Aida Arisya In D' House

Aida Arisya In D' House



Pada Yang Esa kupohon... agar apa saja yang kubicara, tidak menjadi racun untuk sesiapa, tetapi penawar hati dan budi. Pada Mu Tuhanku... kupohon kekuatan agar jejariku mampu untuk menghulurkan sesuatu, yang akan menjadi halwa minda buat yang membaca bisikan hatiku. Berbicara setulus kata. Berkata dari hearty yg indah berbahasa..~ Kata-kata bukan dusta tp, patah-patah yg puitis ikhlas dari jiwa yg ada!! BlOg ini memberi peluang insan yg kerdil menuturkan bicara seketika selagi ada dayanya!!~ SEUKIR SAYANG, SECANGKIR KASIH, & SEKELUMIT CHENTA!!~

Followers

CLICK ME!!!

~{ALBUM} Najwa - Innocent Soul Album Showcase~

on Thursday, March 17, 2011

 
 Innocent Soul
Selepas menghabiskan penerbitan dan rakaman album beliau, Najwa menetapkan 17 Mac 2011 sebagai tarikh untuk melancarkan album terbarunya, Innocent Soul. Album ini diterbitkan bersama Widi Puradiredja, "nadi" untuk kumpulan Maliq & D'Essentials, kumpulan "urban soul" dari Indonesia.

Kebanyakan lagu-lagu dari album ini telah diterbitkan di Jakarta bersama pemuzik-pemuzik yang tersohor dari benua ini menjanjikan bahawa album ini akan menjadi satu album "must-have" tahun 2011.
Pada pukul 8 malam, bertempat di ECOBA, B-G-02, Level 1, Menara Bata (Tower B), PJ Trade Centre 8, Jalan PJU 8/8a, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor…Showcase tersebut berjalan dengan lancar dengan sambutan di luar jangkaan oleh peminat-peminat, keluarga dan rakan-rakan artis yg turut sama hadir memberi sokongan memenuhkan segenap ruang legar ECOBA…Pujian & sekalung tahniah buat Najwa…you did a great job…

Najwa
Najwa Mahiaddin, 25, penyanyi yang membawa muzik soul yang mempunyai suara yang power sedang naik dengan pantas. Lantunan suaranya mencabar banyak minda untuk mencari siapa pemilik nama ringkas ini. Dia hadir pada waktu yang tepat iaitu ketika umum sedang meneliti dan menghargai bakat baru yang punyai identiti tersendiri. Najwa yang kini sedang sibuk menghabiskan pengajian beliau di Berklee College of Music, Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat berjaya melahirkan album sulung yang berjudul Innocent Soul. Pernah berduet bersama Malique Too Phat menerusi lagu “Kau Yang Punya" yang sentiasa bermain di stesen2 radio tempatan. Menerusi lagu "Got To Go" yang semakin mendapat sambutan dan mendapat tempat d hati peminatnya dan juga menjadi ranking teratas dalam carta stesen-stesen radio terutamanya Flyfm Campur Chart.

Menyebut nama-nama hebat seperti Ella Fritzgerald, Jill Scott dan Erykah Badu sebagai penghembus inspirasi dan nadi telinganya, kita tahu yang Najwa bukan datang dengan bakat dan jiwa yang kosong. Berakar umbikan nama seperti itu sudah cukup meyakinkan bahawa minat yang mengalir mempunyai pengisian yang benar.

Malah inspirasi lagu dan fesyen yang berjalan seiring menampakkan gadis ini mempunyai originaliti yang tidak dibuat-buat. Realitinya, dalam aliran pengetahuan Najwa kini terkandung dua subjek yang berbeza.

You must have “Innocent Soul” diterbitkan Nada Biru Muzik Sdn Bhd edaran Warner Music
Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini :
1- Got To Go
2- Sweet October
3- Go ‘Head
4- Jealousy
5- I’ve Got The…
6- Monday Blues
7- How Long Must I Wait
8- Ain’t That A Shame
9- Innocent Soul
10- Your Love ‘05

Facebook : Facebook.com/najwamusics
Najwa " I hope this album touches your heart, make you smile, brings tears to your eyes, makes you want to fall in love, gives you hope and strength and heals your soul"
Note : I'm waiting Hunny Madu Album coming this May...yeahhh...wahh ada tugasan nmpaknya ni...okey "Janji tetap janji" i work hard for that sista...i try my best..everything for you..hikhikhik

 

0 comments:

© Copyright by Memori Tercipta | Template by BloggerTemplates | Blog Trick at Blog-HowToTricks