Trutt…trutt… Trutt....trutt…
Saya abaikan bunyi yang datang dari hensetku. Tak tahu kenape macam malas je nk berkomunikasi dengan sesape pun hari ni. Erm…mungkin susah nak tafsir rasa hati....
“Walau apa pun yang jadi, kita tetap kawan!”
Ayat tu masih terngiang-ngiang, berselang-seli dengan bunyi dari hensetku. Arghhh!! Bila semua ni nk diam! Malas betul nak layan semua ni. Saya campak jugak henset ni karang. Campak?? Amboih…macam banyak duit nk beli baru!..hahaha…tak jadi la campak…mujur masih waras kepala otakku ni.
Trutt….trutt… Bunyi lagi! Kali ni ku hanya tilik je skrin tu. Buat muka takde perasaan. Nama salah sorang sahabat ku muncul. Erm…tapi cam tak patut je saya buat dia gini. Takde kene mengene pun dia dalam hal tu. Saya je kot yang suke ikut perasaan. Klik! Aku matikan henset. Maafkan saya kay! Saya tak berniat taknak bercakap dengan kamu. Cuma bukan buat masa ni. I wanna be alone! Ku lari kepantai kemudian teriakku...tiba2 mood ”Ada Apa Dengan Cinta” hahaha
Jam menunjukkan angka 2.30 pagi... Erm…mataku masih belum nk lelap..esok nk mulakan perjalanan yang jauh..huh... What to do ha? Kepala ligat berfikir, apa yang saya nk buat tuk hilangkan kebosanan ni. Krek…. Ku bukak almari perhiasanku... Tetiber terpandang satu susunan album...Dari satu album ke satu album..dari satu photo ker satu photo....Hahaha…kenapa tah rindu sangat nk belek gambar2 tu. Ku belek satu persatu. Mula dari zaman hingusan…. Sekolah rendah..sekolah menengah...kat KUSZA…kat SeGi...zamanku mula mengenal diri hahahaha…kelakar betul rupa saya! Ku tilik satu persatu muka kawan2 sekolah rendah ku. Entah camana la muka depa la ni. Yang saya dengar ramai dah kawin...yang dah dapat & akan dapat baby pun ada... Aish..bila la buleh nk jumpa hangpa wei! Rindu bangat ni… biaq la hangpa tak mau jumpa ceq tapi ceq tetap ingat kat hangpa! Aish..mana hang tau depa tak mau jumpa hang cheq oi. Tah depa pun rindu kat hang. Depa saja tak mau ngaku…hahaha…ayat pujuk diri sendiri…tapi memang best la zaman ni. Aisey…kalau ikut hati ni hari ni jugak ku jumpa depa!! Tapi takpa…sabaq na!! Tiba2 lama ku terpaut pd sekeping gambar ni..masa English Day..time tu saya darjah 5...terlibat tuk persembahan ari tu..darjah 5 merupakan permulaan ku jatuh cinta pd subject english...semua gara2 Teacher Salmawati yg datang praktikal kat sekolahku...sblm ni klu bljr main2 jer walaupun ayahku cikgu bahasa inggeris jgk..x pnh nk serius bljr..hahaha so notty kn....sejak teacher tu muncul kat sekolah ku jd aktif ngan aktiviti2 yg mlibatkan bahasa inggeris kat sekolah tu..masuk lakonan laa...nyanyian laa..public speaking laaa...thanks a lot teacher...ehh ok back to the pict..yg buat mataku tertumpu lama coz kat pict tu masa ku buat persembahan..nampak pict arwah abang duk depan skali kat dewan tu..tgk adik dia perform..i miss u brother..rest in peace...
Foto seterusnya…..zaman sekolah menengah…ku belek-belek gambar-gambar tu. hahahha..betul la kata Teacher Jue (english teacher kat sek men)… “ Awak ni mmg kaki posing ekk”...Hahaha… terima la kenyataan!! Banyak giler kot pict....Zaman ni pun banyak mengajar saya jadi lebih matang. Zaman ni ku mula kenal erti sahabat. Ada sekeping gambar yang buat saya terkesima. Orang-orang dalam gambar tu yang buat saya betul-betul terharu. Gambar cikgu-cikgu saya. Diaorang banyak mengajar saya erti kehidupan. Terima kasih wahai guruku! Arghhh!! Nak balik sekolah!! Hahah…zaman yang best! Kawan-kawan yang happening!! Memang vogue la korang! Ada yang dah kawen. Yang jadi mak orang pun dah ada!! Isk isk isk…macam tak percaya masa berlalu dengan begitu cepat sekali. Bila nak buat gath wei!! Saya bermonolog sendiri…rindu la kat sekolah...You know what???tadi after balik dari rumah my uncle saya lalu depan sekolah SMKSO ....seriusss rinduuu..terimbau kenangan lama...Cukup la zaman tu..saya tutup zaman sekolah dengan kenangan yang manis dengan korang! Thankx korang!!You all part of my life journey...
