Aida Arisya In D' House

Aida Arisya In D' House



Pada Yang Esa kupohon... agar apa saja yang kubicara, tidak menjadi racun untuk sesiapa, tetapi penawar hati dan budi. Pada Mu Tuhanku... kupohon kekuatan agar jejariku mampu untuk menghulurkan sesuatu, yang akan menjadi halwa minda buat yang membaca bisikan hatiku. Berbicara setulus kata. Berkata dari hearty yg indah berbahasa..~ Kata-kata bukan dusta tp, patah-patah yg puitis ikhlas dari jiwa yg ada!! BlOg ini memberi peluang insan yg kerdil menuturkan bicara seketika selagi ada dayanya!!~ SEUKIR SAYANG, SECANGKIR KASIH, & SEKELUMIT CHENTA!!~

Followers

CLICK ME!!!

~Kasihnya Ibu~

on Sunday, January 30, 2011

Ujian dan dugaan tidak akan putus-putus datang sebagai ujian kepada orang beriman. Adakah redha dan ikhlas dalam menerima ujian yang diberikan. Memang sudah ketentuannya datang sebagai ujian orang beriman. Allah datangkan ujian sebagai tanda Allah kesah dengan perjalanan hamba-hamba yang taat kepadaNYA. Jika tiada sebarang masalah dan kesusahan dalam hidup ini bermakna Allah tidak mengindahkan atau memberikan teguran dan membiarkan mereka terus leka,lalai dan alpa.

Sekiranya mereka yang dipermudahkan jalan, diberikan sentiasa nikmat-nikmat, dan bersyukur, maka redha Allah bersama-samanya.

Allah berfirman dalam al-Quran :“Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang bersabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 153)

Oleh yang demikian, jika kita ditimpa musibah dan cubaan, maka bersabarlah dan mintalah pertolongan daripada Allah…

Ya Allah…Ya Rahman… Ya Rabbi Ya Ilahi...
Curahkan rahmat dan kasihmu...
Ya Allah... Dengarlah pintaku...
Kabulkan doa harapanku...
Agar ku dapat kirimkan tujuan akhir jalan hidupku...


Untuk jadi orang sabar, memang memerlukan kesabaran. Belajar menjadi penyabar. Bersabar untuk bersabar. Atas didikan masa, seseorang boleh menjadi penyabar. Dan ini dibuktikan apabila diuji dengan perlbagai dugaan di dalam perjalanan menuju Allah ketika di dunia ini.

Ingat, kita cuma ada seorang sahaja ibu di dunia ini. Jangan sampai apabila ibu sudah tiada, barulah kita hendak menangis. Kita kena beringat kalau tiada ibu, matahari pun kita tidak akan lihat?

Naluri seorang ibu, ummi, emak, mama ialah ingin sentiasa bersama-sama dengan orang yang disayanginya walau dimana dia berada.

Hari-hari apabila celik mata, teringat dimana anak-anaknya, bila masak,teringat anak-anaknya suka makan apa,orang ini suka makan apa. Bila nak suap makanan pun, masih teringatkan anak-anaknya. Sebab itu naluri seorang ibu dapat baca,dapat tahu akan gerak irama hati anak-anaknya, walaupun beribu batu jauhnya. Jasadnya jauh,namun hatinya bersebelahan sahaja. Itulah sehati sejiwa. Bukan hanya untuk pasangan berkasih tetapi terjalin antara ibu dengan semua anak-anaknya samada sedarah atau tidak sedarah. Bila perasaan telah sehati sejiwa, maka seringlah mereka berdansa seirama.

Sebab itu seorang ibu mampu untuk bersabar dengan segala karenah anak-anaknya. Banyak mana pun anaknya, ibu tetap dapat merasai getar irama hati setiap anak-anaknya.

Seorang ibu dapat merasakan hati anak yang mana sedang gembira, anak yang mana sedang berduka, hati anak yang mana sedang kerinduan. Sebab itu seorang ibu boleh menyelami hati anak-anaknya dan ketika anak-anak pula amat memerlukan keberadaan ibunya, ibunya dapat hadir walaupun jauh. Hati ibunya hadir tanpa jasad. Dalam hati anaknya merasakan kehadiran siibu itu.

Seorang ibu dapat menyelami hati anak-anaknya, dapat membaca hati anak-anaknya, tapi mampukah seorang anak membaca hati ibunya? Seorang ibu mampu menjaga sepuluh orang anak..tapi mampukan sepuluh orang anak ini menjaga seorang ibu???tepuk dada tanya iman…Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin

~Teater Muzikal Terima Kasih Cinta~

on Thursday, January 27, 2011


Teater Muzikal Terima Kasih Cinta diterbitkan The Creative Partnership. Pementasan teater muzikal Terima Kasih Cinta bakal berlangsung di Istana Budaya pada 17 Februari hingga 6 Mac 2011.

