Aida Arisya In D' House

Aida Arisya In D' House



Pada Yang Esa kupohon... agar apa saja yang kubicara, tidak menjadi racun untuk sesiapa, tetapi penawar hati dan budi. Pada Mu Tuhanku... kupohon kekuatan agar jejariku mampu untuk menghulurkan sesuatu, yang akan menjadi halwa minda buat yang membaca bisikan hatiku. Berbicara setulus kata. Berkata dari hearty yg indah berbahasa..~ Kata-kata bukan dusta tp, patah-patah yg puitis ikhlas dari jiwa yg ada!! BlOg ini memberi peluang insan yg kerdil menuturkan bicara seketika selagi ada dayanya!!~ SEUKIR SAYANG, SECANGKIR KASIH, & SEKELUMIT CHENTA!!~

Followers

CLICK ME!!!

~Happy 100th International Women's Day!~

on Monday, March 7, 2011

Hari ini 8hb March 2011 adalah Hari Wanita Sedunia ke-100. Selamat Hari Wanita buat semua wanita. Tapi yang ala-ala wanita tak leh masuk senarai, walaupun korang tu rasa lebih cantik, lebih lembut dari wanita hikhikhik...opsss

Semoga kita terus menjadi wanita yang dikata bisa menggoncang dunia bab kata pepatah "Tangan Yang Menghayung Buaian Mampu Menggoncang Dunia"..

Ucapan teristimewa tentulah buat My MOM, “Terima kasih kerana melahirkan...mendidik & menjadikan saya seorang WANITA yang mampu berdiri di atas kaki sendiri sampai ke hari ini...Ma..Kaulah RATU hatiku...” Juga buat saudara-saudara perempuan, adik-adik perempuan saya, teruslah menjadi wanita hebat yang mampu membuat Bonda bangga & tersenyum. Aunty-aunty saya yang selalu mewarnai kehidupan kami sekeluarga...Cazen2 perempuan ku yg sometime agak terserlah ke nottyannya tp menghiburkan..thanks for being a part of my life...Kakak2 tersayang walaupun pd hakikatnya xde kakak...but i'm so lucky d kelilingi kakak2 yang mengasihi diri ini walaupun bukan adik kandung :P ..Adik2 angkatku, my BFF....Gurlzfrenz2 ku...kalian adalah wanita terhebat yeahh GIRL POWER!!!

"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik"
Ibnu - Majah
Warkah buat Hawa..
Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.


Hawa…
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.


Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.


Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.


Hawa…..
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.

0 comments:

© Copyright by Memori Tercipta | Template by BloggerTemplates | Blog Trick at Blog-HowToTricks