Aida Arisya In D' House

Aida Arisya In D' House



Pada Yang Esa kupohon... agar apa saja yang kubicara, tidak menjadi racun untuk sesiapa, tetapi penawar hati dan budi. Pada Mu Tuhanku... kupohon kekuatan agar jejariku mampu untuk menghulurkan sesuatu, yang akan menjadi halwa minda buat yang membaca bisikan hatiku. Berbicara setulus kata. Berkata dari hearty yg indah berbahasa..~ Kata-kata bukan dusta tp, patah-patah yg puitis ikhlas dari jiwa yg ada!! BlOg ini memberi peluang insan yg kerdil menuturkan bicara seketika selagi ada dayanya!!~ SEUKIR SAYANG, SECANGKIR KASIH, & SEKELUMIT CHENTA!!~

Followers

CLICK ME!!!

~Berubah~

on Friday, October 29, 2010

Pernahkah anda melalui saat di mana anda merasakan mereka yang anda kenali bukan lagi diri mereka. Di mana jasad mereka masih sama namun keadaannya sudah jauh berubah. Rohnya yang ada dalam diri mereka sudah tidak anda kenali lagi.

Sedihnya bila kita rasakan, apa yang ada depan kita secara fizikalnya masih sama, namun isi dan emosinya sudah jauh berbeza. Mungkin ya, hidup ini ada turun naiknya. Ada saat kita rasa bahagia dan gembira namun bila tiba saatnya, kita perlu melalui detik sedih itu. tapi, tidak bolehkah kita lalui detik sedih itu dengan keadaan fizikal, isi dan emosi yang sama sepertimana kita pernah mengecapi kegembiraan suatu ketika dulu? Mungkin ya, suatu perhubungan itu akan datang dan pergi. Tapi kita punya kekuatan utk menghalang perkataan ‘pergi’ itu menjadi realiti. Apa gunanya kita berjanji manis suatu ketika dahulu dan ‘buat buat tak tahu’ saat ini? Saya percaya, semua ini bergantung sama ada kita nak pertahankan, atau kita nak biarkan ia terus pergi. Ini semua bergantung kepada setiap individu itu sendiri.

Benar, tiada siapa menafikan, kita seharusnya berubah mengikut keadaan semasa. Namun, adakah ia bermaksud anda perlu mengubah diri anda sepenuhnya? Sehingga anda kelihatan bukan seperti diri anda lagi. Anda berubah kepada seseorang yang cukup asing, bukan sahaja kepada mereka di sekitar anda, tetapi kepada diri anda sendiri juga. Perlukah perubahan mendadak sebegitu?

Perubahan yang bermanfaat ada baiknya. Tetapi bagaimana dengan perubahan yang pelik, dlm erti kata yang mudah, perubahan yang menyedihkan orang lain? Masihkah anda rasa ia perlu?

Mungkin benar, saya perlu berubah. Perlu lebih matang, tidak terlalu kebudak-budakan.
Tidak perlu terlalu berfikir yang saya boleh lakukan semua perkara dan tidak terlalu berani dalam segala-galanya. Tetapi, jika saya berubah kepada totally opposite from the real me, bukankah itu bukan lagi saya? bukankah itu bukan lagi saya yang anda semua kenal.

Saya yakin, jika saya berubah sedemikian rupa, sehingga terlalu berbeza dengan diri saya yang sebenar, mungkin anda menyukai saya. tapi akankah saya menyukai perubahan itu? kerana saya bukan lagi diri saya yang sebenar. Saya akan jadi seseorang yang terlalu asing bagi diri saya.

Yakni, jika anda benar-benar mahu saya jadi sebahagian dari hidup anda, sukarkah utk anda menerima saya seadanya? Accept me for who I am. Anda mengenali saya melalui diri saya yang sebenar. Justeru, mengapa harus mengubah saya sehingga sedemikian rupa? Salah kah apa yang cuba saya sampaikan?

Bukan sahaja kepada saya. perkara ini seharusnya sama kepada setiap yang ada di sisi anda. Terima mereka seadanya. Kenapa mereka boleh terima anda seadanya tapi anda tidak dapat berbuat demikian? Percayalah. Setiap manusia ada kelemahannya. Kita harus akur dan menerima kelemahan itu. jadikan kelemahan itu sebagai sesuatu yang manis. Tiada satu manusia pun yang sempurna dalam dunia ini. mungkin anda mengharapkan ‘hampir kepada sempurna’. Tapi, tidakkah lebih baik kita anggap kelemahan dan kelebihan sesama manusia itu sebagai ‘saling melengkapi’. Bukankah itu lebih bermakna?

0 comments:

© Copyright by Memori Tercipta | Template by BloggerTemplates | Blog Trick at Blog-HowToTricks