Pelakon teater muzikal Terima Kasih Cinta diumumkan di penghujung segmen persembahan khas teater muzikal tersebut di Anugerah Skrin yang berlangsung di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur baru-baru ini. Senarai pelakon yang terpilih ialah penyanyi era 70an Latiff Ibrahim, penyanyi, pelakon drama dan teater yang disegani ramai, Safura, penyanyi Deja Moss, Faradhiya, Shajiry, Nadia Aqilah, bekas juara Akademi Fantasia 1 Vince serta pelakon berbakat Norish Karman dan Tony Eusoff.

Juga terpilih ialah dua puluh pelakon pembantu antaranya penyampai Hot FM Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid (Leya), penyampai Fly FM Hani Farhana Mohd Hatim (Hunny Madu), pelakon drama Syurgamu Ramadhan Muhammad Nabil D'Zulkifli, penyanyi dan pelakon Syamsul Hirdy Muhid, pelakon teater Tengku Iedilzuhri Putra Tengku Alauddin dan Ayu Shuhara Sulaiman, bekas bintang Akademi Fantasia Asiahtunakma Abdullah, Elliza Abdul Razak dan Mohd Qhaud Abdul Rashid. Selain itu, turut terpilih ialah Fitri Hiswandy Hasan Nordin, Nur Akhtar Mohmad Amin, Nik Nur Amalin Nik Musauddin, Azwana Aladip, Mohammed Azam Abdullah, Azizul Ammar Abu Hassan, Fadzly Izzat Razman Sham, Mohd Fairuz Mohd Tauhid, Hana Amira Mohd Hatim, Sufinah Abu Bakar dan Mohammad Farhan Mohammed Khalil.

Tiket bagi menyaksikan pementasan teater muzikal Terima Kasih Cinta sudah boleh dibeli sekarang. Bagi yang ingin membelinya secara online, boleh layari Tiket2u.biz atau pun menghubungi talian hotline 03-4147 8600 dengan segera. Harga tiket untuk menyaksikan pementasan yang diadaptasi dari filem CINTA itu berharga RM30, RM70, RM100, RM150, RM180, RM200, RM250 dan RM300.

Sumber: Gua.com.my

P/S: Heyyyy korangggg ayuh kita gegarkan Istana Budaya 17 Feb nanti..jom kita set date kita tengok ramai-ramai...rogger me k kita pilih date nanti...

~Roda Kehidupan~

on Wednesday, January 26, 2011

Hidup bagaikan roda, kadangkala berada di atas, kadangkala berada dibawah... begitu la hidup kita, kadang2 happy, kadang2 sedih.... tu memang lumrah.. cuma kita sebagai manusia, kena sedar bahawa, asas kehidupan kita ini, adalah menghambakan diri terhadap yang maha esa Allah swt..Hidup itu sebenarnya mudah,hanya manusia saja yg sering kali membuat hidup itu susah. Kalau kita sedang susah,ingatlah,masih ada yg lebih susah dari kita. Bersyukurlah atas hidup yang telah diberikanNya kepada kita,tinggal bagaimana kita menjalani hidup ini. Ada masa kita berada di tempat selesa dan ada masa kita berada di tempat kurang selesa.

Setiap detik , setiap saat , satiap minit , setiap jam , setiap masa , setiap hari , setiap minggu , setiap bulan serta setiap tahun..... Tuhan telah mengaturkan perjalanan hidup kita sebagai manusia , diatas muka bumi ciptaannya. Kita sebagai manusia dan kita juga adalah hambanya... harus bersyukur diatas nikmat yang di beri oleh yang maha esa.
Kerana yang maha esa memberi peluang kepada ciptaannya untuk menikmati diatas ciptaannya sendiri. Bak pepatah " Hidup cuma sekali ianya tidak akan berulang untuk kedua kali " Hargailah dan syukurilah pemberian yang maha esa kepada kita sebagai manusia dan hambannya diatas peluang merasai hidup di muka bumi ini.

Tuhan tidak akan memberi ujian pada hambanya dengan sia-sia. Ada hikmah di sebalik peristiwa malang yang menimpa. Jadikan ia satu peluang..Jadikan ia sebagai perangsang untuk terus maju ke hadapan…“Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. …Ini menunjukkan betapa kita perlu berusaha dan tidak hanya duduk menanti retak. Janganlah kita terlalu memikirkan apa yang telah berlaku…Jangan jadikan peristiwa semalam sebagai satu igauan,namun jadikan ia sebagai satu tauladan.We learn from what happened yesterday,we plan for what we want to be for tommorow, but we live our life at present. So… Do your best.Hidup tidak selalunya indah…Dan itulah erti sebuah kehidupan.

