Aida Arisya In D' House

Aida Arisya In D' House



Pada Yang Esa kupohon... agar apa saja yang kubicara, tidak menjadi racun untuk sesiapa, tetapi penawar hati dan budi. Pada Mu Tuhanku... kupohon kekuatan agar jejariku mampu untuk menghulurkan sesuatu, yang akan menjadi halwa minda buat yang membaca bisikan hatiku. Berbicara setulus kata. Berkata dari hearty yg indah berbahasa..~ Kata-kata bukan dusta tp, patah-patah yg puitis ikhlas dari jiwa yg ada!! BlOg ini memberi peluang insan yg kerdil menuturkan bicara seketika selagi ada dayanya!!~ SEUKIR SAYANG, SECANGKIR KASIH, & SEKELUMIT CHENTA!!~

Followers

CLICK ME!!!

~{ALBUM} Dia...Misha~

on Monday, March 21, 2011

This morning i received this parcel.....Thanks kak misha & sony music

Samihah Binti Omar atau nama komersialnya Misha Omar, 29, yang lahir pada 6hb Januari 1982. Beliau berasal dar Machang, Kelantan dan mula menceburi bidang seni suara sejak berusia 20 tahun setelah menyertai pertandingan Bintang RTM 2001. Populariti beliau memuncak setelah meraih pelbagai anugerah pada tahun pertamanya sebagai artis, dan terus bertahan popular hingga setanding dengan populariti penyanyi wanita lain seperti Datuk Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Liza Hanim dan Jaclyn Victor.

Sejak mula menjadi artis rakaman pada 2002, Misha hanya merakam 3 buah album penuh merangkumi 32 buah lagu yang mana 7 daripadanya bergelar juara carta.Antara album beliau adalah Misha (2002), Aksara (2004) dan Misha Omar (2008)

Sekarang Misha muncul dengan sebuah album kompilasi yang berjudul Dia...Misha dimana ia memuatkan lagu-lagu popularnya serta 3 buah lagu baru berjudul Berlalu & Detik Antara Waktu serta sebuah lagu nyanyian asal kugiran Alleycats ciptaan sifu Misha sendiri, M.Nasir yang berjudul Kerana. Album ini yang antara lain memuatkan kesemua 8 buah lagu single penyanyi ini yang pernah menginjak tangga pertama carta-carta muzik Malaysia sejak tahun debut pada 2002. Juga memuatkan beberapa buah lagu popular Misha yang lain. Antaranya Bunga-Bunga Cinta, Nafas Cahaya, Cinta Adam & Hawa, Pulangkan, Ku Seru, Dedebu Cinta, Tiada Lagi Tangisan, Riwayat Cinta, Sampai Di Sini, Halaman Cinta, Lilitan Asmara, Jawapanmu, dan Sembunyi.
Dia... Misha
Genre : Pop
Label : Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd
Penerbit : Ramli MS
Dia Misha...Sebuah lukisan rasa, sebuah perjalanan seni yang memotret riwayat hidup seorang insan yang berdiri di pentas hiburan untuk berkongsi cinta, tawa, resah, gelisah dan kecewa menerusi nada dan lagu.

2 comments:

ABSOLUTE said...

ohh ada album baru. kenapa mcm xheboh sngat eh.

Aida Arisya said...

bln april start promosi..tp lgu berlalu dh dmainkn kat radio

© Copyright by Memori Tercipta | Template by BloggerTemplates | Blog Trick at Blog-HowToTricks