Seterusnya…Campus..KUSZA!!now dah jadi UniSZA...Zaman ni jugak berlaku perubahan besar dalam hidup saya. Buat saya makin kenal Penciptaku, makin faham dengan diri sendiri. Alhamdulillah..Bukak mataku tentang dunia ni sebenarnya terbentuk dengan macam2 perangai manusia, feel yang kadang2 kita sendiri tak sangka ada jugak orang yang boleh nk buat sumthing yang amatlah tak dapat diterima akal yang waras. Tapi adat dunia kan. Terima la untuk mematangkan diri....Saya bahagia menjadi salah seorg penuntut di Bumi Hijau ini...suasana yang takkan dapat saya kecapi ditempat lain...dengan persekitaraan yang mendamaikan & teman-teman yang begitu prihatin....
Perkara yang selalu saya impikan atau pun sekadar berangan je adalah masuk ke menara gading ni. Hahahha…tapi orang kata semuanya dah ditentukan dan takdirnya saya diterima masuk & menimba ilmu di bumi bertuah ini. Gambar 1st year..muke mude giler!! Hahaha…mmg mude pun kan…tapi tetap maintain serius….hahahaha. kat sini saya punya ramai kawan yang mahu cipta kenangan bersama. Walau kaum perempuan lebih ramai dari lelaki kalau ikut puratanya di sini... tapi batch saya, kami dah anggap masing-masing macam adik beradik. Susah senang bersama..cewahhh...dah pulak tu masing-masing memang suke berposing! Banyak gak la gambar-gambar kenangan aktiviti kami. Naik 2nd year,dah buat kerja sama-sama kan..baru la kenal diaorang ni camana. Tapi best la sebabnya bleh nk tambah koleksi gambar! Hahaha…yang seronoknya hampir setiap aktiviti kami lakukan bersama. Yang macam acara tahunannya, birthday celebration ha!! Macam2 kenangan. Macam2 jenis kek. Macam2 jenis hadiah. Macam2 jenis makanan.Macam2 jenis kawan..bab kata pak cik ASTRO..Macam-Macam Ada laaa..heee
“ pertemuan kita di suatu hariAduss…lagu ni plak terkeluar dari speaker saya ni..isk isk isk..mengimbau kenangan betol! Koleksi gambar saya terhenti. Saya mula sebak....dan bila masa berlalu, kita masing-masing dah mula sibuk dengan hidup masing-masing. tak banyak dah gambar atau kenangan yang dapat dicipta bersama. Masing-masing punya komitmen yang menuntut masa dan lain-lain pengorbanan.
Menitipkan ukhuwah yang sejati
Bersyukur ku hadrat Ilahi
Di atas jalinan yang suci
Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah di atas suratan
Kutetap pergi jua
Kan ku utus kan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hambaMu
Mencari hidayah daripadaMu
Dalam mendidikkan kesabaranku
Ya allah tabahkan hati hambaMu
Di atas perpisahan ini”
Saya tak pernah salahkan korang, Cuma kadang-kadang saya terfikir, ada juga salah dari diri ku. Yang dulu jarang mahu menghargai apa yang saya ada. Tapi bila mana kini, saya mula marah, sedih, geram dengan keadaan ini. Walau saya tak tahu, pada siapa sebenarnya yang saya marah, sedih mahupun geram. Tapi saya tetap bersyukur kerna masih boleh mengingati kalian. Masih segar bagaimana kalian mencorak hidupku. Kenangan itu yang masih buat saya mampu tersenyum hingga saat ini…… erm…saya simpan balik semua koleksi gambar ni. insyaAllah, kenangan yang ada pun akan disimpan rapi bersama gambar-gambar setiap insan yang pernah hadir dalam mencorak hidupku. Terima kasih guys!!
Walau kita sudah jarang, ataupun tidak lagi bersua, saya akan tetap mengingati setiap dari kalian yang pernah menyentuh hati ini, yang pernah melakar nama dalam lipatan sejarah hidupku, yang pernah mengajar saya menjadi dewasa….
kadang kadang kawan tuh mcam MAGGI, time susah kita cariAkhirnya tanpa dapat di tahan..
kadang kadang kawan tuh mcam CHIPSMORE, sekejap ada sekejap takda
kawan juga kadangkala mcam ASTRO, macam macam ada
tetapi buatku, kawan tuh seperti L'OREAL, *kerana dirimu begitu berharga* lebiuuu my fren :)
Air mata ini mengalir jua….
Ukhwahfillah abadan abada..insyaAllah
0 comments:
Post a Comment