~Teater Muzikal Tun Mahathir 2~

on Tuesday, January 25, 2011


Atas permintaan ramai & sambutan yang hebat,Teater Muzikal Tun Mahathir terbitan CTRA Production dipentaskan semula dari 21 - 30 Januari 2011 di Istana Budaya. Layari www.ticket2u.biz & call 03-4026 5558 / 03-4147 8600 / 03-6186 6592.

Sinopsis
MENCERITAKAN bagaimana kehidupan zaman kanak-kanak,keluarga,rakan-rakan,pendidikan, penjajahan dan segalanya yang menjadi motivasi kepada Tun Dr.Mahathir Mohamad untuk menjadi pemimpun yang ulung.Sifat kepimpinan beliau terserlah sejak zaman kanak-kanak lagi.Beliau mengetuai penentangan terhadap Malayan Union dan kemasukan tentera Jepun.Perjalanan hidup sebagai seorang doktor Melayu yang ingin membantu bangsanya dan ahli politik yang ada pasang surut juga ditampilkan.Begitu juga tentang dilema dan kejayaan yang digapainya semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.Keseluruhannya digambarkan dalam bentuk dialog, lirik lagu dan gerak yang disesuaikan dengan fakta sebenar yang diperakukan oleh Tun Mahathir sendiri.

Barisan Pelakon

Esma Daniel sebagai Dato' Seri Dr. Mahathir
Ezany Nizariff sebagai Dr. Mahathir Remaja
Elly Mazlein sebagai Datin Seri Dr. Siti Hasmah
Misha Omar sebagai Dr. Siti Hasmah Remaja
Dato' AC Mizal sebagai Aziz (Kawan CheDet)
Sarimah Ibrahim sebagai Susur/Pencerita
Azean Irdawaty sebagai Mak Bidan
Datuk Jalaludin Hassan sebagai Mohammad Iskandar (bapa tun Mahathir)
Mohd Syafieq Shazwan (Afiq Idola Kecil) sebagai CheDet masa kecil

Baru2 ini sempat ku menyaksikan Teater Muzikal Tun Mahathir 2 (kali ke3 ku tonton teater kat IB setelah layan Cuci The Muzikal 2 & Siti Di Alam Fantasi 2) opsss baru ku perasan asal semua teater yg ku tengok semuanya tayangan ke2…hahaha..ku baru parasan…whateverrrr…

Ok laa..last minit punya plan ni…seperti yg di katakana td..tuk MTM 1 ku tak sempat nk layan..tapi ramai cakap yang pertama best..mybe sebab ada Erra Fazira kot…dr segi jalan cerita & lakonan ok laa…best…lakonan yang paling berkesan dalam MTM 2 ni Esma Daniel…good job bro…& yang lain..semua best…ku paling suka part Misha & Ezany nyanyi masa konon2 nk g tuisyen..alih2 dating..hahaha..best lagu tu…jiwanggg beb..feeling jap ku layan lagu tu…dah lupa tajuk apa..hehehe..nanti nk g tanya kak Ah jap :P Ohh x lupa jugak peranan Sarimah yg menceriakan pentas ngan lawak2 dia sebagai pencerita..Well done tuk Muzikal Tun Mahathir team…sapa2 yang belum g tengok baik korang g smtara masih dpentaskan…


~{ALBUM} Dapatkan Album 3 Suara-Ning,Shila & Jac~


3 Suara gandingan mantap Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila yang diedarkan Sony Music bermula 7 Januari 2011 itu merupakan antara album pop terbaik setakat ini.

3 suara menyajikan 10 lagu terbaik antaranya
1.It's A Beautiful Life
2.Menari Dalam Hujan
3.Semua Isi Hatimu
4.Di Mana Di Mana
5.Beribu Sesalan
6.Hanya Satu
7.Mengenangmu ( tribute to Yasmin Ahmad)
8.Tomorrow's Calling
9.Teman
10.Beribu Sesalan ( Akustik Version)'

p/s : Kepada anda yang tercari-cari sebuah album yang cukup berbaloi untuk dijadikan koleksi peribadi, 3 suara menepati kehendak dan keinginan yang dipersembahkan. Dijual dengan harga RM 31.90 dapat segera selagi stok masih ada.mmg berbaloi laa klu beli..best lagu2 dia...hehehe...

