Aida Arisya In D' House

Aida Arisya In D' House



Pada Yang Esa kupohon... agar apa saja yang kubicara, tidak menjadi racun untuk sesiapa, tetapi penawar hati dan budi. Pada Mu Tuhanku... kupohon kekuatan agar jejariku mampu untuk menghulurkan sesuatu, yang akan menjadi halwa minda buat yang membaca bisikan hatiku. Berbicara setulus kata. Berkata dari hearty yg indah berbahasa..~ Kata-kata bukan dusta tp, patah-patah yg puitis ikhlas dari jiwa yg ada!! BlOg ini memberi peluang insan yg kerdil menuturkan bicara seketika selagi ada dayanya!!~ SEUKIR SAYANG, SECANGKIR KASIH, & SEKELUMIT CHENTA!!~

Followers

CLICK ME!!!

~Teater Muzikal Tun Mahathir 2~

on Tuesday, January 25, 2011


Atas permintaan ramai & sambutan yang hebat,Teater Muzikal Tun Mahathir terbitan CTRA Production dipentaskan semula dari 21 - 30 Januari 2011 di Istana Budaya. Layari www.ticket2u.biz & call 03-4026 5558 / 03-4147 8600 / 03-6186 6592.

Sinopsis
MENCERITAKAN bagaimana kehidupan zaman kanak-kanak,keluarga,rakan-rakan,pendidikan, penjajahan dan segalanya yang menjadi motivasi kepada Tun Dr.Mahathir Mohamad untuk menjadi pemimpun yang ulung.Sifat kepimpinan beliau terserlah sejak zaman kanak-kanak lagi.Beliau mengetuai penentangan terhadap Malayan Union dan kemasukan tentera Jepun.Perjalanan hidup sebagai seorang doktor Melayu yang ingin membantu bangsanya dan ahli politik yang ada pasang surut juga ditampilkan.Begitu juga tentang dilema dan kejayaan yang digapainya semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.Keseluruhannya digambarkan dalam bentuk dialog, lirik lagu dan gerak yang disesuaikan dengan fakta sebenar yang diperakukan oleh Tun Mahathir sendiri.

Barisan Pelakon

Esma Daniel sebagai Dato' Seri Dr. Mahathir
Ezany Nizariff sebagai Dr. Mahathir Remaja
Elly Mazlein sebagai Datin Seri Dr. Siti Hasmah
Misha Omar sebagai Dr. Siti Hasmah Remaja
Dato' AC Mizal sebagai Aziz (Kawan CheDet)
Sarimah Ibrahim sebagai Susur/Pencerita
Azean Irdawaty sebagai Mak Bidan
Datuk Jalaludin Hassan sebagai Mohammad Iskandar (bapa tun Mahathir)
Mohd Syafieq Shazwan (Afiq Idola Kecil) sebagai CheDet masa kecil

Baru2 ini sempat ku menyaksikan Teater Muzikal Tun Mahathir 2 (kali ke3 ku tonton teater kat IB setelah layan Cuci The Muzikal 2 & Siti Di Alam Fantasi 2) opsss baru ku perasan asal semua teater yg ku tengok semuanya tayangan ke2…hahaha..ku baru parasan…whateverrrr…

Ok laa..last minit punya plan ni…seperti yg di katakana td..tuk MTM 1 ku tak sempat nk layan..tapi ramai cakap yang pertama best..mybe sebab ada Erra Fazira kot…dr segi jalan cerita & lakonan ok laa…best…lakonan yang paling berkesan dalam MTM 2 ni Esma Daniel…good job bro…& yang lain..semua best…ku paling suka part Misha & Ezany nyanyi masa konon2 nk g tuisyen..alih2 dating..hahaha..best lagu tu…jiwanggg beb..feeling jap ku layan lagu tu…dah lupa tajuk apa..hehehe..nanti nk g tanya kak Ah jap :P Ohh x lupa jugak peranan Sarimah yg menceriakan pentas ngan lawak2 dia sebagai pencerita..Well done tuk Muzikal Tun Mahathir team…sapa2 yang belum g tengok baik korang g smtara masih dpentaskan…


2 comments:

atenzone said...

feewittt.
selendang tu. :)

Aida Arisya said...

knp ngan selendang..hahahha

© Copyright by Memori Tercipta | Template by BloggerTemplates | Blog Trick at Blog-HowToTricks