Aida Arisya In D' House

Aida Arisya In D' House



Pada Yang Esa kupohon... agar apa saja yang kubicara, tidak menjadi racun untuk sesiapa, tetapi penawar hati dan budi. Pada Mu Tuhanku... kupohon kekuatan agar jejariku mampu untuk menghulurkan sesuatu, yang akan menjadi halwa minda buat yang membaca bisikan hatiku. Berbicara setulus kata. Berkata dari hearty yg indah berbahasa..~ Kata-kata bukan dusta tp, patah-patah yg puitis ikhlas dari jiwa yg ada!! BlOg ini memberi peluang insan yg kerdil menuturkan bicara seketika selagi ada dayanya!!~ SEUKIR SAYANG, SECANGKIR KASIH, & SEKELUMIT CHENTA!!~

Followers

CLICK ME!!!

~Girls PLEASE Beware!!~

on Thursday, May 19, 2011

Sekarang ni tengah kecoh hal mat asid splasher tu kan? Apa sebenarnya motif mereka membuat perkara keji macam nie yea? dan kenapa motif sasarannya cuma wanita? adakah motif dendam atau saje suka-suka melihat mangsa mengerang kesakitan? ngeriii pulak rasanya nak berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur nie, minta dijauhkan dari kita, sama-sama kita sentiasa beringat. Dari Bangsar, Pudu, Wangsamaju, Serdang, Bangi..semalam dengar2 yang terbaru dekat Summit & Shah Alam...so dekat mana2 pun kita berada please extra carefull k...

Berikut sumber dari Facebook Polis Diraja Malaysia
- Sejak bulan Februari 2011 sehingga 27 Mac 2011 terdapat (18) kes kejadian simbah “asid” yang berlaku di Kuala Lumpur. (18 okeh!!!)
- Kejadian ini reda buat seketika dan berulang kembali pada 6 hingga 7 Mei 2011 dengan (2) kejadian masing-masing yang berlaku di Sentul dan Dang Wangi.
- Kebanyakan mangsa adalah daripada kalangan wanita yang sedang dalam perjalanan pergi dan balik berkerja, terdapat juga kejadian serangan berhampiran sekolah di sekitar Bangsar dan Brickfields pada satu ketika.
- Suspek dipercayai (1) atau (2) lelaki India, bermotosikal datang dari arah belakang mangsa dan menyimbah sejenis cecair dipercayai ‘Alkaline-based’ atau ‘Oxidizing Agent’ ke arah muka atau badan mangsa. Cecair ini akan memberi kesan irritasi kepada mangsa apabila terkena kulit tetapi tidak mengakibatkan melecur.
- Di dalam kebanyakan kes serangan, saspek akan bertindak ketika mangsa bersendirian atau ketika mangsa berjalan di tepi jalan yang tidak sesak menuju ke kawasan parkir kereta atau stesyen LRT.
- Lokasi yang kerap menjadi sasaran mangsa adalah di tepi jalan sekitar kawasan sekolah, tepi jalan berhampiran tempat parkir atau tepi jalan berhampiran stesyen LRT atau pondok menunggu bas.

Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada pihak polis dan mangsa dinasihatkan supaya melaporkan kepada polis dengan cara memanggil hotline 03-21159999 dengan kadar segera supaya tindakan susulan dapat diambil untuk mengesan serta menangkap penjenayah ini.
Melalui maklumat diterima daripada sumber boleh dipercayai, kenderaan menggunakan nombor penaftaran terbabit WPV 4963 BUKAN motosikal Honda EX-5 tetapi kereta Proton Iswara 1.3 berwarna perak. Pemilik kenderaan terbabit beralamat di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor dan berbangsa Melayu. Berikutan itu saya percaya suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu untuk mengaburi mata pihak berkuasa. – MazidulAkmal
Okey ni ade orang bagitahu  serba sikit persediaan utk diri sendiri. Dan saya share kan terutamanya utk gadis2 perempuan2 wanita2 yang duduk area KL. Tak kira lah korang ni pemegang black belt dlm Karate-Do atau pon Taekwon-Do atau pon silat cekak/silat gayung atau pon pengikut Ong bak. Sebab mangsa tak kire orang puteh ke org gelap ke sume die nk simbah. Ape ke manusia la mcm tu?