~Kita Tak Sempurna Hakikatnya~

on Monday, January 24, 2011

Perjalanan hidup menemukan kita dgn pelbagai perkara mencabar yg terpaksa kita tempuh...Ada waktu cabaran menjadikan kita lemah dan ada waktu yg lainnya cabaran mematangkan kita tentang erti kehidupan..perancangan Allah lebih baik dari manusia.. sbb setiap ape yg jadi ade hikmahnya..You kene igt walaupun kadang2 kite mintak dkt Tuhan setangkai bunga segar dan cantik, ternyata Dia berikan kaktus yang berduri.Bila kite minta kupu-kupu, Dia berikan ulat bulu.You akan sedih dan kecewa tapi later on kaktus yang DIA bg 2 ... berbunga indah sekali dan ulat bulu 2 menjadi kupu-kupu yang sangat cantik.Itulah cara Allah..indah pada masanya.Dia tidak memberi apa yang kita harapkan, tapi Dia memberi apa yang kita perlukan.Kadang-kadang kita sedih, terluka dan kecewa.Tapi ingat, jauh di atas segalanya Dia sedang mengaturkan apa yang terbaik untuk hidup kita...Be a strong girl...

kadang-kadang kita tak sedar kelakuan kita buat org lain tak selesa dan kadang-kadang ada orang yang memang tak selesa untuk melihat kebahagiaan orang lain..manusia tak sempurna untuk puaskan hati semua orang dalam satu masa.. muhasabah diri tanpa perlu menuding jari atas kelemahan hdup org lain..kita tak sempurna hakikatnya..

kdg2 dlm idup ni kita xleh nk puaskn hati smua org. yg penting kita tau pe yg kita buat, should be enough la kn. cheer up k! jgn stress2 sbb mende2 remeh (^_^)

kita orang malaysia ni, ada budi bahasa kita.. kalau bertegur untuk tujuan yang baik, mesti ada berlapik sikit. kalau teguran yang baik, kita ubah. :)

YA. betul. kita tak dapat nak puaskan hati semua orang. memanglah. tapi bukan ke ada cara yang lebih bagus untuk menegur selain menghentam terang-terangan?.tak berhemah rasanya. ..kalau silap ke tegur la kat inbox ke kan..semua dalam dunia ni tak perfect. ada ke manusia yang terlalu sempurna?? kalau ada meh cer citer cer citer sikit. ahahaha.

i know u can go through all this things..you go girl...i alwys beside u...

~Sepetang Bersama Hunny Madu~

on Monday, January 17, 2011


Assalamualaikum...i'm back...daadaadaadaa

Hekhekhek...rajin tak saya update blog sekarang ni...hahaha...sekarang ni jer laa rajin...nanti bila dah malas 1 minggu sekali pun tak de new entry kot..kikiki..

Sokeyyy now nak storry best moment with my dear Soul Sister "Hunny Madu"...baru2 ni dapat invitation dr Hunny tuk joint Hunny punya Photoshoot..so memang tak melepaskan peluang laa kannn...bab kata org "Rezeki Jangan Ditolak" lagipun tak baik menghampakan permintaan orang..cewahhh gitulaakan..hehehe..photoshoot & makan petang..enjoy sangat sepetang bersama Hunny Madu & new fren..dari pukul 2pm
hingga kul 5pm jugak laa..jumpa beberapa kenalan baru...sorry laa my dear tiba2 I jadi seorang yg pemalu pulak..kikiki...sampaikan you & abang ayie pun hairan tengok I pendiam kannnn..hahaha...tak pasal-pasal ku jadi bahan kejap :P Actually I mmg pemalu laa..kadang-kadang jer I tak reti duk diam..tapi selalunya pemalu...hahaha.. boleh cayer ker???tapi hunny & abang ayie ckp tak cayer..adehh ni nk kena nyanyi lagu Dato CT ni..."Percayalahhhhh..." hehehe..but walapun I PEMALU on that day..i tetap enjoy with you all..makan-makan..borak-borak...story mory..nak-nak gosht stories you all yang buat I tak boleh tido malam after that...LOL..scary duhhh...

BTW mesti korang tertanya-tanya kan what happend with her arm??sepatutnya malam Anugerah Skrin on 24th December 2010 Hunny perform with Terima Kasih Cinta team...but masa full dress reharsal 23th December 2010 after perform atas stage tiba2 terjatuh masa nak ke belakang stage...so tu yg tangan dia injured..kesian kakakku kan..sedih kot tengok dia time ni...btw sama2 laa kita doakan moga Hunny cepat sihat k...i know she's a MISS STRONG that why laa dengan keadaan camni pun dia masih gigih bekerja...cayalahhh sista...& one more things thanks a lot Hunny coz invite me..I lalalalav you more...muahhhhh..hope next time boleh lepak-lepak camni lagi ya..that is second time da great moment i have with u for this year...ohsem pohsem!!!
***Because Of You saya disitu WINKKKK***

ok jom layan pict2 d bawah...






p/s : coming soon!!!!dapatkan d pasaran ahaksss...tp x nk cakap majalah apa.. bolehhhhh???hehehe...

