal2 yg dipersembah2kn...colourful..funny..sweet..memang terbaekkkk dari ladang...ala2 tgk cite alice in wonderland..big hand for KRU Studio & team produksi...

Magika Trailer KRU Studios

Filem Magika adalah sebuah filem berbentuk kekeluargaan yang menyelitkan pantang larang orang Melayu terutama peringatan untuk anak-anak seperti jangan keluar rumah waktu senja dan jangan buang air kecil merata tempat sesuka hati. Filem ini juga dekat di hati penonton kerana ia kaya dengan nilai kasih sayang, cinta dan pengorbanan.

Sinopsis filem Magika mengisahkan bagaimana dua beradik yang tersesat di alam bunian selepas keluar rumah pada waktu Maghrib.

Ayu (Diana Danielle) berhadapan dengan ujian sukar untuk menyelamatkan adiknya iaitu Malik (Fimie Don) yang diculik nenek kebayan lakonan Ziana Zain. Bagaimanapun Ayu bernasib baikkerana dia bertemu dengan Bad (Mawi)yang membantu menyelamatkan mereka keluar dari dunia asing itu.

Magika yang menggabungkan lebih 15 aktor dan aktres ternama pasti menjadi tarikan penonton ke pawagam, lebih-lebih lagi yang merindui lakonan Ziana Zain apabila memegang watak sebagai nenek kebayan vogue! Kaya dengan mitos dan kisah legenda Melayu, Magika menampilkan beberapa watak yang dekat di hati orang ramai seperti Badang, Bawang Putih Bawang Merah, Pak Pandir, Mak Mandir, Mahsuri, Hang Tuah, Puteri Gunung Ledang dan Batu Belah Batu Bertangkup.

INFO: Filem Magika
# JUDUL: Magika
# GENRE: Muzikal Pengembaraan (pertama seumpamanya di Malaysia)
# KONSEP: Mitos dan Legenda Melayu
# PENGARAH: Edry Abdul Halim (filem sulung)
# TEMPOH PENGGAMBARAN: Februari hingga pertengahan Mac 2009
# LOKASI PENGGAMBARAN: Universiti Putra Malaysia (UPM); Putrajaya; Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong; Ulu Langat, Selangor; Tapah, Perak dan Lanchang, Pahang
# PELAKON: Membabitkan lebih 15 artis popular, antaranya Mawi AF3, Diana Danielle, Fimie (Hikayat Putera Shazlan), Saiful Apek, Ziana Zain, Maya Karin, M Nasir, Datuk Jalaluddin Hassan, Ogy Datuk Ahmad Daud, Aznil Nawawi, Raja Azura, Ning Baizura, Sharifah Amani, Sharifah Aleya, Norman Hakim, KRU, Nabil Raja Lawak dan Adibah Noor.

0 comments:

© Copyright by Memori Tercipta | Template by BloggerTemplates | Blog Trick at Blog-HowToTricks