Gadis2 perempuan2 wanita2 KL sila tgk dan ikut ni :

1.BERJALAN BERTENTANGAN LALU LINTAS :
so mat asid ni xkan menyerang dr depan korang pon bleh nmpak sape yg ade depan korang kn? so kalau korg jln tu , bleh la nmpak ape2 yg mencuriga kn hati korg tu :) terus la blah je

2.JANGAN BERJALAN DITEPI SIPI2 JALAN :
maksudnya pinggir jalan la.. mcm la korg xbleh jln ketengah sikit kn.? n kalau boleh jalan tempat yang ramai2 orang .. ok.? Kl jalan ramai nnt bleh la buat mat Asid tu terkonfius atau pon ragu2 nk simbah kn.. :) satu lagi smtara tunggu bus tu jgn tunggu tepi2 jalan..duk laa jauh2 skit skat blkng stesen bus ker jauh2 skit dr jln...jgn nk syok2 termenung tepi jln usha org lalu lalang....

3.SELALU BAWAK PAYUNG :
memangla mcm x cool je bwk payung kn..? tapi korg mesti ade bawak jugak kn.? beg bsar2 tu selain letak bekal makan tgh hari n botol air 1liter korg mesti ada lagi space utk letak payung kn.? xkire lah panas ke ujan ke mendung ke..korg yg tgh jalan tu , pkai la payung senang jd protection utk korg..kalu ade org tegur.. 'dik .. x ujan pon' korg jwb je 'xpe pakcik sy mmg suke pakai payung nmpak RANGGI' sambil org senyum paling maniss kt pakcik tu.. :) confirm esk die pon tiru korg pkai payung sbb nk nmpk RANGGI jugak.. :) .. n kalau ade lg yang memerli korg pkai payung tu , kalau korg dah berapi sgt.. tutup payung tu n hayun je kt org yg mengata tu.. :)

4.PAKAI BAJU LEBIH :
ye, saya paham cuaca kt KL skg ni kdg2 ok,kdg2 panas tapi try la pkai cardi ke vest ke kot ke sweater ke (ini betul2 insane pkai sweater tgh2 hari) pkai la waktu pagi waktu g keje or g kelas.. Atleast take time la asid tu nk kene kt kulit korg. :)

5.JANGAN KELUAR SAMA SEKALI :
ini memang yg plg ekstrim .. lebih selamat kn.? tak kan smpai semua wanita x yah g kerja..ye dak...ishh x blh jadi ni...ok kalu rase mcm xcool laa duk rumah jer....ok blh kuar tp make sure x kuar rumah sorang2..Jangan nak mengada-ngada. Sementara penyimbah tu tak kena
tangkap lagi, bawa la kawan, jiran, ibu dan ayah serta rukun tetangga keluar bersama
..walaupon g kedai stakat nk beli bawang dan belacan bialah berteman.. :) DAN jgn sesekali jadikan ini sebagai alasan pada bos korang utk xnk dtg kerja.. woi..! ini melampau la kn..

6.GUNAKAN AIR SEBANYAK MUNGKIN :
ini saya sokong sgt.. :) dgn jumlah air yang banyak mampu mencair kan asid yang menghakis tu. Kalau asid terkena dekat muka atau mana-mana bahagian, cepat2 simbah ke tempat yang terkena untuk mengurangkan kemoralan asid. Masa blajar sains dulu pun cikgu slalu ckp kan kat lab..kna asid cepat2 g basuh tangan....

kesimpulannya : mulai saat ni, dlm beg korg kne ada payung ngan air botol ye :) sama2 lah kite doa mat asid spalsher tu die beri petunjuk.. jgn la buat keje2 gile ni.. fobia org nk kua umh.. kesian kt bdk2 skolah.. :(

Dalam orang duk kecoh2 pasal asid man ni dkejutkn berita one of my fren pun jadi mangsa diaorang..my fren mangsa ke 23 yg terkena simbahan cecair ni d area wangsamaju..my fren dalam kereta time tu nk hantar kawan dia g kerja..sedihnyaa..hope dia cepat sihat seperti biasa...sama2 laa kita doakan org x bertanggungjawab ni kna tangkap segera supaya x de laa lebih ramai lg wanita yg jd mangsa diaorang..

Harap entri kali ni bg manfaat kt korg :)
~Insyaallah~

2 comments:

CintaZulaikha said...

psikopat betoi la...jadi takot nak jln2 kat bangsar. da r skrg stay kat bangsar..dush tol..

Unknown said...

kann tu laa pasal..i pun skrg dah takut nk balik sndiri

© Copyright by Memori Tercipta | Template by BloggerTemplates | Blog Trick at Blog-HowToTricks