~Seharian Bersama Shylla Famly~

on Saturday, January 15, 2011

Assalamualaikum...tak jawab dosa..jawab sayangggg(now i miss this word form u Maria...be strong babe..i love the way u are!!!)

MEMORI TERCIPTA yg cukup INDAH tuk tahun baru ni...dah agak lama jgk laa plan tuk ber "potluck" ni...akhirnya berjaya jugak...POTLUCK & BESDAY SYADA sekali....TQ to Shylla & Famly atas layanan semalam...kami sangatt enjoy...dr org yg ptama smpi & org terakhir balik..hehehe...sorry laa telah menghuru harakan rumah kalian..kikiki...

Kul 12pm kuar g shah alam pick up kak huda...lps tu g Sacc Mall jap bli Big Apple tuk d bawa..terus ke KL amk Dayah & Kak Zue..lps tu terus ke rumah Shylla...nasib baik kali ni x sesat..wahh dah terror jalan dah Aida...syabas..hahahaha..smpi2 diaorg x ready lg..hahaha..mana taknya..portluck kul 3pm...tp sblm 2.30pm dah smpi..hahaha..ku ingtkn takut tersesat tu yg gerak awal tu..tp xde laa awal..dekat2 kul 2 kot gerak dr kerinchi...smpi2 Ayu OIAM dah ada...yg lain xde lg...so lepak2 dulu..siap tolong2 potong buah buat air lg..kikiki...kitaorg mmg nk dtg awal sbnrnya...sbb kitaorg suka jd org dapur...hahaha....

Dr sesi masak2..lepak2..mkn2...gosip2...main guitar..nyanyi..karaoke...macam2 laa...FUN sangat...tq u all...makanan pun best2...esp kuah teow yg shylla masak...terbaekkk dr ladang...tp pedas sgt laa dik non...nangis akak mkn :P ratu makan jatuh pd AYU..hahaha..kuat makan minah ni..tuk baby konon...hahaha...padahal maknya nk mkn..wekkk..kikiki..ok layan laa pict2 ni..thanks again to shylla & aunty for da invitation...love u all...
#Besday Gurl Syada#

#With Shylla#

#With Syada#

#With Ayu#

#With Azreal#

#Lurve CAT#


#Random#







#Yuna Wannabe hahaha#

p/s : credit pict to Kak Huda & Pejal

~Hati Seorang Sahabat~

on Friday, January 14, 2011

Bila aku tidak menyapa
Pasti aku tiada disapa
Bila aku tidak bertanya khabar
Pasti tiada siapa yang akan bertanya khabarku
Bila aku tidak memulakan sms
Pasti tiada siapa sudi menghantarnya padaku
Bila email tak kukirim
Tiada jugalah email yang kuterima

Kenapa?
Apakah tiada siapa pun yang ingat padaku?
Apakah tiada siapa pun sudi menyapaku?
Apakah tiada siapa pun sudi bertanyakan khabarku?
Apakah tiada siapa pun masih menyimpan nombor HP ku?
Apakah tiada siapa pun masih ingat alamat emailku?

Bila aku meluahkan masalahku
Pasti ada yang berkata masalahmu kecil sahaja
Bila kuluahkan masalah lebih besar
Pasti ada yang berkata kau manusia bermasalah

Lalu apa?
Apa yang kau perbuat untuk membantuku?
Apa tindakanmu bila mengetahui masalahku?
Memberi nasihat?
Ya memang kau beri nasihat
Tapi itu setelah aku yang datang meminta
Bertanya khabar?
Tidak sama sekali
Melainkan jika aku yang memulakan dulu.
Menghantar email?
Juga tidak!
Jika bukan aku memulakannya

Konon, katamu masalah perlu dikongsi
Yah, sememangnya kau berkongsi masalahku
Tapi kau cuma berkongsi ceritaku
Bukan berkongsi kesedihanku
Lalu pada siapa nak kuadu?
Pada kerusi, pada meja yang kaku
Seperti yang pernah kausarankan?

Aku sedar kau ingin lari meninggalkan aku
Setelah duri jiwa kuceterakan
Meskipun itu satu pengkhianatan bagiku
Tak mengapa, aku terima…redha…
Jika sudah begitu hati seorang sahabat!

