Aida Arisya In D' House

Aida Arisya In D' House



Pada Yang Esa kupohon... agar apa saja yang kubicara, tidak menjadi racun untuk sesiapa, tetapi penawar hati dan budi. Pada Mu Tuhanku... kupohon kekuatan agar jejariku mampu untuk menghulurkan sesuatu, yang akan menjadi halwa minda buat yang membaca bisikan hatiku. Berbicara setulus kata. Berkata dari hearty yg indah berbahasa..~ Kata-kata bukan dusta tp, patah-patah yg puitis ikhlas dari jiwa yg ada!! BlOg ini memberi peluang insan yg kerdil menuturkan bicara seketika selagi ada dayanya!!~ SEUKIR SAYANG, SECANGKIR KASIH, & SEKELUMIT CHENTA!!~

Followers

CLICK ME!!!

~Kisah Rumput Dan Orang Yang Disayangi~

on Tuesday, March 15, 2011

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah…apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Alaaaa, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Hidup neh memang pelik kan...hehe, bile kite try jadi yang terbaik untuk sume orang....orang len akan kata xpayah bek jadi diri kau je. Tapi bile kita ikot pe yang diri kita nak , dalam tak sedar kita lukakan banyak hati. Pastu yang paling sedih bila kita ingat kita da menggembirakan sumone tapi sebenarnye die terluka dan betul la tak semua manusia sempurna dan tak ada yang sempurna selain Dia .

Maybe mende2 neh jadi salah kita sendiri kot, yela bila da lalai dengan nikmat kan kita terus lupakan Dia dan tanpa kita sedar nikmat tu ditarik balik.Bila da ditarik balik tu mula la kita merayu pada Dia untuk nikmat2 tuh. Teruk kan kita. Nasib bek Dia Maha Pemurah dan Penyayang, xpernah sedetik pon lupakan kita even kita selalu je lalai dan lupakan die.

Ya Allah, aku memohon kepada mu agar permudahkan jalan hidupku. Sesungguhnya aku hambamu yang lemah dan mudah leka dengan nikmat-nikmat mu.
Amin.

0 comments:

© Copyright by Memori Tercipta | Template by BloggerTemplates | Blog Trick at Blog-HowToTricks