Teater Mak Dara Nyonya, gabungan dua buah cerita yang berlainan sama sekali namun punya mesej dan pengajarannya yang tersendiri..Banyak juga diberikan tips jamu yang diamalkan dulu-dulu kala oleh Ibu Halimah. Ceritanya saling berselang antara sebak dek monolog Mak Dara iaitu Ibu Halimah yang menceritakan kisah hidupnya dan ketawa pecah perut dek Nyonya dan 'ekor'nya, serta keponakkan-keponakkan (Cucu saudara) membuatkan Teater Mak Dara Nyonya paling berbaloi untuk ditonton. Dengan skrip yang mantap, pelakon-pelakon yang hebat serta set pentas yang tidak berlebihan…
Kemunculan pertama Fara Fauzana dalam dunia teater..pujian harus diberikan kerana beliau berjaya memainkan wataknya sebagai isteri dengan "gediknya" hikhikhik...meowwww...Tak lupa jugak watak Sarimah yang bersahaja dengan lawak2nya sebagai Keponakkan yang memeriahkan suasana dalam panggung tu menjadi kecoh dengan gelak ketawa...Hari ni adalah pementasan terakhir Teater Mak Dara di Matic, Jalan Ampang. Ayuh, dipersilakan pergi menonton... Pasti tidak akan menyesal!!!!
Sinopsis Mak Dara Nyonya
Dua cerita,
Dua negara,
Satu pengarah,
SAKSIKAN….
Cerita masyarakat yang diselaputi rahsia & muslihat
Kasih dan air mata
Luka dan sengsara…
Gabungan kisah Mak Dara (Malaysia) dan Nyonya (Indonesia) ini bersifat humor dan penuh emosi. Bergelar Ratu Kebaya sebanyak 12 kali, Mak Dara menjalani kehidupan yang memilukan biarpun pada awalnya hidup dalam kebahagiaan. Beliau kehilangan harta pusaka dan kebahagiaan malah paling memilukan, anak-anak beliau terpaksa menumpang kasih di rumah bangsa lain. Daripada seorang Ratu, beliau menjadi penjaja. Dari sebuah istana, beliau hidup merempat, seringkali hanya tinggal di dalam kotak. Namun, ada sinar menerangi hidupnya, berkat anak-anak yang terpelihara akhlaknya.
Kisah Nyonya pula dibawa dengan cara komedi tetapi sinis yang menjanjikan penonton tidak kering gusi. Beliau ‘berperang’ dengan Tuan, seorang saudagar antik, yang mengambil kesempatan semasa suami Nyonya terlantar di hospital akibat barah lidah untuk membeli harta Nyonya. Dari batu mamar di perkarangan rumah hingglah meja makan, tempat tidur dan beliau akhirnya ingin membeli betis dan lutut Nyonya. Pada masa yang sama, Nyonya berhadapan dengan cucu saudaranya yang menuntut harta pusaka sehingga mengugut untuk membunuhnya.
Mak Dara Nyonya adalah teater terbaru CTRA Production, kumpulan produksi di sebalik Muzikal Tun Mahathir, Gamat, Lantai T Pinkie, Nyonya dan banyak lagi. Teater terbaru ini di arahkan oleh pengarah terkenal, Rosminah Tahir. Mak Dara Nyonya adalah hasil karya Wisran Hadi (Nyonya) dan Siti Rohayah Attan (Mak Dara).
Para pelakon yang akan menjayakan teater ini adalah Misha Omar, Sarimah Ibrahim, Fara Fauzana, Juhara Ayob, Zaifri Husin, Norzizi Zulkifli dan Sherry Abdullah.
0 comments:
Post a Comment