~Hadapinya dengan Tabah....~

Walaupun aku menghadapi satu peristiwa yang takkan aku lupakan sampai bila-bila... tapi aku cuba tuk menghadapinya dengan tenang...walaupun kemarahanku sudah reda.. tapi hati yang terluka dan berparut ini takkan aku lupakan..bila dan macammana akan pulih bergantung kepada kesediaan aku melupakan segalanya..kesakitan yang aku hadapi skrang ini bagaikan satu beban yang tak tertahan rasanya..tapi aku akan buat TAK TAHU dan TAK PAHAM pada suasana disekelilingku...biarlah apa orang lain kata..dah puas aku menjaga dan memuaskan hati dan perasaan orang lain..sedangkan perasaan sendiri dah terlalu lama aku biarkan...aku akui..aku bukan insan yang sempurna.. masih banyak kekurangan dalam diri ini...tapi aku akan hadapinya dengan tabah.. dengan kuat...in fact lebih kuat dari dulu..dan kali ini aku akan mengekalkan sikap PENTINGKAN DIRI..kalau itu yang dapat membahagiakan aku...Sudah terlalu lama aku mendiamkan diri...semakin aku berdiam...makin kuat macam-macam perkara yang aku dengar....apa yang aku buat..hanya berdetik dalam hati "sabarlah..banyakkan bersabar...kuatkan hati..biarlah apa diarong ckp..biarlah dia buat kat aku.. biarlah..biarlah..."sampai aku jadik muak ngan sabarlah..biarlah...memang dalam agama pun kesabaran itu di tuntut dalam hidup semua orang...tapi kesabaran aku ada hadnya..sampai bila aku akan teruskan hidup aku camnie....aku dah mulai bosan ngan kerenah diarong semua nie...Aku takkan mengatakan aku baik..tapi setakat ini.. sesiapa kawan yang susah..ada masalah..kalau aku tak dapat tolong denngan wang ringgit aku mesti tolong sekurang-kurangnya bagi sokongan atau apa2 sebarang bentuk bantuan..bukan aku mengungkit..aku tak mengungkit..aku ikhlas..walaupun aku penah kena tipu berkali2..tapi aku mudah kesian..dan susah hati bila tgk kawan2 aku susah hati...tapi bila aku ditimpa saat begini..aku perlukan sesiapa saja yang dapat menenangkan hati dan perasaan aku yang berkecamuk.aku tak mintak dibantu, cukuplah bertanyakan khabar..cukuplah dengan kata2 yang boleh buat aku tenang dan boleh buatkan hati ku lega bila meluahkan segala apa yang terpendam dalam hati ini..tapi bila ini terjadik....semua melarikan diri...membiarkan aku...tanpa sms..tanpa panggilan..NONE ZERO..tidak masa diaorng perlukan bantuan aku...tak kira masa aku tetap melayan luahan hati org lain...takde seorang pun yang datang tanyakan khabar.. sume sepi...selama ini bila semua ditimpa masalah..menangis..aku lah tempat diarong mengadu...akulah yang membantu sedaya upaya ..aku yang tak tido malam mengenangkan nasib kawan2 aku yang susah...TAPIIIIIIIII...bila camnie..barulah kita kenal sape kawan sape lawan.....Ntahlah aku pun tak tau...dengan fikiran aku yang berkecamuk ni..inilah yang aku dapat luahkan...

~Curhatku~

on Wednesday, January 12, 2011

Assalamualaikum...tak jawab dosa..jawab sayang...hahaha Maria i copycat u :P

Memang benar hidup ini seumpama lukisan senja yang dihias dengan warna jingga berbalam-balam.. Menerawang ke angkasa dan menebarkan kesyahduan yang maha agung.. dan selalunya dengan perlahan dan tanpa sedar kadangkala kesyahduan itu meminggirkan diri dan membenarkan gelap malam mengulir..dan aku dalam saat ini seperti senja yang menanti malam sambil mengintai kalau-kalau bintang turut hadir bermain dibibir kesepian..dan tika ini juga membuat hati begitu merindui segala yang ada ketika senja ini berlabuh lembut di pantai kenangan..sering aku bertanya pada alam apakah aku masih punya masa untuk mengira bintang atau aku terpaksa membiarkan segalanya tanpa sebarang rasa..segala berlalu begitu sahaja tanpa dapat menggapai apa yang dinamakan rasa yang begitu dalam..sebenarnya tanpa aku sedar,aku telah melihat hidup dari sudut yang silap..rupanya bila aku melihat melalui dimensi lain perbezaannya amat ketara..rupanya cinta itu bagiku amat indah jika dilihat dengan bahagia..kasih itu terlalu suci jika disentuh dengan rasa ikhlas..jiwa itu sentiasa akan tenang jika disulam dengan rasa percaya..sayang itu semakin jelas jika dielus dengan bayu kejujuran..dan hidup itu akan semerah senja nan berlabuh..tenang dan menenangkan.. indah dalam kenangan..lembut dalam dakapan..seperti masa yang berlalu..musim yang sering bersilih..akurlah dengan ketentuan yang hakiki tanpa membantah..segalanya adalah setelah aku melihat hidup melalui mata hatimu..sesungguhnya semoga kekal rasa ini sehingga aku menutup mata..

