Aida Arisya In D' House

Aida Arisya In D' House



Pada Yang Esa kupohon... agar apa saja yang kubicara, tidak menjadi racun untuk sesiapa, tetapi penawar hati dan budi. Pada Mu Tuhanku... kupohon kekuatan agar jejariku mampu untuk menghulurkan sesuatu, yang akan menjadi halwa minda buat yang membaca bisikan hatiku. Berbicara setulus kata. Berkata dari hearty yg indah berbahasa..~ Kata-kata bukan dusta tp, patah-patah yg puitis ikhlas dari jiwa yg ada!! BlOg ini memberi peluang insan yg kerdil menuturkan bicara seketika selagi ada dayanya!!~ SEUKIR SAYANG, SECANGKIR KASIH, & SEKELUMIT CHENTA!!~

Followers

CLICK ME!!!

{FILEM} OmBaK RiNdU

on Thursday, December 15, 2011

After kerja terus ker One Utama meet my Girlfrenz (Iela, Hana, Em & Dilla) and Dedeq..kitaorang layan Ombak Rindu…disebabkan saya ni salah seorang pembaca setia Novel Ombak Rindu..so saya pun antara yang excited nak tengok filem ni...tema kami ari ni Purple…sebelum start movie beli makan dulu..heee…

Ombak Rindu yang diadaptasikan dari sebuah novel cinta nukilan novelis terkenal,Fauziah Ashari diarahkan oleh sutradara terkenal Osman Ali. Jika sebelum ini Sharad Sharaz sudah berjaya mengangkat Novel Lagenda Budak Setan ke filem, itulah juga yang cuba dilakukan oleh Osman Ali apabila dia menghasilkan karya terbarunya Filem Ombak Rindu

Filem Ombak Rindu diterajui oleh Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani dan Bront Palarae. Ombak Rindu juga turut dibintangi oleh Julia Ziegler, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri, Fauzi Nawawi, Nadia Nisa, Mislina Mustafa, Kamarul Hj Yusof dan Yap Leong Chai.
Sinopsis Filem Ombak Rindu

Filem Ombak Rindu yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.

Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.

Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem Ombak Rindu ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.

Pasti ramai peminat-peminat novel Ombak Rindu, BERHARAP SANGAT segala babak-babak dalam novel dapat dilakonkan dalam filem Ombak Rindu. Perasan jugak laa sedikit kekecewaan dari penonton kat panggung wayang yang mengeluh kerana filemnya tidak mengikuti jalan cerita sepenuhnya yang terdapat pada novel. Yelah, for me kalu kita nak harapkan Filem Ombak Rindu ni perfect 100% cam novel tak boleh laa kan..bayangkanlah kalu dah filem tu 2 jam jer..mana mungkin nak semua story dalam novel di adaptasi dalam filem tu kan…confirm laa baca novel lebih rasa feel dia…brtullll takkkk!!!!

Bagi peminat novel Ombak Rindu memang WAJIB SANGAT tonton filem Ombak Rindu. Cepat pergi dapatkan tiket wayang filem Ombak Rindu ya!..kalau tak puas hati tengok filem..rasa nak lebih feel lagi boleh baca NOVEL dia..dari OMBAK RINDU, CINTA TIADA AKHIRNYA & RINDU CINTAKU…
Rinduku umpama Ombak yang tiada berhenti, Kasihmu bagai pantai yang setia menanti…

Thanksss all my girlsfrenz yang sudi teman & touching sama-sama dalam panggung tadi..hahahaha..semuaa lelehhh...

2 comments:

Hezrin Ahmad said...

hari khamis tayang... sabtu dah pegi tgk midnite...hehe

Aida Arisya said...

saya dah tgk 2 kali..ekekekkeke

© Copyright by Memori Tercipta | Template by BloggerTemplates | Blog Trick at Blog-HowToTricks