Aida Arisya In D' House

Aida Arisya In D' House



Pada Yang Esa kupohon... agar apa saja yang kubicara, tidak menjadi racun untuk sesiapa, tetapi penawar hati dan budi. Pada Mu Tuhanku... kupohon kekuatan agar jejariku mampu untuk menghulurkan sesuatu, yang akan menjadi halwa minda buat yang membaca bisikan hatiku. Berbicara setulus kata. Berkata dari hearty yg indah berbahasa..~ Kata-kata bukan dusta tp, patah-patah yg puitis ikhlas dari jiwa yg ada!! BlOg ini memberi peluang insan yg kerdil menuturkan bicara seketika selagi ada dayanya!!~ SEUKIR SAYANG, SECANGKIR KASIH, & SEKELUMIT CHENTA!!~

Followers

CLICK ME!!!

~Rindu Pada Usrah~

on Tuesday, July 19, 2011

Tiba-tiba rindu pula pada usrah yang telah lama saya tinggalkan. Dulu (cuba ingat balik..dulu tu bila???rasanya dah agak lama..) dua kali seminggu pasti saya diingatkan tentang agama kerana adanya usrah..HATI lebih tenang..Tak seperti sekarang, kadang-kadang terkapai-kapai dalam lautan kehidupan. Saya betul-betul kerinduan, rindu pada suasana dan pengisian usrah yang menenangkan jiwa.

Me & Dr Harlina Siraj
Alhamdulillah..selesai ber'Jacob's Walk Of Life ari ahad yang lepas..sempat balik mandi & merehatkan diri sekejap...after zohor keluar ke Amcorp Mall mencari buku untuk menghadiri Usrah Dr Harlina Siraj (Pemenang Anugerah Maal Hijrah 2011) di Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai, Cheras pada pukul 5pm (sebenarnya buku tu dah ada..tapi kat kampung) ...Seawal pukul 4.30pm sampai di perkarangan masjid...masuk2 ternampak Kak Wardina dalam masjid dgn anaknya Amna tengah mengaji sementara tunggu Azan Asar..suka tengok..Allahuakhbar!! budak sekecil Amna mampu membaca & menghafal ayat2 alquran sehebat & selancar itu...itulah hasil didikan terbaik...Alhamdulillah...
Me, Kak Dina & Amna
Selesai solat asar berjemaah..kami naik ke bahagian atas untuk memulakan usrah...Alhamdulillah..ramai yang hadir...usrah kali ni just untuk wanita sahaja :) meet new frenz here...we are sisterhood...thanks sister's, I'm glad myself & syukrilillah for the opportunity to gain knowledge from a wonderful tutor like Dr Har ;) Usrah ni memang suatu yang bagus di amalkan, sebab pandangan-pandangan, pendapat-pendapat, idea-idea mengenai islam dapat di ketengahkan untuk memperbaiki diri...Tahniah kepada Kak Wardina dan Kak Catriona Ross kerana turut serta dalam usrah tersebut...Semoga kita terus istiqamah dengan perjuangan demi islam yang tercinta.. Juga semoga sentiasa mendapat kerahmatan Allah swt dala melayari kehidupan ini...Mudah-mudahan ALLAH memandang usaha kita untuk berubah ke arah yg lebih baik..yakinlah..ALLAH MAHA TAHU yg terbaik utk kita..kemuncaknya semoga kita tergolong ahli syurga..aminnn..
Me & Kak Wardina
Me & Kak Catriona Ross
Rasa singkat & cepat jer masa berlalu sepanjang usrah berlangsung...cam banyak lagi nak di dengar...Insyaallah Dr Har kata bulan ramadhan ni ada lagi..hope saya dapat meluangkan masa tuk menyertainya lagi...aminnn...Sebelum maghrib selesai usrah..lepas tu terus solat maghrib berjemaah sebelum majlis selesai..alhamdulillah..banyak yang di pelajari dalam usrah tersebut..Ni dah pertengahan Syaaban...tak lama lagi umat islam akan menyambut Ramadhan Al Mubarak...sama-sama laa kita melengkapi diri kita untuk merebut peluang keemasan mengapai kemanisan Ramadhan...sebab kita tak tahu bila ajal kita...cukupkah apa yang kita ada sekarang tuk bekalan perjalanan hidup kita di tempat yang kekal abadi nanti...Renung-renugkan dan selamat beramal...sama-sama laa kita ingat mengingati antara satu sama lain..Saya izinkan anda semua ingatkan & tegur saya andai saya terleka...Wassalam...

2 comments:

arnizan said...

salam..

boleh saya tau mcm mane saya nak mnyertai usrah bersama dr halina?sebab saya sgt berminat utk menyertai nya..terima kasih

Aida Arisya said...

wasalam..masa saya pergi ni dapat info dr FB kak wardina..klu nk tnya pasal usrah blh tnya kak wina..email dia farwynafaroque@gmail.com sblm n dia yg handle

© Copyright by Memori Tercipta | Template by BloggerTemplates | Blog Trick at Blog-HowToTricks