Aida Arisya In D' House

Aida Arisya In D' House
Pada Yang Esa kupohon... agar apa saja yang kubicara, tidak menjadi racun untuk sesiapa, tetapi penawar hati dan budi. Pada Mu Tuhanku... kupohon kekuatan agar jejariku mampu untuk menghulurkan sesuatu, yang akan menjadi halwa minda buat yang membaca bisikan hatiku. Berbicara setulus kata. Berkata dari hearty yg indah berbahasa..~ Kata-kata bukan dusta tp, patah-patah yg puitis ikhlas dari jiwa yg ada!! BlOg ini memberi peluang insan yg kerdil menuturkan bicara seketika selagi ada dayanya!!~ SEUKIR SAYANG, SECANGKIR KASIH, & SEKELUMIT CHENTA!!~

Followers

CLICK ME!!!

There was an error in this gadget

~Teater Muzikal Terima Kasih Cinta~

on Thursday, January 27, 2011


Teater Muzikal Terima Kasih Cinta diterbitkan The Creative Partnership. Pementasan teater muzikal Terima Kasih Cinta bakal berlangsung di Istana Budaya pada 17 Februari hingga 6 Mac 2011.

Pelakon teater muzikal Terima Kasih Cinta diumumkan di penghujung segmen persembahan khas teater muzikal tersebut di Anugerah Skrin yang berlangsung di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur baru-baru ini. Senarai pelakon yang terpilih ialah penyanyi era 70an Latiff Ibrahim, penyanyi, pelakon drama dan teater yang disegani ramai, Safura, penyanyi Deja Moss, Faradhiya, Shajiry, Nadia Aqilah, bekas juara Akademi Fantasia 1 Vince serta pelakon berbakat Norish Karman dan Tony Eusoff.

Juga terpilih ialah dua puluh pelakon pembantu antaranya penyampai Hot FM Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid (Leya), penyampai Fly FM Hani Farhana Mohd Hatim (Hunny Madu), pelakon drama Syurgamu Ramadhan Muhammad Nabil D'Zulkifli, penyanyi dan pelakon Syamsul Hirdy Muhid, pelakon teater Tengku Iedilzuhri Putra Tengku Alauddin dan Ayu Shuhara Sulaiman, bekas bintang Akademi Fantasia Asiahtunakma Abdullah, Elliza Abdul Razak dan Mohd Qhaud Abdul Rashid. Selain itu, turut terpilih ialah Fitri Hiswandy Hasan Nordin, Nur Akhtar Mohmad Amin, Nik Nur Amalin Nik Musauddin, Azwana Aladip, Mohammed Azam Abdullah, Azizul Ammar Abu Hassan, Fadzly Izzat Razman Sham, Mohd Fairuz Mohd Tauhid, Hana Amira Mohd Hatim, Sufinah Abu Bakar dan Mohammad Farhan Mohammed Khalil.

Tiket bagi menyaksikan pementasan teater muzikal Terima Kasih Cinta sudah boleh dibeli sekarang. Bagi yang ingin membelinya secara online, boleh layari Tiket2u.biz atau pun menghubungi talian hotline 03-4147 8600 dengan segera. Harga tiket untuk menyaksikan pementasan yang diadaptasi dari filem CINTA itu berharga RM30, RM70, RM100, RM150, RM180, RM200, RM250 dan RM300.

Sumber: Gua.com.my

P/S: Heyyyy korangggg ayuh kita gegarkan Istana Budaya 17 Feb nanti..jom kita set date kita tengok ramai-ramai...rogger me k kita pilih date nanti...

0 comments:

© Copyright by Memori Tercipta | Template by BloggerTemplates | Blog Trick at Blog-HowToTricks