~Bila Rindu~

on Thursday, January 6, 2011

Bila rindu
Kupejam mata mengenang mu
Seakan engkau di sisiku
Diriku di rantau orang

Sungguh mesra
Pelukanmu masih terasa
Cintamu yang suci abadi
Terbayang siang dan malam

Walaupun kini kita berjauhan
Wajah dan senyumanmu di hatiku
Kau tahu ku takkan mengembara selamanya
Tunggulah sabarlah kukan kembali

Dugaan hidup telah kita tempuhi
Kini semuanya telah berlalu
Kau tahu ku takkan mengembara selamanya
Tunggulah sabarlah ku kan kembali
Oh sayangku

Bila rindu
Kupejamkan mata
Seakan kau di sisiku
Terbayang siang dan malam
Oh tunggulah sayang
Oh sabarlah sayang
Kukan kembali, kukan kembali

~Chillex~

Assalamualaikum..
Sejak akhir2 ni i suka baca this blog ..it's so funny...sometime i tergelak sorg2 dpn laptop ni bila baca this blog & tgk video dia..you guys can catch up her funny video on her blog..gerenti x kering gusi..LOL..this is Maria Elena ...she's awesome...hilarious babe!!...sebenarnya i tau this blog from your cazen Hunny Madu....skali bila i baca mmg funny giler..betul laa ckp Hunny...i ingt sblm ni Hunny dah "crazy" laa..tp she's said..no...actually Maria & Ami lg crazy dr Hunny..hahaha..u all mmg terbaekk laa..nanti nk request u all bertiga buat 1 video ekk..Maria, Hunny & Ami...wahh mesti kecoh kn...btw nice to know u maria.....klu i bosan2 & tension2 tgk video u mesti tergelak :)sambil2 tu jom kawan2 kita layan blog Hunny Madu sekali...antara blog yg sentiasa ku baca..i miss to watch ur video..dah lama xde video baru kat ur youtube kn :(...both of you make my day babe's..tqqqqqq..keep update :)

Ok..this video for you girls how to wear hijab everyday...also u can catch up on her blog to see photo step how to wear hijab....klu my bestfren ALIAH tgk mesti dia suka...dia mmg suka bab2 melaram ni..nanti i suggest dekat dia suruh baca ur blog...winkkkk..i pun nk try laa pakai camni..hehehe..

~Say Hello 2011~

on Saturday, January 1, 2011

hello 2011,

Assalamualaikum..tak jawab dosa..jawab sayang..hehehe
Happy New Year everyone. :)

2011, WELCOME! and I feel so sad when I should say GOOD BYE 2010, you know why?? 2010 give me a lot of memories..alhamdulillah..tahun lps adalah tahun yg mengembirakan bgku… semoga segala yg indah dalam 2010 mjadi kenangan yg bermakna dlm kehidupanku utk mgajarku erti kehidupan..tq for person always there for me for the past & this year..mengenali mu adalah anugerah yg terindah yg penah ku kecapi…wahaha

azam tahun baru? owhhhh, nooo! i better don't list down any new year's resolution. i pernah buat for past years and hehehe, tahun bila yg i pernah ikut da list pun i tak tau. i think NEVER! lol.;p yeah i'm useless. or people usually say 'all the less2'. weekkkk. i can't really depend on a list of resolution. and i tak pernah berubah. gzzz. i'll only change if i want to. wehooo. saya teruk? dun worry. as long as i tak kacau hidup u, i don't care i teruk ke tak. hahaha. *but i guess i'm not that terrible. erm??

but honestly, i need to change myself. since i'm turning 25, i'm not a kid anymore. and i guess i have to be more matured. errr? wth of being so matured? taknakkkk!!! okay, korg tarik nafas skrg. cuba fikir. takkan bila dah 25 ++ nanti korg nak main mcm bdk2 kann. at least kalau korg perngai like a 5 years old kid skrg pun org still boley terima. ermm? ahh, i'm just crapping! okay forget it. then what shud i change? weekkkk. nothing to change kott. hahaha. i have to concentrate more on my future perhaps. wooo. hard to do that i guess. am i too playful? ermm. ahhh, malas nak fikir. penat la fikir2 ni. haha.

