Aida Arisya In D' House

Aida Arisya In D' House



Pada Yang Esa kupohon... agar apa saja yang kubicara, tidak menjadi racun untuk sesiapa, tetapi penawar hati dan budi. Pada Mu Tuhanku... kupohon kekuatan agar jejariku mampu untuk menghulurkan sesuatu, yang akan menjadi halwa minda buat yang membaca bisikan hatiku. Berbicara setulus kata. Berkata dari hearty yg indah berbahasa..~ Kata-kata bukan dusta tp, patah-patah yg puitis ikhlas dari jiwa yg ada!! BlOg ini memberi peluang insan yg kerdil menuturkan bicara seketika selagi ada dayanya!!~ SEUKIR SAYANG, SECANGKIR KASIH, & SEKELUMIT CHENTA!!~

Followers

CLICK ME!!!

~Rancangan Adik & Al-Quran Ustaz Zamri Di Berhentikan~

on Thursday, July 21, 2011

Salam semua…Sedang asyik melayari FB, tiba-tiba terlihat satu page yang baru ditubuhkan iaitu "Kami Mahu Rancangan Adik & Quran Ust Zamri di TV9 diteruskan". Dengan pantas, terus saya explore page Adik & Al-Quran. Ternyata ianya diberhentikan buat sementara waktu berdasarkan page rasmi rancangan tersebut "Adik &Al-Quran" yang menyatakan "Salam semua , rancangan kegemaran ramai Adik & al-Quran terhenti buat sementara atas sebab-sebab tertentu . Harap Maklum (:"

Soalnya kenapa ianya diberhentikan @ terhenti? Adakah kerana gambar Ust Zamri Zainuldin menghadiri Bersih 2.0 tersebar dengan meluas dalam internet tempoh hari? Apa-apapun, TV9 masih belum menjelaskan sebab musababnya. Politik adalah politik, kerjaya adalah kerjaya. Agama tetap agama yang perlu di sebarkan kepada semua…Tidak pernah lagi dengar Ust Zamri berceramah politik dalam rancangan tersebut. Saya sangat terkilan apabila rancangan nih takde..Bukan adik-adik dan budak-budak kecik je boleh dapat manfaat daripada rancangan nih, mak bapak budak pun boleh amik teladan.,,Bukan senang nak adakan rancangan interaktif Al-Qur'an mcm nih. kalo ada rancangan mcm nih kan bagus. Anak-anak terdidik dengan cara Islam..Ada kupasan menarik bagi tiap-tiap ayat. ditambah lagi dengan Ust Zamri ajarkan cara bacaan yg betul. termasuklah segmen 'pesan atok' oleh Ustaz Abu Hassan Din sebelum habis rancangan. kan sedap telinga mendengar, sejuk mata memandang. takde arr petang-petang tuh lagha dengan kartun-kartun je. nih bukan soal rezeki Ust Zamri ke apa, rezeki di tangan Allah..bukan hak siapa-siapa nak tentukan rezeki seseorang…Ini soal kaedah pendidikan untuk anak-anak kecil. nak lentur buluh biarlah dari rebung.

Rancangan baik perlulah diteruskan, bukannya dihentikan. Kalau mengenai nak mengaji,nak belajar hukum tajwid,diberhentikan atas suatu alasan yang tak munasabah dan dangkal.Itu hak peribadi Ustaz Zamri untuk terlibat atau tidak dengan Bersih 2.0 hari tu.Tiada kaitan langsung dengan rancangan ini. Ramai adik-adik menggemari rancangan ini….Bukan adik-adik jer..kita yang dah besar ni pun tengok sekali…Haa adik-adik…Na’am….

Sebaliknya rancangan maksiat & hiburan tidak pula disekat, malah digalakkan pula. Astaghfirullah…Memang lah kini kita di dunia akhir zaman.Perkara-perkara lagha,melalaikan,tak ada masalah.Yang terselak,yang terdedah,yang tergedik, semunya boleh masuk dalam peti televisyen. Diberikan sebesar-besar peluang oleh semua media…kalu rancangan Tom Tom Bak tu…dah bersiri-siri musimnya..apa salahnya rancangan ilmiah berbentuk pendidikan agama ni diteruskan…saya percaya kalo rancangan-rancangan macam ini diteruskan (episod yg akhir pun tak silap saya.. tak abes lg kupas the whole surah al-baqarah kan?), ada arr one of many ways how to spread the islamic way of life into our early children's life.

Wassalam...

0 comments:

© Copyright by Memori Tercipta | Template by BloggerTemplates | Blog Trick at Blog-HowToTricks