Aida Arisya In D' House

Aida Arisya In D' House



Pada Yang Esa kupohon... agar apa saja yang kubicara, tidak menjadi racun untuk sesiapa, tetapi penawar hati dan budi. Pada Mu Tuhanku... kupohon kekuatan agar jejariku mampu untuk menghulurkan sesuatu, yang akan menjadi halwa minda buat yang membaca bisikan hatiku. Berbicara setulus kata. Berkata dari hearty yg indah berbahasa..~ Kata-kata bukan dusta tp, patah-patah yg puitis ikhlas dari jiwa yg ada!! BlOg ini memberi peluang insan yg kerdil menuturkan bicara seketika selagi ada dayanya!!~ SEUKIR SAYANG, SECANGKIR KASIH, & SEKELUMIT CHENTA!!~

Followers

CLICK ME!!!

~Gala Night Nur Kasih The Movie~

on Wednesday, May 11, 2011

Only 7 days to go...Mesti ramai peminat-peminat Nur Kasih kan??...Saya pun antara 19 juta penonton yg mengikuti Drama Nur Kasih ni..so 19th Mei 2011 ni ayuhhh kawan2 saksikan kesinambungan kisah Adam, Nur Amina & Abang Aidil dalam Nur Kasih The Movie.

"Aku kembali kerana masih, mencari yang hakiki, sinar pasti, janji suci yang abadi…"

Pada Isnin 9 Mei 2011 pukul 8pm bertempat di Cathay Cineplex, E@curve, Damansara telah berlangsungnya malam gala filem "Nur Kasih The Movie". Terlebih dahulu nak ucapkan terima kasih kat Abg Aidil kerana kasi "Nur" (mode : budget Nur Amina :P bluwekk hahaha) tiket tuk mengikuti Malam Gala Nur Kasih The Movie...thanks abang...

Malam gala tersebut diserikan oleh barisan para pelakon "Nur Kasih The Movie". Antaranya Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Fizz Fairuz, Sara Ali, Syafie Naswip, Adik Ilyass, Liza Othman, serta ramai lagi...serta x lupa tunggak utama NKTM mr Khabir Bhatia, isteri Mira Mustaffa serta anaknya yang comel khyra...

Antara yang turut kelihatan pada malam gala tersebut Fatimah Abu Bakar serta suami, Leya Hotfm, Sharifah Amani, Dato' Yusoff Haslam serta isteri, Ainul Aishah, Umie Aida, Nur Aliah Lee, Hafiz Hamidun, Sharifah Shahira & Ijoy, Nabil, Sharifah Haslinda, Nas Ahmad dan ramai lagi. Pada malam itu juga Mila turut membuat persembahan dengan mendendangkan lagu soundtrack "Nur Kasih The Movie" berjudul "Bertemu Cinta" ciptaan Hafiz Hamidun. Malam yang penuh gemilang itu turut di hostkan oleh Ally Iskandar.

Sinopsis Nur Kasih The Movie

Filem ini adalah kesinambungan drama Nur Kasih di mana pengakhiran ceritanya, Adam berjaya mendapatkan kembali cinta dari Nur Amina dan Aidil juga begitu berjaya mendapatkan kembali kepercayaan isterinya Aliya. Untuk filem ini, Aidil menjalani kehidupannya sebagai seorang bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu Ilyas, 7, dan Maryam, 5, setelah isterinya, Alia (Ayu Raudhah) meninggal dunia.

Nur Kasih The Movie ini yang turut menjadikan Jordan sebagai lokasi utama penggambaran mengisarkan kehidupan 6 tahun kemudian 3 jiwa yang sentiasa diuji ini. Aidil yang sememangnya seorang lelaki yang tabah kini meneruskan hidupnya bersama dua anak kecilnya tanpa isteri tercinta disisi. Adam yang mula menjumpai jalan lurusnya, berusaha untuk mngekalkan laluannya tanpa menyimpang lagi dan Nur Amina, seorang gadis suci ini semakin kental melalui cabaran hidup sebagai seorang isteri. Ketiga-tiga jiwa ini masih memerlukan antara satu sama lain. Di saat getir seakan mahu memisahkan Adam dan Nur, Aidil setia diantara keduanya walaupun dirinya juga dihimpit kerinduan teramat. Masih adakah sinar bahagia untuk mereka bertiga akhirnya? Inilah perjalanan hidup mereka dalam usaha mereka mendapatkan pencarian sebenar erti kehidupan. Abadi selamanya.

tak boleh story lebih-lebih..nak tahu lebih detail kena laa tengok sendiri nanti kan..hehehehe..

Layann jer gambar ni k

Sarah, Abg Aidil & Nur Amina

Nur Amina's
Nur Amina, Abg Adam & Sarah :P
Sara Ali
Disebabkan tak dapat ambil gambar diaorg posing sorang2..amik yg ni pownnn boleyhhhh :P
Nur Amina  aka Tiz Zaqyah
Abang Aidil aka Fizz Fairuz
Abang Adam aka Remy Ishak
 ni pict sehari sebelum gala nite
With Fizz Fairuzz
With Tiz comeyyyy
With Sara rock style..heee

0 comments:

© Copyright by Memori Tercipta | Template by BloggerTemplates | Blog Trick at Blog-HowToTricks