Aida Arisya In D' House

Aida Arisya In D' House



Pada Yang Esa kupohon... agar apa saja yang kubicara, tidak menjadi racun untuk sesiapa, tetapi penawar hati dan budi. Pada Mu Tuhanku... kupohon kekuatan agar jejariku mampu untuk menghulurkan sesuatu, yang akan menjadi halwa minda buat yang membaca bisikan hatiku. Berbicara setulus kata. Berkata dari hearty yg indah berbahasa..~ Kata-kata bukan dusta tp, patah-patah yg puitis ikhlas dari jiwa yg ada!! BlOg ini memberi peluang insan yg kerdil menuturkan bicara seketika selagi ada dayanya!!~ SEUKIR SAYANG, SECANGKIR KASIH, & SEKELUMIT CHENTA!!~

Followers

CLICK ME!!!

~Rindu yang terubat~

on Sunday, March 20, 2011

Pertemuan singkat itu cukup menggembirakan aku
Mengubat rindu di hati akan sebuah pertemuan dgnmu
Walaupun bukan sebuah pertemuan di alam nyata
Namun ku tahu ia bakal menjadi suatu realiti
Dengan izin Allah Yang Maha Mengetahui

Saat itu menjadikan hatiku yg hiba ini terasa lapang dan tenang
Kerana merasakan tempat itulah yang terbaik dihadiahkan buatmu
Kita bertemu di sebuah taman indah dihiasi bunga2
Yang tak tergambar indahnya
Bunga2 yang kembang mekar menjalar tinggi hingga ke langit
Menghiasi taman itu
Kilauan cahaya memancar di setiap sudut itu
Nuur yang sentiasa mengelilingi tempat indahmu itu
Bagaikan kilauan permata yang mempesona
Kau tersenyum melihatkan aku dan usrah kita
Terlalu kagum dan bagai tidak percaya akan semua itu
Kau bawa kami ke tempat seindah itu
Kau mahu kami tahu kau terlalu bahagia, tenang dan gembira
Dengan kehidupan baru yang tak tergambar oleh kata2
Wajah kau samar di pandanganku
Namun tetap menampakkan ketenangan dan senyuman manis
Kau bahagia dan gembira hidup di sana

Ingin aku khabarkan pada semua akan pertemuan itu
Ingin aku beritahu pada semua yang kau berada di tempat itu
Yang kau gembira dan bahagia di sana

Ingin aku kongsi kegembiraanku akan pertemuan itu
Akanku sampaikan berita itu pada ma dan baba
Agar mereka turut gembira akan ketenanganmu itu
Terima kasih Allah atas pertemuan itu
Cukuplah sekadar aku mengetahui yang dia bahagia di sampingMu di sana

Persoalan2 aku terjawablah sudah
Pertemuan itu meyakinkan aku kau tenang di sana

Terima kasih Allah kerana memberi aku peluang untuk melihat senyumannya
Mengalir airmata ini tanda syukur
Do’aku ingin melihat dia di alam mimpi telah Kau kabulkan
Walaupun sebentar cuma

Kau umpama mengkhabarkan padaku
Do’a2 kami agar menjadikan liang lahadnya sbg salah satu taman2 indah di syurga telah Kau kotakan
Itu janjiMu yang pasti Kau kotakan buat hamba2Mu yang terpilih
Peliharalah dia Ya Allah di bawah naungan kasih sayangMu
Berterusan hingga ke Jannatul Firdaus

Semoga pertemuan itu akan menjadi realiti buat kami sekeluarga
Apabila tiba masa yg ditentukan olehMu kelak
Hati yang rindukan Ibrahim, Alfatihah...semoga abgku bahgia d sana..walaupun x bersama kami saat ini..Iee sentiasa d hati kami...

Ingatan padanya xpernah luput malah semakin segar dan menjadikan aku seorang yg sgt merindukan pertemuan dgn Tuhan. Semoga setiap langkah kakiku di dunia ini sentiasa diredhai Allah agar bila kematian menjemputku, aku benar2 telah bersedia.
Ya Allah, pimpinlah hati ini agar sentiasa berada dlm redhaMu..

0 comments:

© Copyright by Memori Tercipta | Template by BloggerTemplates | Blog Trick at Blog-HowToTricks