okay. i know what i want now. "play hard, and working hard!". yeah that's what i want and need to do for this year…nk lebih serius dalam carier..hope this year dapat kerja yg lbh terjamin(smlm pun dah dapat kata2 nasihat & smgt dr someone about my kerjaya…tq my dear soul sister..for ur advise & caring)… i can't stop playing. noooo! don't ask me to do so. but u can always help me in reminding me to play and work hard. thank you. lol.;p but I think I want more focus about my kerjaya & future…can can or can cannot :) cannn laaa *i just need to balance it. bukan mengurangkan salah satu drpdnya..sbb tu ku suka kerja sambil main2..but at the end kerja siap & kita capai target kita dalam kerja..ya dak??. whee!

nak kurangkan pembaziran. owhhh plz, i've been working hard to achieve it but i failed to do so. *can someone help to control me plz? lol;p tahun ke tahun, benda ni akan jadi senarai pertama utk dilaksanakan tp when it comes to end of year, ni la yg paling tak tercapai. bila shopping, i tak pernah fikir benda lain selain beli dan beli. and at last, kadang2 tak guna pun apa yg beli. erghh. stooopid me. sooo stooopid. useless useless! nahhh. saya mmg tak blh diharap. =_= a’aaa smlm pun last on 2010 smpt jugak ku shopping..hbs 1 sg wang ku jelajah smpi sakit kaki2…akhirnya beg & baju dah dlm tangan…lol…mmg sah x berubah..stop it Aida…you should manage ur kewangan for kenduri esok2…nanti nk kawin xde laa kelam kelibut..hahaha…kita kna piker masa depan gak…ahakss..doakan yg terbaek k..

Kawin???hohoho yg ni mmg tak boleh nk lari…every year every month mesti ada jer yg tanya..ehh you bila lg nk kawin???nak2 klu balik kg..huhuhu rmainyaa yg bertnya...giler x nk kawin…mesti laa nk..Cuma jodoh belum sampai lg..ahakss(jawapan nk sedapkn hati ni..)smlm SOMEONE cakap kat me..it’s ok…you muda lg…dulu I target nk kawin when I 30..but jodoh I sampai awal..so I terima jer laa…alhamdulillah…you blh tumpukan pd carrier & famly u dulu…kukuhkn kewangan….insyaallah one day tiba2 muncul MR RIGHT & he say “Would you marry me??” hahaha ged’s :P..but satu jer yg ku pinta..ku ingin seseorang yg ikhlas menyayangi diriku & mencintai kekurangan ku..senang cite…terima diriku apa adanya…aminnn so now tahun ni misi tuk mencari MR RIGHT..hahaha..tahun dpn leh langsung….date dah pilih ni…wakakaka..GEDIKKKK sangat :P

I think this is da time tuk ku berubah…nk ada satu perubahan dalam diriku..nk jadi seorang yang baru..seorang yg kuat,matang,tabah,berdikari dan sbginya laa…but not totally change..i tetap cam aida yg korang kenali dulu..Cuma perubahan ni tuk ke arah yg lebih positive & lebih menjamin kebahgiaanku d dunia & akhirat..insyaallah…I start to look forward and choose what true the best for my future an I gain knowledge so much..I’ve learnt many new things from what happened to me before this…and the same time I judge which is bad or good..I’m very open but yet, I know where is the limit…fuhh mmg grown uplah…hahaha but theres a lot more things I need to discover…and this is so amazing..It’s time to start a new life..

ada lagi? erm, i can't think of anything for now. *kanak2 perlukan lebih rehat berbanding adult. nanti otak tak jalan. moshi moshi. ;pp

so, see ya in my next post. Happy New Year sayangku sekalian….I juz hoping that 2011 will give more miracle & happiness..May God bless us..Amin..Thanks to all people in my life that had be with me all of past & this year…

p/s : Semalam after shpng smpt celebrte New Year End d tepi tasik sambil menyaksikan air pancut & bunga api tanpa berasak2 dgn org ramai...sungguh damai sekali..sekali sekala x bersesak2 ngan org ramai yg mlayan konsert best jugak...cam release jer tension kn...big love to my honey bunny & abg hazri for the best port tuk lepak...sronok bercerita..dr about my carrier..my famly...smpi sebak ku menahan air mata story about arwah abang :('
tq for everything..love u more xoxo

© Copyright by Memori Tercipta | Template by BloggerTemplates | Blog Trick at Blog-HowToTricks